Nantikan juga Kasih Pun Bersatu di pasaran Disember ini! :)





Kasih Pun Bersatu… kesinambungan kisah …dan Mimpi Pun Bersatu karya terbaharu Izza Aripin ini membawa kita ke kerajaan Dhiyapura semula selepas pemberontakan Tengku Khalid al-Mansur berjaya dipatahkan. Kasih Pun Bersatu menjulang kisah legasi keturunan al-Muttaqi dan al-Mansur.
Ia menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian. Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangka cinta monyet. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran.
Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul menuntut janji, merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris. Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin. Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran.
Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi.
Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa dirinya. Zarul hanyut dalam delusi. Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu....


Harga

S/M : RM24
S/S : RM27

Nantikan Sangkar Cinta Disember ini!!




Dek telah termakan budi dengan Dato’ No’man yang memeliharanya sebagai anak kandung, Reza rela menggantikan dirinya mengahwini Azril apabila kakak tirinya, Zumera bertindak melarikan diri pada hari perkahwinannya. Azril yang beranggapan Reza sebagai ‘pemain simpanan’ telah menetapkan peraturan; bahawa mereka akan berlakon sebagai pasangan suami isteri di hadapan Dato’ No’man hingga tiba waktu yang sesuai untuk berpisah. Reza yang pasrah menerima sahaja ketetapan peraturan itu.
Azwan yang baru pulang ke tanah air usai menamatkan pengajian di luar negara patah hati menerima berita perkahwinan Reza. Dia menjeruk rasa dengan memerap di rumah hingga menimbulkan keresahan di hati ibunya. Mujurlah Reza memberikannya secebis semangat, pemangkin untuknya bangun semula, menjalani hidup ini.
Sekali bah, sekali pantai berubah. Azril mula menyayangi isterinya kerana kelembutan dan kesopanan Reza meladeni kerenahnya.
Badai takdir mula melanda apabila Zumera muncul semula untuk menghancurkan rumah tangga Reza. Zumera yang mendendami Reza sejak ayahnya mengahwini ibu Reza tega menggunakan cara kotor untuk mendapatkan semula Azril. Dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan hati Reza hancur kerana dia cemburukan gadis itu akibat ayahnya yang lebih menyayangi Reza berbanding dirinya, anak kandung Dato’ No’man.
Bagaimana kesudahan pancaroba yang harus ditanggung oleh Reza? Bagaimana pula dengan nasib Zumera, wanita cantik berhati busuk itu? Dapatkah dia merebut semula cinta Azril? Berjayakah dia menghancurkan hati Reza? SANGKAR CINTA bakal meleraikan segala persoalan yang ada….


Harga
S/M :RM16
S/S :RM19

Nantikan JUITA Di Pasaran!!!


Tabloid majalah JUITA bakal menemui pembaca Malaysia pada hujung November ini. Merangkumi pelbagai info yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca wanita khususnya. Jangan lupa dapatkannya di pasaran seluruh Malaysia dengan harga yang cukup murah iaitu RM2.50 sahaja. Pastikan anda tidak terlepas peluang mendapatkan edisi sulung JUITA di pasaran!!!

SIAPA JUITA?

Berita terkini! Kaki Novel melalui 'adiknya' Kaki Buku bakal menerbitkan sebuah majalah tabloid bersaiz A3 yang diberi nama 'Juita' mulai Disember 2009 ini. Isi kandungan 'Juita' merangkumi isu-isu tentang wanita tanah air dan dunia. Ia sangat menarik untuk ditatapi dan dimiliki. Hanya dengan RM2.50 anda boleh mendapatkannya di semua kedai-kedia buku atau majalah di seluruh negara. Buat permulaan, Juita akan diterbitkan sekali dalam masa sebulan bermula pada awal setiap bulan! Jangan lupa dapatkan 'Juita' yang pasti memenuhi citarasa anda! Ikutilah berita selanjutnya tentang 'Juita' di dalam kakinovel.com dari masa ke semasa.

Dapatkan Juga Kapal Terbang Kertas November Ini


Suriani melarikan diri ke Kuala Lumpur demi menyelamatkan masa hadapannya. Dia rela dirinya hanyut dibawa nasib mengenangkan cita-citanya untuk menjadi tentera udara bersama Mahadi tidak kesampaian.

Nasibnya baik kerana bertemu secara tidak sengaja dengan Ian Emran yang sudi membantunya. Bertugas sebagai pembantu Ian Emran telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Marina, sahabat karib Ian Emran yang telah tujuh tahun setia di sisi lelaki itu. Begitu juga dengan beberapa kakitangan wanita lain di pejabat hingga menimbulkan gosip tidak baik ke atas dirinya.

Lantas, Ian Emran yang mula menaruh hati terhadap Suriani segera menyuntingnya sebagai suri hidupnya. Sepanjang tempoh pertunangan mereka, pelbagai dugaan dan cabaran harus dihadapi kerana Marina yang mendambakan kasih Ian Emran sentiasa menggugat kepercayaan Suriani terhadap Ian Emran.

Tatkala jiwa Suriani berperang sesama sendiri Mahadi muncul kembali, ingin mengotakan janji-janjinya terhadap Suriani untuk membawanya “terbang” bersama.

Suriani tersepit di antara tunangnya, Ian Emran dan kekasih lamanya, Mahadi. Ke manakah haluan hidup Suriani? Ke manakah kapal terbang kertas akan membawanya terbang pergi?


HARGA :

S/M RM 16 AHLI : RM 12

S/S RM 19 AHLI : RM15

Dapatkan Hot Gimmick November Ini


Natasya Shakilla telah mengganggu kelancaran perjalanan hidup Harizd. Kewibawaannya sebagai Ketua Pengawas tergugat dengan sikap Natasya Shakilla yang sentiasa melanggar undang-undang sekolah. Perbalahan pasti akan tercetus setiap kali mereka terserempak. Mujurlah ada Amierul Mukminien dan Izuan, penyelamat keadaan.
Natasya Shakilla sering meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Amierul Mukminien, pendengar setia yang juga merupakan sahabat karib Harizd. Hubungan rapat mereka berdua telah mengundang perasaan iri hati pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu. Maka, timbullah siri pembulian ke atas Natasya Shakilla. Mujurlah Harizd menyelamatkan Natsya Shakilla. Rupa-rupanya Harizd dan Natasya Shakilla pernah ‘berkasih’ semasa mereka masih kanak-kanak dahulu.
Bagaimanakah penerimaan Harizd dan Natasya Shakilla terhadap diri masing-masing sementelah mereka amat membenci di antara satu sama lain?

HARGA
S/M : RM19 AHLI : RM15
S/S : RM22 AHLI : RM18

16 Oktober Hari Makanan Sedunia


SETIAP tahun tanpa jemu pada 16 Oktober, dunia meraikan hari makanan. Tetapi secara sedar atau sebaliknya kita sendiri tidak begitu mengetahui wujudnya hari khusus buat makanan untuk disambut. Kita barangkali tidak mementingkan hari tersebut walaupun kita sedar akan pentingnya makanan untuk kita semua meneruskan kelangsungan hidup.

Kita perlu terima bahawa makanan ialah hak asasi manusia yang paling asas. Setiap yang bernyawa sama ada manusia atau binatang, mereka memerlukan makanan. Bagi manusia, ia memerlukan hak asasi ini untuk mengekalkan tenaga, bekerja, belajar dan terus hidup.

Tetapi malangnya, kira-kira 800 juta orang di seluruh dunia masih berlapar setiap hari.

Laporan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) seperti yang dipetik oleh BBC News menyamakan bahawa kebuluran ialah manifestasi kemiskinan paling kritikal.

Lalu ia senada dalam menyelesaikan masalah yang satu ini.

‘‘Untuk membasmi kebuluran, kita perlu mengisytiharkan perang kepada kemiskinan,’’ kata laporan itu.

Perlu diingatkan bahawa 17 Oktober pula disambut sebagai Hari Membasmi Kemiskinan Sedunia dalam kalendar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hubungan rapat di antara kemiskinan dan kebuluran bukan lagi satu kejutan besar sebenarnya. Adalah dianggarkan kira-kira 1.5 bilion individu hidup dengan pendapatan kurang daripada AS$1 dolar (RM3.70) sehari.

Dan setiap tiga saat, pasti ada seorang yang mati kerana faktor kebuluran.

Kebuluran bukan sahaja meragut nyawa, lebih buruk daripada itu ia ‘mengambil bersama’ semangat serta keupayaan untuk bekerja dan belajar.

Menurut FAO lagi, masalah kebuluran boleh merencatkan keamanan dan kemakmuran sesebuah negara selain memerangkap individu itu dalam kitaran kemiskinan yang sukar diatasi. Akibat kebuluran juga akan membawa kepada tahap kesihatan memburuk. Paling tidak diingini, kebuluran dan kelaparan diwarisi dari satu generasi ke generasi lain.

Tahun ini tema Hari Makanan Sedunia ialah Mengatasi Kebuluran, Memerangi Kemiskinan.

Ia memberikan suara dan saksi kepada laporan ekonomi yang terkandung dalam kajian terbaru FAO bahawa satu-satunya cara efektif untuk membasmi kemiskinan ialah dengan menghapuskan kebuluran.

Selebihnya dalam soal memerangi kebuluran, FAO akan juga mengeluarkan laporan ketiga mengenai masalah itu. Laporan itu dikenali sebagai The State of Food Insecurity In The World.

Ketua FAO, Dr. Jacques Diouf dalam ucapannya menyambut Hari Makanan Sedunia percaya bahawa wujud hubungan di antara makanan dan kemiskinan.

‘‘Adalah diakui bahawa kebuluran adalah natijah kemiskinan, tetapi saya percaya adalah benar juga bahawa kebuluran menyebabkan kemiskinan,’’ katanya dalam satu kenyataan FAO seperti dipetik oleh akhbar The Guardian. Tetapi beliau masih berhati-hati dalam membuat ramalan bahawa kebuluran akan dapat diatasi sepenuhnya jika kemiskinan dibasmi.

Soal kemiskinan seringkali berkait rapat dengan luar bandar dan pertanian.

‘‘Matlamat yang lebih khusus diperlukan ke atas masalah kebuluran dan pembangunan pertanian dalam ruang lingkup objektif membasmi kemiskinan.’’

Di negara membangun, sekurang-kurangnya 60 peratus penduduknya bergantung kepada tanah untuk mendapatkan makanan mereka. Bagaimanapun, begitu banyak isu bersabit dengan hak-hak tanah dan kualiti tanah bumi bermakna berjuta-juta orang akan kebuluran.

Mengambil kira bahawa 70 peratus mereka yang miskin dan kebuluran ini tinggal di luar bandar, FAO menegaskan bahawa pelaburan kerajaan dan swasta kini diperlukan di kawasan berkenaan jika dunia benar-benar mahu mencapai sasaran untuk mengurangkan kebuluran menjelang tahun 2015.

Dalam pada itu, Hari Makanan Sedunia bukan sahaja disambut kerana pentingnya makanan buat kita semua. Ia juga sebenarnya menjadi landasan dan matlamat bagi meningkatkan kesedaran antarabangsa mengenai masalah kebuluran yang kini membelenggu dunia.

Sekilas mengenai latar belakang Hari Makanan Sedunia, ia mula diraikan pertama kali pada tahun 1981, hari jatuhnya ulang tahun FAO diasaskan pada tahun 1945.

Tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya , lebih 150 buah negara merancang beberapa majlis dan acara untuk memperingati hari yang penting untuk makanan itu.

Kira-kira 30 buah negara menyertai projek pendidikan global bagi memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengenai masalah kebuluran dan kelaparan.

Sebagai contoh program yang dinamakan Feeding Minds, Helping Hunger, melibatkan gabungan bersama beberapa rakan antarabangsa termasuk UNESCO, Bank Dunia dan majalah Newsweek.

Duta Program FAO dan kempen tahunan, Tele-Makanan turut menarik perhatian selebriti-selebriti terkenal bagi menyertainya. Tahun ini misalnya, ia mendapat perhatian penyanyi Giberto Gil, Alanis Morrissette, Daniel Lanois, Femi Kuti dan Emmylou Harris.

Kalau kita belum lupa, sidang kemuncak makanan juga diadakan bagi memberitahu betapa masalah makanan ini perlu diselesaikan oleh dunia. Ia adalah forum yang mempertemukan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), para pegawai PBB dan kerajaan serta sebagainya.

Mungkin hal makanan dan kemiskinan bukan isu besar diperdebatkan di beberapa buah negara di Asia, lebih-lebih lagi di Malaysia.

Tetapi sekali-sekala perlu diintai juga benua Afrika di mana masalah kebuluran dan kemiskinan ini masih belum dapat diatasi walau ‘perang habis-habisan’ diisytiharkan kepadanya.

Ia akan terus menjadi masalah yang cukup sulit untuk diatasi jika tiada sebarang kefahaman sama tentang hubungan makanan dan kemiskinan.

TaHniaH KepAdA SeMuA PeMenaNg Beli & MeNanG!!



Sesi penyerahan hadiah peraduan Beli dan Menang yang dilangsungkan di Badan Cemerlang Sdn Bhd, Johor baru-baru ini. Peraduan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan selama ia dilangsungkan iaitu dari 01 Jun sehingga 31 ogos 2009. Penyertaan yang menggalakkan ini terbukti dengan jumlah resit belian dan borang yang banyak dimasukkan ke dalam kotak peraduan. Walau apapun KN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada Badan Cemerlang (En. Halim) kerana turut sama menjayakan promosi ini di kedai mereka. Insya-Allah peraduan lain akan muncul di sana kelak... Nantikan Yek!!!




Pemenang Pertama: Nor Isnaini bt.Mohd Sanusi




Pemenang kedua: Siti Nor Fadilah bt. Saedon




Pemenang Ketiga: Wan Normi bt.Wan Abu Bakar.

Bulan Bahasa kebangsaan


Tempoh: 1 – 31 Oktober 2009
Tema: Bahasa Jiwa Bangsa

Amanat Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

“Saya mencadangkan program yang diatur oleh DBP setiap tahun iaitu Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) dapat dilaksanakan dengan lebih meriah lagi dengan pelbagai program di semua peringkat dengan maklumat yang lebih meluas disalurkan supaya rakyat dapat memahami betapa pentingnya bahasa Melayu ….”
YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, 4 Mei 2009, semasa lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia ke DBP.

Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an, kempen ini sudah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987 – 1996), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) 1996 – 2005 dan Minggu Sastera (1987 – 1998). Akhirnya pada tahun 1999 gerakan kini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

Program BBSN yang pertama dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN mengalami proses penjenamaan semula dan ini dikenali dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK).

Tujuan Utama BBK

a) Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan
jati diri dan citra bangsa Malaysia.
b) Menguatkan rasa megah terhadap bahasa
kebangsaan.
c) Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan
bangsa melalui perpaduan.
d) Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan
sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Tumpuan BBK 2009

a) Penyertaan yang lebih menyeluruh
daripada semua peringkat masyarakat
berbilang bangsa dan keturunan.
b) Penglibatan menyeluruh jabatan dan
agensi kerajaan, swasta dan bukan
kerajaan (NGO).

Ingin Kusentuh Cintamu Oktober Ini!






INGIN KUSENTUH CINTAMU
M/S : 521
HARGA : Sem. Malaysia RM18 ( Ahli : RM14)
Sabah/ Sarawak RM21 (Ahli : RM17)



Segala-galanya berlaku di luar dugaan. Haniza telah diwasiatkan untuk menjaga anak Ratna Dewi – Amanda yang juga merupakan waris tunggal kekayaan keluarganya. Tambah menghuru-harakan keadaan, Haniza terpaksa menemukan Amanda dengan pak ciknya, Iskandar yang telah lama terputus hubungan dengan keluarga tersebut. Dek wasiat Ratna Dewi, Haniza rela melepaskan jawatannya sebagai guru untuk membantu arwah Ratna Dewi. Nasibnya baik kerana berjaya menemukan Amanda dengan Iskandar, tetapi ada syaratnya. Dia dikehendaki untuk terus tinggal bersama Amanda di rumah Iskandar sementelah Iskandar seorang yang mementingkan kerjaya dan tiada masa untuk melayani kerenah Amanda yang masih hijau usianya itu. Namun semua itu hanyalah ‘lakonan’ semata-mata kerana Iskandar ingin melindungi anak buahnya daripada pembunuh yang dahagakan harta kekayaan arwah ayah Amanda, iaitu Fairuz yang juga merupakan pak cik Amanda. Dalam masa yang sama, nyawa Haniza turut menjadi taruhan kerana Fairuz dapat menghidu betapa pentingnya Haniza di dalam hidup Iskandar. Berjayakah Iskandar melindungi Amanda dan Haniza? Berjayakah Iskandar mengubah persepsi Haniza yang menganggapnya sebagai seorang insan yang berhati batu? Berjayakah Iskandar menyumbat Fairuz ke dalam kandang lokap? Siapakah yang membunuh ayah Amanda? Semua persoalan ini bakal terjawab di dalam INGIN KUSENTUH CINTAMU karya penulis baru, Aryanie Ismail.

Peraduan Beli dan Menang KN di Mehraj Book Centre!

Berita baik kepada pembaca novel KN yang bermaustautin di sekitar Wangsa Maju. Mulai 1hb Oktober 2009 sehingga 30hb November 2009, KN dengan kerjasama Mehraj Book Centre, cawangan Carrefour, Wangsa Maju akan menganjurkan 'Peraduan Beli dan Menang' selama dua bulan! Menangilah hadiah-hadiah menarik termasuk wang tunai hanya dengan melanggan novel-novel terbitan Kaki Novel Enterprise di Mehraj Book Centre, Carrefour, Wangsa Maju, Kuala Lumpur! Jangan tunggu lama-lama nanti anda menyesal...Pastinya berbaloi-baloi dengan Kakinovel!!!

Fadhilat Puasa Enam Syawal


Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawwal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun (Hadis riwayat Imam Muslim. Kitab Puasa). Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawwal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh. Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu.
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Di dalam hadis tadi, Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawwal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari! Subhanallah. Dan sesungguhnya Allah berhak untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendakiNya.

Kakinovel di UMP


Bersempena dengan Pesta Konvokesyen UMP atau eXPOCONVO 09 yang dijalankan pada 1-4 Oktober 2009 di Universiti Malaysia Pahang, Kakinovel telah bekerjasama dengan IPTA ini dengan menaja majalah dan juga membuat pameran novel-novel yang telah diterbitkan oleh Kakinovel sepanjang empat tahun ini. kepada semua pembaca terutamanya yang berada di sekitar Pahang jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan majlis di sana dan dapatkan novel-novel terhangat kami di pameran tersebut.Pastinya berbaloi-baloi dengan Kakinovel!

Selamat hari Raya Dari KN...

video

AWAS H1N1- Jangan ambil mudah!!!

KN amat prihatin tentang wujudnya wabak yang kian menular ini. Diharapkan semua pembaca sentiasa berwaspada dalam melalui kehidupan seharian bagi sama-sama mengawal penyebaran wabak ini.Mungkin ramai yang tidak mengetahu secara keseluruhan apakah sebenarnya yang dipanggil H1N1 ini.
Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian. Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang

4. Wanita mengandung

5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

* Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

* Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

Hari Ozon sedunia...

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa hari ini adalah Hari Ozon Sedunia. KN hanya ingin sama-sama memperingati kepada semua pembaca tentang betapa pentingnya menjaga lapisan ozon. Peringatan yang dimaksudkan adalah sebagai renungan terhadap keadaan lapisan ozon di atmofera bumi yang semakin hari semakin menipis.

Lapisan ozon adalah lapisan yang terdapat di kulit bumi bahagian Stratosfera. Ia terdiri dari molekul-molekul Ozon (O3)di mana lapisan ini berada pada ketinggian 15-60 km di atas permukaan bumi. Lapisan ozon dapat berfungsi sebagai penghalang hampir semua sinar ultraviolet yang dipancarkan matahari. Sinar ultraviolet adalah sinar yang dipancarkan matahari dengan energi yang cukup tinggi. Maka apabila lapisan ozon semakin tipis, ia akan mengakibatkan semakin besarnya radiasi sinar ultraviolet yang jatuh ke permukaan bumi dan dapat menyebabkan impak negatif terhadap lingkungan dan juga kesihatan.Akibat paling buruk pada lingkungan adalah terjadinya perubahan suhu secara global (global warming).

QANTAN BIRU LANGIT

Qantan Biru Langit hanyalah seorang gadis biasa namun dia berjaya mencuri pandang tiga orang lelaki yang berada di sekelilingnya iaitu Razif Khusaini, Khalid Zhafran dan Rafael Vivarte.Sekental mana jiwa Qantan mengharungi kehidupannya, hatinya masih percaya bahawa suatu hari nanti dia akan ketemu dengan lelaki terbaik Malaysia yang bakal menjadi raja dalam hidupnya.Siapakah lelaki tersebut? Adakah pilot cabuk yang pernah ditunangkan dengannya sewaktu kecil bakal menemani hidupnya yang sunyi, atau juga Khalid Zhafran, pemain tenis terbaik dunia yang juga sahabat karibnya atau mungkin juga Rafael yang seakan-akan mencuri pandang dari jauh untuk bertamu di laman hati Qantan. Dapatkannya di pasaran mulai September ini untuk mengetahui siapakah lelaki terbaik Malaysia yang menjadi pilihan hati Qantan Biru Langit.

Harga Asal - RM 16
Harga Ahli - RM 12

BUKU TERBARU DAN TERHANGAT SEKARANG...

Miera Eliani, seorang gadis yang mengharapkan jawapan cinta daripada kekasihnya Haikal yang menghilang tanpa khabar berita. Pertemuan Miera dengan Megat Shahrizal, CEO syarikat dia bekerja membuatkan dia terhumban dalam dunia cinta Shah. Secara kebetulan, ibu Shah dan mama Miera adalah sahabat baik yang lama terpisah dan kini bertemu kembali. Perhubungan rapat antara Shah dan Miera mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga. Malangnya, hati Miera masih menagih cinta pertamanya, Haikal yang menghilang tanpa memberikan sebarang khabar berita kepada Miera. Tidak dapat disangkal Miera juga menyenangi Shah yang banyak membantunya dan ikhlas menerimanya walaupun dia sedikit kasar dan tomboy. Namun, kerana keinginan ibu masing-masing menyebabkan Miera terpaksa akur dengan kehendak mereka yang mahukan ikatan suci wujud antara mereka menyebabkan Miera terpaksa berhadapan dengan keegoan dan sifat cemburu yang keterlaluan Shah saban hari. Pertemuan semula Miera dengan sahabat baiknya Jay Jay menimbulkan sedikit salah faham di hati Shah. Setelah lama Miera hidup tanpa bayang-bayang Haikal, lelaki itu tiba-tiba muncul dan kembali menagih kasih dari Miera…Dengan kewarasan diri yang ada, Miera membuat keputusan sekaligus akan mempengaruhi tentang siapakah yang bakal bertakhta di hatinya kelak…

Harga Asal - RM18
Harga Ahli - RM14

Salam Ramadhan Semua PeminaT KN...



Semoga bulan yang mulia ini akan memberikan kita kekuatan untuk mencapai sesuatu yang sudah lama dihajati. Insya-Allah anda semua boleh melakukan perubahan tidak hanya pada luaran tetapi mungkin juga dalaman. Semua itu terpulang pada diri anda sendiri kerana anda yang menentukan semuanya. Yang penting KN sentiasa akan cuba memikat lebih ramai peminat novel untuk meminati ,mengidam dan sentiasa tidak sabar menunggu setiap novel keluaran KN. KN akan mencuba yang terbaik jadi anda semua juga amatlah penting pada KN untuk merealisasikan hajat KN. Semoga anda semua sentiasa menjadi tulang belakang KN. Amin...

Buku Resipi Untuk Bulan Ramadhan...


Resepi untuk semua peminat KN yang suka masak memasak... dengan di dalamnya ada 45 jenis resipi. jadi apa yang di tunggu lagi... beli laa di pasaran atau beli terus melalui online dengan KN. Sementara stok masih ada bolehlah membeli dengan kadar segera...Semoga semua peminat masakan dan novel akan gembira dengan buku resepi yang KN terbitkan. Amin...

Tahniah Kepada Pemenang Beli dan Menang.


Sesi penyerahan hadiah peraduan Beli dan Menang yang dilangsungkan di Syarikat Buku Thaikuang, Melaka baru-baru ini. Peraduan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan selama ia dilangsungkan iaitu dari Mac 2009 sehingga 30 Jun 2009. Penyertaan yang menggalakkan ini terbukti dengan jumlah resit belian dan borang yang banyak dimasukkan ke dalam kotak peraduan. Walau apa pun KN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada Syarikat Buku Thaikuang (En. Mavin) kerana turut sama menjayakan promosi ini di kedai mereka.

Pemenang Hadiah Utama, Puan Norlela Binti Haji Yunus (Bemban, Melaka). Beliau membawa pulang wang tunai RM500, hadiah misteri serta sijil peryertaan.

Apa kata puan: " Tak sangka sama sekali saya memenangi hadiah ini. Saya sememangnya suka membaca novel dan banyak novel saya dah beli. Kebetulan saya juga adalah peminat novel KN jadi saya beli dan masuk peraduan ini tanpa mengharapkan apa pun. Bila dah menang ini terasa begitu dekat dengan KN. Saya akan sentiasa menyokong KN selepas ini. Alhamdulillah...."


Pemenang Hadiah Kedua, Puan Azlinda Binti Sani (Seremban,N.Sembilan). Beliau membawa pulang wang tunai RM350, hadiah misteri serta sijil penyertaan.

Apa kata puan: "Terkejut dan tidak menyangka sama sekali. Saya macam bermimpi di siang hari ketika pihak KN memberitahu saya tentang kemenangan ini. Saya sememangnya peminat fanatik novel Melayu dan telah berlambak-lambak buku yang saya kumpul untuk dibuat koleksi. Tapi inilah kali pertama saya memenangi peraduan dengan membeli buku novel Melayu. Saya berharap pihak KN akan terus berusaha untuk menaikkan nama di persada penerbitan novel kerana novel-novel yang dihasilkan berkualiti dari segi cover, pengisian cerita dan penyuntingan. Harap-harap akan datang saya menang lagi!"


Pemenang Hadiah Ketiga, En. Johari Bin Hassan (Tengkera,Melaka). Beliau membawa pulang wang tunai RM150, hadiah misteri serta sijil penyertaan.

Apa kata tuan: "Saya wakil pada ayah saya. Dia sememangnya peminat buku-buku Melayu yang berunsurkan ilmiah dan santai. Dia sesungguhnya amat bersyukur dan berharap KN akan terus maju dan dia akan menjadi penyokong KN kelak. Itulah kata-kata bapa saya."

Baju Pengantin Mak Andam


Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan Ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tahu nak kata apa sebab dia tak tahu apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab takut kene tinggal, dia takut kecewa macam pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar simpul dileraikan, biar kusut yang dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?


BAJU PENGANTIN MAK ANDAM
AREILA SAHIMI
M/S - 540
HARGA - RM18
HARGA AHLI - RM14

Akhirnya Kutemui

SINOPSIS

Kegagalan lalu banyak mengajar Mir erti ketabahan. mengapa di saat dia akan mengecapi kebahagiaan yang diimpikan, hatinya pasti dilukai? Adakah kerana ketentuan-Nya begitu atau ianya cuma ujian dari Yang Kuasa terhadap dirinya yang serba kekurangan?

Kegigihannya selama ini, memang berbayar dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi di dalam kejaya. Daripada seorang yang tak punya apa, kepada seorang yang begitu berpengaruh di MIH Holding. Mungkin sudah rezeki dan bertuahnya di situ.

Namun, mengapadia sering gagal di dalam soal hati di saat ada jiwa yang mahu mengisi kekosongan hatinya, dia pula yang tak punya rasa untuk menyambut salam bicara. Di kala dia mengimpikan insan yang diminatinya, lain pula yang terjadi. Gagal dan terus gagal yang mengundang tragis di dalam kehidupannya. Lalu membawa hati jauh dari bumi tanah tumpah darahnya.

Namun janji Tuhan tak pernah dimungkiri. Setiap titis air mata, setiap derita san sengsara pasti ada hikmah di sebaliknya. Tentunya ada sesuatu yang membahagiakandi penghujungnya. Akhirnya hadir seorang insan yang menjadi kekasih walaupun hakikatnya ada insan lain yang lebih menarik pandangan.

Namun tidak mudah kebahagiaan ini dikecapi dengan kehadiran Tina- anak majikannya yang begitu mengharap, Shieda-gadis impiannya sejak di bangku sekolah dan Myza-teman seperjuangan yang tulus ikhlas mengabdikan diri untuknya. Namun bahagia tak kunjung tiba. Derita jua yang sering bertamu. Siapakah insan yang tulus menerimanya? Bilakah sab di manakah akan ditemui insan itu?
AKHIRNYA KUTEMUI
TIANA ARESYA
M/S - 309
HARGA - RM15
HARGA AHLI - RM11

Berani BeRuBah MenJaDi UsaHaWan







PENJAGAAN SEWAKTU KEHAMILAN & SELEPAS BERSALIN


Buku ini amat sesuai untuk kaum ibu yang ingin mendapatkan pelbagai info yang berguna khususnya dalam penjagaan sewaktu bersalin dan selepas melahirkan. Buku ini juga amat sesuai bagi ibu-ibu baru dan harus dimiliki segera untuk mendalami secara telus mengenai kesihatan wanita sewaktu mengandung dan juga penjagaan kehamilan yang sewajarnya dititikberatkan.

Jadi apa yang perlu ditunggu lagi... belilah ia untuk makcik, kakak, adik atau sesiapa sahaja yang bergelar wanita...

Semoga info yang diberikan di dalam buku ini boleh dijadikan panduan dan seterusnya membantu ramai ibu-ibu untuk memahami dengan lebih jelas segala yang berkaitan dengan penjagaan dan kesihatan sebelum dan selepas bersalin.