Showing posts with label Areila Sahimi. Show all posts
Showing posts with label Areila Sahimi. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Majlis Pelancaran Novel 2×5 dan Hadirmu Takdirku di Pesta Buku











Pihak Kaki Novel akan mengadakan Majlis Pelancaran untuk dua buah novel terbaharu iaitu novel 2×5 (Areila Sahimi) dan Hadirmu Takdirku (Alina Haizar). Kepada semua pembaca yang bakal mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa pada 19-28 Mac ini, dijemput menghadiri majlis yang bakal kami adakan ini untuk meraikan penerbitan baru KN.

Majlis Pelancaran Novel:

Pada: 20 mac 2010

Waktu: 12 pm

Tempat: Dewan 2, Gerai D10

Monday, August 3, 2009

Baju Pengantin Mak Andam


Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan Ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tahu nak kata apa sebab dia tak tahu apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab takut kene tinggal, dia takut kecewa macam pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar simpul dileraikan, biar kusut yang dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?


BAJU PENGANTIN MAK ANDAM
AREILA SAHIMI
M/S - 540
HARGA - RM18
HARGA AHLI - RM14