Thursday, September 8, 2011

sneak preview novel 'Biarkan Ia Berlalu'


Sekilas Pandang 'Biarkan Ia Berlalu'

"AKU pening betul la dengan Syafiq ni.... Lama-lama boleh fed up, tau tak! Kalau tak kerana dia seorang akauntan yang berkebolehan, tak mananya aku kekalkan dia kat syarikat ni.” Tiara memicit-micit dahinya. Kemudian dia mengeluh kuat.
“Dia buat lagi ek?” tanya Baby yang baru sahaja masuk ke pejabat rakannya itu.
“Yalah.... Cuba kau kira, sepanjang dia kerja dengan kita dah berapa kali dia tukar dia setiausaha. Ada aje benda yang tak kena.” Tiara membebel.
Baby hanya tersenyum. Terbayang wajah Syafiq, lelaki tinggi lampai yang mempunyai rupa paras yang cukup menarik. Seorang lelaki yang terlalu komited dengan kerja dan sehingga kini masih tidak mempunyai teman istimewa. Mungkin terlalu sibuk ataupun terlalu panas baran.
“Kali ni dia pecat ke, ataupun secretary dia yang letak jawatan?” tanya Baby lagi.
Secretary dia yang cabut. Yalah, mana tahan wei, asyik kena marah aje. Hari-hari aku dengar budak tu kena maki hamun dengan dia... lembap la, tak tahu buat kerja la, macam-macam lagi la....” Tiara menyambung bebelannya.
“Entah la, aku tak boleh nak cakap apa dengan perangai Si Syafiq tu... tapi kerja dia okey, perfect! Aku suka sangat dengan kerja dia. Kerja tak pernah bertangguh. Kalau tak ada dia, aku tak tahulah apa nak jadi dengan akaun syarikat.” Baby memberikan pendapatnya.
Perlahan, Tiara mengangguk. Turut bersetuju.
“Aku harap sangat secretary dia lepas ni dapat bertahan dengan dia. Dia cakap dengan aku tadi dia dah iklankan nak dapatkan setiausaha baru tu. Minggu depan start interview. Syafiq... Syafiq... nasib baiklah kerja kau bagus. Kalau tak dah lama kau kena halau dari sini,” keluh Tiara.
Baby tersenyum mendengarnya. “Apa kata kau tackle aje mamat tu. Mana la tahu, kan... lepas kau jadi awek dia tiba-tiba aje dia bertukar jadi lelaki yang berhati lembut.”
“Otak kau! Tak nak la aku! Tak tahan!” Jerit Tiara, nyaring.
Serentak dengan itu Baby ketawa terbahak-bahak. Lucu.
NADIA terus melarikan diri sebaik sahaja terpandang lelaki yang telah lama tidak ditemuinya itu. Dia pantas menyelit-nyelit di kalangan orang ramai yang berada di pusat membeli-belah tersebut. Kemudian mendadak sahaja dia berhenti melangkah.
“Kenapa pulak aku lari?” Nadia bertanya kepada dirinya sendiri. Dia segera menoleh dan sebaik sahaja dia menoleh kelihatan lelaki tersebut sedang berjalan menuju ke arahnya dan lelaki itu ditemani oleh seorang perempuan yang juga cukup dikenalinya.
Nadia cuba menenangkan perasaannya di kala itu. Dalam masa yang sama dia berdoa sangat agar pasangan tersebut bukan datang untuk menemuinya. Bukan dia takut, cuma dia risau dia tidak dapat membendung perasaan marah yang masih bersisa di dalam hatinya.
“Nadia, long time no see. How are you?” Gadis tersebut terlebih dahulu menegurnya. Lelaki yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri, malah secebis senyuman pun langsung tak terukir.
“Erin, hidup lagi kau ye?” Nadia membalas dengan bahasa yang agak kasar. Dia memang begitu. Rasanya gadis itu pun tahu dia jenis yang bagaimana.
“Perangai you masih tak berubah ya, tetap kasar macam dulu even pakaian yang you pakai sekarang ni feminine sikit. I dengar you merajuk sampai ke UK, lepas tu pulak I dengar you langsung tak nak balik Malaysia. Tapi tak sangka pulak I boleh jumpa you kat sini. She looks different, kan sayang?” Erin bertanya kepada lelaki yang berada di sebelahnya ketika itu.
Yes, you are right. I think she’s still the same, nothing changed, kan Nad?” Soalan yang begitu sinis keluar dari mulut lelaki tersebut.
Nadia hanya tersenyum. Entah mengapa dia masih mampu menguntumkan senyuman walaupun di dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu bahawa dia sedang menahan kemarahannya yang berapi.
“Aku berubah ke, tak berubah ke, tak ada kena-mengena dengan kau dan jugak kau. Apa yang aku tahu aku bukannya hipokrit dan penipu macam sesetengah orang tukan Johan?” balas Nadia kembali.
Kini giliran Johan pula yang tersenyum. Dia tahu gadis tersebut cuba membalas kata-katanya sebentar tadi. Sejak dulu mereka begitu. Siapa akan percaya mereka dulu pernah dilamun cinta. Pernah mengungkapkan kata-kata sayang di antara satu sama lain.
“Oh ya, you tahu tak I dengan Johan dah nak kahwin pertengahan tahun ni? Kalau ikut perkiraan, dalam lima bulan aje lagi....” Erin terus memeluk lengan Johan dengan lebih erat lagi.
I know about that. Aku balik ni pun sebab kau nak kahwin la.”
What… what do you mean by that?” tanya Johan agak terperanjat.
“Saja, aku nak tengok bekas pakwe aku kahwin.... Tak salah, kan?” Nadia berbicara sambil tersenyum. Matanya tepat memandang Johan yang kelihatan agak terperanjat. Wajah lelaki itu kelihatan berubah.
Of course tak salah, kan sayang? I memang berniat nak jemput you pun. I buat wedding I tu kat The Palace of the Golden Horses. Tentu meriah, kan... tambah-tambah dengan kehadiran you. Lagipun I percaya, sejak keluarga you bankrap tentu you dah lama tak pergi kat tempat yang macam tukan?”
“Erin, please okay?” Johan cuba melarang teman wanitanya daripada bertindak melampau. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku. Dia kenal Nadia dan dia juga kenal dengan Erin. Dua gadis yang bersifat panas baran.
Yea, how did you know about that? Memang dah lama aku tak pergi tempat-tempat yang high class macam tu. Tentu best, kan?” Nadia membalas dan matanya masih lagi memandang tepat ke arah Johan. Lelaki itu kelihatan tidak selesa dipandang begitu.
“Tapi I tak boleh nak letak you kat meja depan masa kat dalam dewan tu nanti, sebab meja depan just untuk family I dengan Johan dan VVIP yang lain. You tentu faham, kan?” Erin masih belum berpuas hati untuk menyakitkan hati Nadia. Gadis itu kelihatan bersahaja walaupun diejeknya. Berbeza dengan Nadia yang dulu. Gadis yang cepat marah.
Of courseIt’s okay, aku tak kisah. Bila kau nak kahwin? Tengah tahun ni, ek? Kita sama-sama tengok jadi ke tak.”
“Nad! Kau... apa maksud kau?” Johan bersuara kembali. Pelik dengan kata-kata yang baru sahaja didengarnya sebentar tadi.
Wajah Erin juga kelihatan berubah.
“Aku tahu kau dengar apa yang aku cakap tadi. Tak sabar la nak tunggu tengah tahun ni....” Nadia tersenyum. Dia maju setapak ke hadapan dan betul-betul berhadapan dengan Johan. Kemudian dengan perlahan dia merapatkan sedikit wajahnya ke leher Johan. Kedengaran dia menghidu sesuatu dan wajahnya itu hampir menyentuh leher lelaki tersebut.
HeyWhat are you doing?” tanya Erin agak kuat.
Nadia segera melarikan wajahnya itu.
“Bau yang sama. I like it. Aku blah dulubye!” Nadia terus melangkah meninggalkan pasangan tersebut dengan senyuman. Puas hatinya dapat mempermainkan Erin, seorang gadis yang pernah dia percaya dulu.
KAU dah gila ke apa, Nad?” soal Tiara. Terkejut dengan cerita yang baru sahaja dia dengar daripada sahabat karibnya itu.
“Ala kau ni Tia, relaks la. Aku bukan cium dia pun, aku just cium perfume dia aje. Kau tahu perfume tu aku yang pilih untuk dia dulu. Tak sangkapulak dia tak pernah tukar pun.” Nadia tersenyum penuh makna.
Don’t tell me that you are still in love with him, my friend.” Baby keluar dari dapur dengan membawa tiga mug kopi panas.
“Aku? Cintakan Johan? Come on Baby, you know me right? Aku tak akan jilat ludah aku balik. Never!” Kata-kata Nadia cukup keras.
Baby terus melabuhkan punggungnya ke sisi Nadia. Kemudian lengan gadis itu dipaut erat.
“Apa kena dengan kau ni?” tanya Nadia, agak pelik dengan kelakuan Baby.
“Tak ada apa. Saja.... Johan still handsome macam dulu, kan?” tanya Baby.
Tiara mulai tersenyum.
Nadia mencebik.
And you Baby, don’t tell me you still admire him!” kata Nadia.
Tiara terus tergelak.
“Aku just suka tengok muka dia aje, perangai dia aku langsung tak suka. Menyampah, tambah-tambah dengan apa yang dia dah buat dekat kau. Tapi rugi pulak aku rasa sebab tak ikut kau sekali tadi. Nak jugak aku tengok muka Si Erin tu. Mesti merah muka minah yang perasan mat salih celup tukan... tahan marah kat kau!”
Serentak dengan itu mereka bertiga terus tergelak. Terbayang wajah Erin, gadis yang perasan mempunyai wajah ‘pan-Asia’. Gadis yang kelihatan seksi dan sentiasa menyaluti wajahnya dengan mekap yang cukup tebal. Dia akui gadis itu kelihatan cantik dan elegan. Malah gadis itu merupakan salah seorang supermodel yang terkenal di Malaysia. Malah gadis itu bertambah terkenal apabila berpasangan dengan anak Tan Sri Khalid, salah seorang jutawan Malaysia.
“Kau tahu masa aku nak cium perfume Johan tadi aku pun takut jugakKorang bukan tak kenal dengan perangai Erin. Silap hari bulan merah muka aku kena penampar minah tu, tapi nasib baik la lepas tu aku cepat-cepat blah. Puas hati aku! Tapi aku tak puas selagi matlamat aku tak tercapai. Itu baru intro aje, belum masuk bahagian isi lagi. Aku akan pastikan cerita aku ni habis dengan ‘happy ending’, orang yang benar akan selamat, dan orang yang bersalah akan terima nasib yang setimpal!”
Baby dan Tiara berpandangan. Mereka berdua terus berhenti ketawa. Sebenarnya jauh di sudut hati mereka, mereka agak kurang bersetuju dengan rancangan Nadia selama ini. Namun mereka tak terdaya untuk membantah niat gadis itu. Bukan mereka takut tetapi mereka tahu tahap kedegilan Nadia. Mereka takut sekiranya mereka membantah, Nadia akan mengambil keputusan untuk bertindak sendirian. Itu lagi bahaya. Gadis itu terlalu obses untuk membalas dendam. Sekiranya mereka sentiasa di samping Nadia, sekurang-kurangnya mereka boleh memantau gadis itu agar tidak bertindak secara keterlaluan.
“Tia, ni aku nampak benda ni tadi. Betul ke? Tukar lagi, ek?” tanya Nadia sambil menunjukkan keratan akhbar yang dibacanya sebentar tadi.
Tiara terus sahaja mengambil akhbar dari tangan Nadia. Dibaca seketika. Kemudian dia mengangguk perlahan.
“Kenapa dengan mamat tu? Dia ingat dengan mengiklankan jawatan dekat akhbar tak guna duit ke? Aku dengar dia terror bab-bab akaun ni, benda-benda macam ni pun tak boleh nak fikir ke? Membazir duit syarikat aje,” bebel Nadia. Dia banyak juga tahu fasal Syafiq daripada Baby dan Tiara walaupun dia langsung tidak pernah melihat wajah lelaki itu.
“Penat dah aku nak bercakap dengan mamat tu, degil! Macam kau!” Tiara bersuara.
Baby tersengih mendengar kenyataan Tiara.
“Hai, aku pulak yang kena?”
“Yalah, kata-kata aku bukan dia nak dengar pun, alih-alih aku yang disalahkan balik. Katanya secretary yang faham dengan kehendak ketua penting, kalau secretary harapkan pendidikan aje tinggi tapi tak tahu kehendak ketua pun tak guna. Aku pun heran la dengan mamat ni.... Dia nak orang yang macam mana jadi secretary dia pun aku tak tahu. Menyampah, tahu tak!” Tiara meneruskan bebelannya pula.
“Mungkin dia nak secretary macam aku kut.” Ujar Nadia.
What?!” Baby dan Tiara bersuara serentak.
Nadia tersenyum penuh makna.

0 comments: