Friday, August 20, 2010

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMILIKI NOVEL INI JUGA!!! YANG PASTI BUAT ANDA TIDAK KERING GUSI!!

GELAK TERGOLEK
PENULIS: WANN AZLAN


HARGA SEMENANJUNG: RM 18, Ahli KN: RM 14
HARGA SABAH/SARAWAK: RM 21, Ahli KN; RM 17
ISBN: 978 967 5067 570
Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun.

Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.

Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.

Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.

Gelak Tergolek… wajib dimiliki!


5 comments:

inanie said...

This is fun novel.. see tajuk dah rasa funny.. admin.. ini novel bulan sept ke??

KaKi NoVeL said...

Ya. ini novel bulan september. Sudah bole order dgn KN

Haifa Nabila said...

hrg nye brp , ek ?

CECOMEL said...

Salam. Saya nak tanya, lagu mana nak order melalui KN?

Anonymous said...

sy heran mcm mn novel ni blh jd best seller eh??x berkualiti lgsg..70% ayat2 nye lucah..mcm mn boleh lepas..??x sesuai utk bacaan umum lgsg..!!rasa SGT RUGI beli novel ni!!ape dah jadi dgn editor nye smp blh luluskan novel ni??heran..heran....kte sebagai pembeli tertipu dgn tajuk nye..