Monday, December 19, 2011
NOVEL TERBAHARU JANUARI 2012.. Sekilas Pandang 'Cinta Tak Terucap'
Sekilas Pandang 'Cinta Tak Terucap'
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE
PENULIS: IMANI HATTA
ISBN: 978-967-5067-56-3
SEMENANJUNG: RM 20.00
SABAH/SARAWAK: RM 23.00
The best thing about tonight’s that we’re not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don’t think that I am trying
I know you’re wearing thin down to the core
But hold your breathe
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I won’t live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
You’re impossible to find
BERKALI-KALI lagu Fall For You, nyanyian Secondhand Serenade meniti di bibir. Lagu itu agak popular sekarang. Adiknya, Nurliyna Mirza juga sering menyanyikan lagu itu membuatkan dia turut sama terikut-ikut.
“Senang hati nampak,” tegur seseorang.
Ammar Mirza berpaling. Dua gadis kecil tersenyum memandangnya. Si hero pula tersengih panjang.
“Belajar apa tadi?” soalnya pada Fifi Mirza, anak saudaranya yang bakal mengambil USPR tahun ini.
“Maths.”
“Fia?” Wajah Fia Mirza yang seiras dengan kakaknya pula ditatap. Fia Mirza pula muda dua tahun.
“Sains!” Laju Fia Mirza menjawab.
“Fir?”
“Maths macam Kak Fifi.” Nampak teruja Firhan Mirza menjawab. Firhan Mirza pula baru sahaja melangkah ke alam persekolahan. Wajah Firhan Mirza betul-betul seiras arwah abang Ammar Mirza, Radzi Mirza.
Ammar Mirza ketawa. Sudah menjadi kebiasaan, jika ayah atau uminya tidak dapat mengambil mereka bertiga, dia akan mengambil alih tugas menjemput mereka dari sekolah atau pusat tuisyen.
“Fifi pegang tangan Fia,” suruhnya sebelum dia menggenggam tangan Fia dan Firhan. Sekejap sahaja mereka sudah berada di seberang jalan menuju ke kereta BMW 3 Series berwarna hitam milik arwah abangnya.
“Siapa tu?” Firhan segera menyoal dengan wajah berkerut.
Ammar Mirza angkat bahu.
“Mak ngah, kan tu?” Fifi meneka.
Ammar Mirza terkedu. Mak ngah?
“Buat apa kat sini?” soalnya terus apabila mereka berempat sudah menghampiri kereta.
“Awak?” Kelu lidah Suri Imani.
“Saya?” Ammar Mirza merenung Suri Imani minta penjelasan. Terkejut juga melihat Suri Imani berada di sini, dan paling penting selamba sahaja bersandar pada keretanya.
Suri Imani memandang lama Ammar Mirza. Apa dia buat kat sini? Kemudian matanya beralih pada anak-anak saudara Ammar Mirza.
“Salam mak ngah,” suruh Ammar Mirza tersengih nakal.
“Huh?” Terkejut dengan panggilan namanya.
“Mak ngah….” Firhan terlebih dahulu menerpa pada Suri Imani membuatkan gadis itu yang sejak tadi keliru dengan pertemuan itu, terkejut. Telefon bimbit yang sejak tadi di dalam genggamannya tercampak terus ke dalam longkang.
“Firhan Mirza!” tempelak Ammar Mirza.
“Fir minta maaf….” Firhan tunduk memandang jalan. Dia betul-betul tidak sengaja.
“Kak!” jerit seseorang dari belakang.
Mereka semua sama-sama berpaling.
Ilham tersengih panjang sebelum dahinya berkerut melihat Ammar Mirza.
“Ilham, tolong ambil telefon akak.”
Telefon bimbitnya yang selamat terbenam di dalam longkang, ditunjuk segera. Nasib baiklah longkang itu tidak kotor.
“Hah?” Ilham terkejut.
Firhan sudah mula menangis.
“Senyap, Fir! Biar saya ambil.” Tanpa sempat dihalang, Ammar Mirza sudah melompat turun di dalam longkah. Berkerut-kerut wajah Ammar Mirza apabila terpaksa memasukkan tangan di dalam air longkang.
“Fia. Ambil tisu,” suruh Ammar Mirza yang cuba untuk naik semula sambil dibantu oleh Ilham yang masih samar-samar dengan apa yang berlaku.
“Nah.” Telefon bimbit dilap dan dibalut sebelum diserahkan semula kepada Suri Imani. Ammar Mirza tahu telefon itu sudah tidak bernyawa.
Fifi menghulur botol airnya kepada Suri Imani untuk membasuh telefon yang kotor itu.
“Terima kasih awak.”
Ammar Mirza tersenyum kelat. Bahu Firhan dipegang lembut dan diarah memandangnya. Terhenjut-henjut bahu itu menahan tangis.
“Sudahlah tu... pak ngah tak marah. Tapi Firhan tau salah Firhan, kan?” soal Ammar Mirza perlahan. Air mata yang masih keluar itu dikesan lembut.
Lambat-lambat Firhan mengangguk.
“Jadi?” Terangkat kening Ammar Mirza.
“Fir minta maaf….” Si kecil itu memusingkan tubuhnya lalu mendongak.
Suri Imani tersenyum. Pipi Firhan disapu lembut. “Tak apa Fir. Kak… mak ngah tak marah.”
Merah padam wajah Suri Imani sebelum menggigit bibir. Dia tahu Ammar Mirza sudah tersengih mendengar bahasa panggilannya.
“Ilham?”
Ilham yang sejak tadi menjadi pemerhati, segera mengangguk sebelum melangkah menghampiri Ammar Mirza untuk bersalam. “Abang buat apa kat sini?”
“Ambil anak-anak ni. Ilham pun belajar di tuisyen ni?”
Pantas Ilham mengangguk.
“Ilham PMR tahun ni,” ujar Suri Imani pula.
Ammar Mirza mengangguk sebelum dia mengarahkan Fifi, Fia dan Firhan untuk bersalam dengan Suri Imani dan Ilham. Fifi nampak malu-malu apabila bersalaman dengan Ilham. Ammar Mirza tersenyum. Dah besar anak saudaranya itu.
“Balik dengan apa?” Ammar Mirza menyoal.
“Bas.”
“Kereta?” Ilham pula yang terkejut.
“Masuk workshop. Papa guna Viva. Papa ada hal, suruh kita naik bas atau teksi,” balas Suri Imani. Tangan adiknya sudah dipegang.
“Jom balik,” ajaknya.
Ilham hanya mengangguk.
“Ilham masuk kereta. Abang hantar balik,” suruh Ammar Mirza tiba-tiba.
“Tak apa.” Pantas Suri Imani menolak.
“Umur Ilham berapa?” Tiba-tiba Ammar Mirza menyoal.
“Lima belas tahun.” Terpinga-pinga Ilham menjawab. Bukan ke tadi dia sudah beritahu yang dia mengambil PMR tahun ini.
“Kakak dengan adik sama tinggi.” Selamba Ammar Mirza bersuara.
“Awak!” Geram kerana tahu Ammar Mirza cuba memberitahu yang dia pendek!
Ammar Mirza tersengih pula.
“Ilham masuk kereta,” suruhnya lagi.
“Kami boleh balik sendiri,” balas Suri Imani yang sudah merah muka menahan marah.
“Nope dear. Saya tunang awak. So, saya tak akan biarkan awak dan adik ipar saya balik naik bas atau teksi sedangkan kereta saya ni muat aje,” ucap Ammar Mirza.
“Kita balik dengan Abang Am,” pinta Ilham yang sudah melangkah mendekati kereta Ammar Mirza selepas ditarik oleh Firhan atas arahan Ammar Mirza.
Ammar Mirza ketawa.
“Cepat, atau saya dukung,” ujar Ammar Mirza berbau arahan.
“Berani?” Bulat mata Suri Imani.
“Anything is possible in this world honey....” Mata dikenyit bagi mengundang kemarahan gadis itu. Dia suka melihat gadis itu marah dengan muka yang sudah merah.
Suri Imani mengeluh.
“Iman?”
“Yalah!”
“Good girl.” Ammar Mirza tersenyum.
AMMAR MIRZA menggaru kepalanya beberapa kali. Bilik kecil tetapi nampak luas kerana tidak banyak menggunakan perabot. Sebuah tilam tebal single dibiarkan berdiri dan bersandar di dinding bilik berwarna biru. Sebuah meja belajar terletak di sudut bilik dan bersebelahan dengan almari pakaian dan rak buku. Beberapa poster Simple Plan dan My Chemical Romance tertampal di dinding bilik. Nampaknya Ilham peminat kumpulan itu. Di atas meja belajar penuh dengan buku-buku latihan.
“Awak,” tegur Suri Imani.
Tak sangka juga dia rupa-rupanya papa sudah berada di rumah. Ammar Mirza terus diajak untuk makan malam bersama di rumah.
“Mana kiblat?” soal Ammar Mirza yang juga nampak serba salah di hadapan Suri Imani ketika ini.
“Sini.” Sejadah dibentang.
“Thanks.” Ammar Mirza garu kepala pula.
“Nah.” Kain pelekat berwarna hijau muda milik Shamsul Azhari diserahkan kepada Ammar Mirza.
“Buat apa ni?”
Berkerut dahi Suri Imani.
“Sarung kat kepala.” Selamba dia menjawab.
“Hah?”
“Encik Ammar. Kain pelekat itu untuk awak pakai masa sembahyang.”
“Seluar saya bersih lagi.”
“Awak pakai seluar tu sepanjang hari. Pakai ajelah. Papa suruh.” Malas Suri Imani hendak bertekak.
“Budak-budak mana?”
“Ikut Ilham pergi kedai. Awak, saya nak tanya sikit.” Wajah Ammar Mirza dipandang.
“Apa?”
Suri Imani pandang pintu yang terbuka luas. Dia duduk di kerusi meja belajar Ilham. Wajah Ammar Mirza dipandang lama.
“Apa?” Cuak lelaki itu dengan telatah Suri Imani yang berubah serius.
“Kita dah tunang berapa lama?”
“Huh?” Terpinga-pinga pula Ammar Mirza.
“Sebulan, kan?” Suri Imani pula yang menjawab.
Ammar Mirza mengangguk sahaja.
“Kenapa ayah awak nak cepatkan tarikh perkahwinan kita?”
“Tak tau.” Ammar Mirza geleng kepala. Satu senyuman halus terukir di bibir.
“Awak tak rasa kita ni macam tak sesuai?” soal Suri Imani. Langsung tidak perasan perubahan wajah Ammar Mirza ketika ini.
“Kenapa?”
“Kita tak pernah keluar bersama. Saya tak kenal awak.” Lurus jawapan Suri Imani yang membuatkan Ammar Mirza tersenyum lebar.
“Kenapa senyum?”
“Satu sedekah.” Selamba jawapan Ammar Mirza.
Suri Imani mendengus.
“Awak tak suka?”
“Bukan....”
“Jadi?”
“Saya tak bersedia....” Perlahan jawapan diberi.
“Sebulan lagi masa yang ada Iman,” balas Ammar Mirza.
“Kalau perkahwinan ni tak berjaya?”
“Emmm... saya nak sembahyang sekarang. Boleh awak keluar? Saya nak tukar seluar.” Suruh Ammar Mirza yang tiba-tiba bertukar serius.
Terpinga-pinga pula Suri Imani.
7 comments:
xsabo nyer nak bace!!!!dlu follow cite ni tp tggu pnya tggu xde ntry bru pon...rpe ny nk pblish :))
saya dh ada novel ni...lalalala :)
congrats....cerita yg mmanarik x terasa rugi keluar duit sendiri beli novel ni
haha saye dh ade novel ni. Best giler kentang! Haha x nyesal bli. =D
saya pun dah ade...dah baca..besssss
mcm mna sya nk langgan nii ?
sy nak beli novel nie kat kakinovel but oou of stock lah macam mana ye nk beli?
Post a Comment