Wednesday, February 29, 2012

bab 3 - biarlah YM berbicara (hanni ramsul)

AKU termangu sambil menongkat dagu. Leka melayan perasaan yang tidak menentu. Dua minggu selepas kali terakhir Si Charming muncul di skrin komputerku, lelaki itu menghilang lagi. Hancur luluh hati ini setiap kali melihat bicaraku tidak berbalas. Hancur luluh hatiku menanti munculnya Window yang aku rindui itu. Sampai hati dia. Sudahnya lebih seminggu YMku terbiar sepi. Malas aku nak buka. Buat sakit hati aku aja!


“Diya…”


“Hmmm...”


“Diya…”


“Apa?” 


Sharifah mendengus perlahan. Bahuku ditepuk lembut. Aku mengeluh. Sharifah ni memanglah,mengganggu betul!


“Diya, pandanglah aku. Aku nak cakap ni.” Aku menoleh. Memandang wajah Sharifah yang tersengih senang. Kalaulah aku boleh seceria dia saat ini. Tapi, apakan daya…


“Apa? Cakaplah…” sahutku malas. 


Sharifah tidak bersuara. Cuma jarinya menunjuk ke arah skrin komputer. 


Aku kerutkan kening. Tidak faham maksud bahasa isyarat yang Sharifah gunakan. Lantak kau lah Sherry. Malas aku nak layan. Aku kembali merenung kosong ke skrin komputerku. Renungan kosong yang tiada apa-apa makna.


“Diya… tengoklah sini!” 


Aku sedikit tersentak. Terkejut dengan suara Sharifah yang cukup dekat di telingaku. Aku tarik muka. Geram disergah begitu.


 “Apa? Terkejut aku tau!” 


Sharifah sengih. “Sorry. Kau pun satu, aku panggil buat blur aja. Kenapa?” 


Aku pandang wajah Sharifah dengan tidak berkelip. 


Sharifah tersengih lagi. “Janganlah pandang aku macam tu. Kau bukan tak tahu aku gabra kau pandang aku macam tu.” 


Aku menjeling. Tahu pun takut. “Apa dia?” soalku akhirnya.


“Ni haaa… cuba kau tengok ni.” 


Aku memandang komputer Sharifah. Tak ada apa-apa pun.


“Apa?” soalku hairan.


Sharifah mendengus perlahan.


“Kau on YM tak?” 


Aku mencebik sambil menggeleng perlahan.


“Patut laaa. Ni ha, Prince Charming kau tanya kenapa dah lama kau tak
online?” ujar Sharifah membaca YM di skrin komputernya. 



Aku memandang Window di skrin komputer Sharifah. Window milik Charming. Patutlah dari tadi duk tunjuk komputernya. Rupa-rupanya ini yang dia nak beritahu aku. Aku bangkit dari kerusi. Melangkah mendekati Sharifah.


“Apa dia cakap?” soalku dengan nada yang tidak begitu mesra. Ada rasa cemburu berputik di hati. Cemburu pada Sharifah kerana mendapat pesanan dari Charmingku. Tak adil. Aku yang sapa dia berbakul-bakul, dia buat tak layan aja. Sekarang dia boleh berkongsi cerita dengan kawan aku pulak.


“Dia tanya pasal kaulah!”


“Tanya apa? Apa yang dia nak tahu? Tak boleh tanya aku sendiri ke?”


“Ek eleh minah ni... jealous la pulak. Dia nak tanya macam mana, kau tak
on pun.” 



Ya tak ya juga. Aku buat-buat selamba. “Mana ada aku jealous? Aku tanya aja, dia nak apa?”


“Bacalah sendiri.”


“Tak naklah. Nanti kut ada apa-apa rahsia, aku terbaca pulak!”


“Diya… kau ni memanglah. Rahsia apanya? Baca ajalah! Kau ingat aku ada
affair dengan Charming tu ke? Kalau kau tak nak baca, biar aku yang baca!” 


Aku senyum kecil. Sharifah ni, kadang-kadang terlebih emosional pula. Aku tarik kerusi lalu duduk di sebelah Sharifah.


“Mana?” soalku sambil meneliti Window di skrin komputernya.


“Ni haaa. Yang kau tengok Window pakwe aku tu apasal!” 


Aku tersengih. Sharifah ni, kelakar juga. Ada ke dengan kekasih hati pun boleh sembang dalam Yahoo Messenger.


“Dengan pakwe pun, kau layan YM ke?” tukasku.


“Yalah… kan jauh,” jawab Sharifah juga dengan sengih yang panjang. Aku menggeleng perlahan.


Charming: Mana pergi kawan awak yer?


Charming: Lama tak nampak.


Charming: Sibuk ke dia? 


Aku termangu. Tidak tahu apa yang dirasakan saat ini. Tersentuh juga hati ini apabila membaca kata-kata itu. Dia cari aku ke? Dia masih ingatkan aku ke? Tidak. Aku tak boleh lembut hati. Nanti yang makan hati bukan dia, tapi aku. Aku mesti kuat. Aku harus belajar lupakan dia. Aku tidak boleh terus layan perasaan.


“Apa lagi? Pergilah on YM kau. Dia mesti tengah tunggu kau tu.”


“Tak adanya. Kalau aku kumpul pesanan aku kat dia, aku rasa dah penuh tiga-tiga tong recycle bin kat depan tu tau. Yang plastik, yang kaca, yang kertas, semuanya penuh. Tahu tak? Tapi, satu pun dia tak balas. Sedih hati aku ni, Tuhan aja yang tahu. Malas aku nak layan lagi. Buat sakit jiwa aja!”


“Aik! Macam marah aja,” sakat Sharifah sambil tersengih. 


Aku mengeluh perlahan. Perlahan juga aku bangkit dari sisi Sharifah. Bergerak malas ke mejaku semula. “Bukan marah, tapi geram!”




“Kau tak boleh nak salahkan dia, Diya.” 


Aku merenung tepat ke wajah Sharifah. Dia membela Si Charming tu? Ini tak boleh jadi. 


“Kau ni, kawan dia ke kawan aku?”


“Kawan kaulah. Tapi, dalam kes kau ni, aku tak boleh nak sokong kau. Sebab aku rasa ni semua silap kau juga.” 


Aku kerutkan kening. Apa pulak salah aku? “Apa salah aku?”


“Yalah. Dah berapa puluh kali dia ajak kau keluar, ajak jumpa? Kau jual mahal. Memang padanlah dengan muka kau!”


“Kau ni Sherry… mulut dah ada insurans belum? Kalau tak ada, better keep it shut. Okey?”


“Amboiii marah nampak!” ujar Sharifah bersama gelak kecil. Aku menjeling sekilas. Memang betul juga kata-kata Sharifah. Aku mengeluh lagi. 


“Entahlah Sherry... malas aku nak fikir.”


“Haaa… ni tengok, dia hantar lagi. Aku rasa dia memang betul-betul nak cakap dengan kau la. On lah… kesian dia…” ujar Sharifah sambil jari telunjuknya menujah ke skrin komputer. 


Aku menggeleng perlahan. “Tak ada mood la. Aku tahu dia bukan serius pun nak kawan dengan aku. Nanti aku pulak yang makan hati sorang-sorang…”


“Mana kau tahu? Entah-entah ni jodoh kau. Siapa tahu, kan?” 


Aku sengih. Yalah tu… banyaklah Sharifah punya jodoh.


“Dia suruh kau on YM la Diya!” gesa Sharifah.


“Kau tanyalah dia apa dia nak?”


“Aku pulak?”


“Tanya ajalah!”


“Okey!” balas Sharifah sepatah. 


Jari-jemarinya laju menaip sesuatu. Kemudian dahinya berkerut merenung skrin komputernya. Aku sekadar memandang kosong gelagat Sharifah itu. Sharifah berpaling sambil tersenyum panjang.


“Nak tahu apa dia cakap?” soalnya dengan senyuman meleret.


“Apa dia cakap?”


“Aku baca ya. Beritahu kawan awak tu, on la YM tu. I miss her so much. Betulll. Tak tipu… and, dia juga suruh kau buka e-mel. There is something for her. Special for her!” 


Aku termangu. Degup jantung tiba-tiba terasa kencang. Tiba-tiba juga wajahku terasa membahang. Berderau darahku mendengar kata-kata yang dibaca oleh Sharifah. Kalau macam ni, boleh cair balik hatiku. Janganlah buat aku macam ni, wahai Charming. Aku memandang wajah Sharifah.


Sharifah mengangkat kening bersama senyuman nakal. Aku resah sendiri. Nak mengalah atau nak teruskan perjuanganku untuk lupakan dia?


“So?”


“Kau cakap kat dia, aku tak boleh nak online. PC aku problem.” Akhirnya aku memberi alasan.


Sharifah tersenyum. “Lantak kaulah! Satu hal, jangan lupa buka e-mel kau. Aku nak juga tengok apa yang special sangat tu!” Aku mencebik. Malas melayan kata-kata Sharifah. Padahal saat itu, hatiku memberontak ingin bersembang dengan Charmingku. Tidak! Aku mesti kuat!



Semenanjung : RM 20.00 /Ahli : RM 16.00
Sabah Dan Sarawak : RM 23.00/ Ahli : RM 19.00


0 comments: