Friday, August 20, 2010

MENANTI ANDA SEPTEMBER INI!!!

KIRIMKAN AKU MALAIKATMU
PENULIS : MULIATI ABDUL


HARGA SEMENANJUNG: RM 19, Ahli KN: RM 15
HARGA SABAH/SARAWAK: RM 22, Ahli KN: RM 18

ISBN : 978 967 5067 594

Terhimpit dengan status sebagai anak angkat di dalam keluarga, Nurul rela mengekang perasaan cintanya pada Abang Hakim. Tambahan pula dengan kehadiran Ain Najwa yang disangkanya kekasih Abang Hakim. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga yang menghancurkan kebahagiaan Abang Hakim dan Ain Najwa.

Hakim pula tidak berani meluahkan cintanya pada Nurul. Sangkanya Nurul mungkin akan terkejut lantas bertindak menjauhkan diri daripadanya. Sementelah Nurul kerap mengucapkan sayangnya pada Hakim tak ubah seperti sayang seorang adik pada abangnya.

Masing-masing memendam rasa. Masing-masing bermain dengan emosi sendiri.
Kehadiran Firdaus telah berjaya mencuit hati perempuan Nurul. Demi melupakan cintanya pada Abang Hakim, Nurul membuka pintu hatinya untuk Firdaus.

Gerhana di hati muncul apabila umi berkeras supaya Nurul dijodohkan dengan Hakim. Nurul tersepit di antara cintanya terhadap Firdaus dan budi yang ditaburkan oleh umi dan abah yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat.

Sanggupkah Nurul mengecewakan Firdaus demi membalas budi keluarga Hakim? Sanggupkah Nurul mengetepikan perasaannya dan menerima Hakim sebagai suaminya? Bagaimana pula dengan penerimaan Firdaus?

Bacalah KIRIMKAN AKU MALAIKATMU....

1 comments:

~syikinblankidea~ said...

novel ni sangat menyentuh hati...bermain jiwa dan perasaan serta keinginan.cinta 3 segi yang lain daripada kebiasaan....rugi klu x baca....plot ceritanye tidak terlalu sukar utk diperjelaskan...permainan perasaan cepat dan drastik x meleweh bagi sesetgh cerita cinta seperti ini...tahniah muliati abdullah...saya mahukan lagi sentuhan anda