Tuesday, April 23, 2013

NOVEL TERBAHARU KN TERBITAN MEI 2013


BERITA BAIK buat semua pelangggan KN yang disayangi.. 
KN telah mula membuka tempahan untuk novel terbitan MEI 2013 pada 12 APRIL 2013 (JUMAAT)!

GADIS EDISI TERHAD - RIN AHMAD
31 MEI GERHANA MENTARI CINTA - NASS ALINA NOAH
STATUS HATI : DIA MILIKKU - AYUMI SYAFIQAH

Buat pengetahuan semua, untuk terbitan Mei 2013, tiada tandatangan untuk pelanggan yang membuat tempahan awl. Ini kerana semua novel ini adalah keluaran khas PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR. ♥

Buat order anda di www.kakinovel.com!


GADIS EDISI TERHAD -RIN AHMAD
SEMENANJUNG:- RM26.00 AHLI KN: RM22.00
SABAH/SARAWAK :- RM29.00 AHLI KN: RM25.00

Sinopsis:-
Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.

Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?

Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.

Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.

Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.

“I love you Fishy.”
“I love you too Cheesy.”


31 MEI GERHANA MENTARI CINTA - NASS ALINA NOAH
SEMENANJUNG:- RM28.00 AHLI KN: RM24.00
SABAH/SARAWAK :- RM31.00 AHLI KN: RM27.00

Sinopsis:-
Puteri, namanya melambangkan seorang wanita yang hidupnya dilimpahi kemewahan dan kebahagiaan. Tetapi, tidak. Pelbagai dugaan mendatang membuatkan dirinya hampir-hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan.

Puteri yang menjadi ayam tambatan keluarganya untuk keluar dari kepompong kemiskinan telah hilang arah setelah kekasihnya yang berjanji akan melamarnya tidak kunjung tiba. Hilang lesap begitu sahaja. Dia dibuang keluarga dan tidak dapat meneruskan pengajiannya.

Namun, hidupnya mula disinari cahaya bahagia apabila ditawarkan menjadi pengasuh kepada anak-anak Hakimi. Sementelah, anak-anak Hakimi amat menyayanginya dan menerimanya sebagai mama mereka.

Tanpa diduga, Puteri dan Hakimi saling jatuh cinta di antara satu sama lain. Hakimi melamarnya, membuatkan Puteri semakin bahagia.

Namun, hidup Puteri sekali lagi diduga. Hakimi tidak menyentuhnya dan diam membisu setiap kali Puteri ingin berbincang perihal rumah tangga mereka. Puteri benar-benar keliru. Kekeliruan dan kehampaan ini telah merubah sikap Puteri. Hatinya telah dilukai buat kali kedua oleh kaum Adam. Dia menjadi seorang yang pendendam.

Rupa-rupanya Hakimi mempunyai agenda tersendiri mendirikan rumah tangga dengan Puteri. Malah, ada rahsia besar yang tersembunyi di rumah Hakimi.

Apakah rahsia besar itu? Puteri pula... apa kaitannya dengan agenda Hakimi dan rahsia besar yang tersembunyi itu?

“Malam pertama kita telah berakhir... dan itu telah mengakhiri semuanya.”


STATUS HATI : DIA MILIKKU - AYUMI SYAFIQAH
SEMENANJUNG:- RM21.00 AHLI KN: RM17.00
SABAH/SARAWAK :- RM24.00 AHLI KN: RM20.00

Sinopsis:-
Illsya Kirana, gadis cantik berkerjaya yang punya ramai peminat. Namun, masih tiada walau seorang lelaki pun yang mampu menawan sekeping hati miliknya. Bagi Kirana, selagi seorang lelaki yang kacak, kaya, berkerjaya, berpelajaran tinggi, romantik dan setia tidak muncul di depan mata, selagi itulah dia tidak akan berkahwin. Sikapnya yang pemilih itu nyata amat merisaukan emaknya, Kamariah.

Bagi Kamariah, usia dua puluh enam tahun telah melayakkan seorang gadis untuk mendirikan rumah tangga. Lantas atas persetujuan Kirana, dia bertindak mencarikan jodoh untuk anak gadisnya itu. Dengan bantuan adik perempuan Kirana, Kamariah menemui rakan lamanya, Dahlia di Facebook. Kebetulan ketika itu, Dahlia juga sedang mencari jodoh untuk anak lelakinya.

Saat bertentang mata dengan Edryzal, Kirana sedar ada satu perasaan halus menyentuh hatinya. Tetapi sayang, lelaki itu langsung tidak menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan dengannya. Sikap dingin lelaki itu seakan-akan melumpuhkan impian perkahwinan indah Kirana.

Kirana terkejut apabila Edryzal setuju untuk menyuntingnya sebagai isteri. Tetapi dia tahu, lelaki itu menerimanya atas dasar permintaan orang tua mereka. Puas berbolak-balik dengan hati sendiri, Kirana akhirnya menerima tetapi dengan syarat, pertunangan mereka haruslah diikat untuk tempoh setahun. Dia tidak mahu lelaki itu menikahinya tanpa rasa cinta dan semata-mata kerana orang tua mereka.

Berjayakah Kirana menjadikan impiannya satu realiti? Mampukah dia membuat lelaki itu jatuh cinta padanya sebelum tarikh pernikahan mereka tiba? Dan, bisakah dia menerima seandainya dia tahu ada nama gadis lain yang sudah terukir indah di hati Edryzal?

“Mungkin dia dingin, mungkin dia kaku, mungkin juga dia kayu... tetapi apabila status hati hanya tertulis namanya, maka hanya dia milikku dan hanya aku yang berhak atas cintanya.”







4 comments:

Anonymous said...

31 mei...memula membaca sikit bosan...nak teruskan bacaan x de mood..

Anonymous said...

Besss gilews 31mei gmc..sperti biasak novel nan memg boom. Lain dr yg lain. Saspens..x boley berenti bacak huhuuu..tahniah nan!!

Anonymous said...

salam saya nk tnya beli secara online termasuk skali caj pos ato x?..

Ilham said...

GET best sgt! sudah bace ulang 4-5 kali.