Friday, May 27, 2011

KURELA CINTA INI BERTAMU (NOVEL JUN 2011)


'KURELA CINTA INI BERTAMU' BAKAL MENEMUI ANDA JUN 2011 NANTI!!!
DARI KARYA PENULIS BAHARU KAKI NOVEL 'NURIL BAHANUDIN'

Sinopsis:-

Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz: “Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish: “Seratus ribu??? Awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak? Huh, awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,”
Daniel Muaz: “Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?


SEKILAS PANDANG 'KURELA CINTA INI BERTAMU' - NURIL BAHANUDIN

“INA... oh Ina! Bangunlah nak oi...!!! Matahari dah tegak ni...!” Laungan kuat emak memecah sunyi pagi rumah papan beratapkan separuh zink dan rumbia itu.
Isy anak dara aku sorang nilah, kan... kalau dapat tidur memang tidur mati. Sabar jelah, kan! Karang aku kata lebih-lebih, dia kata aku kuat berleter! Hesy sabar jelah... bebel emak di dalam hati.
“Mak, Ina dah bangun ni.” Sambil menggosok-gosok matanya. Masih terpisat-pisat lagi gayanya.
Aduh, pagi-pagi lagi ‘radio karat’ dah start bersiaran. Semalam dah la tidur lewat, ingat nak bangun lambat sikit tapi macam tak dapat je gamaknya. Isy, tertekan sungguh! Emak bukannya boleh tengok aku terbongkang, silap-silap bernanah telinga ni dengar dia berleter. Emak kalau dah mula berleter, susah nak jumpa titik berhentinya. Silap-silap dari pagi bawak ke petang, dari siang bawak ke malam. Adey, mati cek...!
“Hah, bangun pun! Anak dara apa bangun matahari dah tinggi hari?” Emak menegur.
“Ina tidur lewat malam tadi, ingat nak bangun lewat sikit. Tapi nampak gayanya macam tak dapat jeHu hu hu....” Dia lantas duduk di meja makan dan terus mencapai kepingan cucur goreng yang masih panas, tanda baru lepas digoreng. Baru ingin disuap ke mulut, tangannya telah ditepis.
“Hesy budak ni! Kut ia pun lapar, basuhlah muka tu dulu! Tak senonoh betul anak dara aku ni!” marah emak. Terkumat-kamit mulutnya. Tidak berkenan dengan perangai anak daranya yang seorang ini.
Dia hanya tersengih menayangkan giginya. Konon-konon nak buat muka comellah tu.... Perasan!
“Ala mak ni, tak bagi peluang langsung. Malaslah nak bangun, punggung ni dah rasa macam dah melekat kat kerusi ni,” rengeknya manja.
“Jangan nak mengada-ada! Pergi basuh muka tu dulu lepas tu baru makan... pengotor!”
Ah kenangan lalu.... Qistina Balqish mengeluh. Kalau emak masih ada, memang tak ada peluang nak bangun meninggi hari macam ni.
Perlahan-lahan dia bangun dari katilnya. Lambat-lambat katil itu dikemaskannya. Kesan letih semalam masih belum hilang, sengal-sengal masih terasa. Nasib baik hari ni hari Sabtu, boleh jugak aku bermalas-malasan.
Hurm... hari ni nak basuh kereta dululah, bisik hatinya.
Dia menyanyi-nyanyi kecil sambil tangannya lincah menggosok kotoran pada badan Volkswagen kesayangannya.
Kesian, kan kau kereta... lama dah tak mandi. Comot betul! Isy, kereta peninggalan arwah datuknya itu dijaga dengan penuh kasih. Terlalu sayang untuk berpisah dengan Volkswagen merah hati yang dalamnya telah dihias dengan warna pink itu walaupun ada yang menawarkan puluhan ribu ringgit kepadanya. Kereta ini ada nilainya yang tersendiri dan tidak mungkin dia sanggup menjualnya.
La... la... la... riang hatiku badan bertuah, punya kereta yang comel dan antik.... Uik, suka-suka je aku tukar lirik lagu ni, ha ha ha... dia tertawa dengan tingkah sendiri.

DANIEL MUAZ terjaga daripada lenanya apabila telefon bimbit yang berada di sisi tidak henti-henti berbunyi.
“Hesy, siapa pulak yang call pagi-pagi buta ni, kacau sungguh! Memekak jelah! Orang nak tidur pun tak senang,” sungutnya geram.
Tanpa melihat siapa pemanggilnya, terus butang hijau telefonnya ditekan.
“Helo! Nak apa?” Kasar dia bertanya.
“Helo, daddy ni! Tidur jelah yang kamu tau!”
Tersentak dia mendengar jawapan daripada si pemanggil. Terus mata yang hampir tertutup, terbuka luas.
“Hah! Daddy nak apa, pagi-pagi dah call ni? Kacau jelah Niel nak tidur!”
“Pagi kamu kata??? Cuba kamu tengok jam dah pukul berapa? Hei, matahari dah tegak kat kepala pun kamu kata masih pagi? Apa nak jadi kat kamu ni, ha? Mesti malam tadi balik lewat lagi, kan? Entah kelab mana pulak kamu berpoya-poya,” bebel Tan Sri Darwish, geram sungguh! Dia geram amat dengan perangai anak bujangnya yang seorang ini.
Daddy ni bisinglah. Daddy nak apa ni call Niel ni?”
Malas hendak mendengar bebelan daddynya terus berpanjangan, pantas sahaja dia memotong bicaranya.
Orang tua ni bukan boleh dibiarkan, karang tak pasal makin meleret-leret pulak... bisik hatinya.
“Tu la... bila daddy cakap kamu kata bisinglah, apalah.... Hesy, nasib kamu dah besar... kalau tak, siaplah kamu! Dahlah kerja tak mahu, bla... bla... bla... pot pet... pot pet....
Daddy...!” Sedikit tinggi nadanya. Kepalanya sudah terasa sedikit pening. Mungkin penangan minum malam tadi.
“Besok hari Isnin daddy nak kamu masuk office, kerja. No excuse nak berehat or apa ke.... Dah cukup lama dah rasanya daddy bagi kamu rehat semenjak balik Malaysia, kan?” arah lelaki itu, tegas.
“Tapi daddy...”
“Tak ada tapi-tapinya. Kalau kamu nak daddy tarik balik credit card dan elaun kamu, kamu boleh tolak arahan daddy.” Selamba lelaki itu memberi dia pilihan.
Tu dia! Hurm daddy dah start menggunakan cara kotor. Nak tak nak aku kena ikut rentaknya kali ni. Kalau tak, miskinlah aku gamaknya... bisik hatinya.
“Yelah, yelah.... Isnin nanti Niel masuk office.
“Hah...! Kan bagus kalau gitu.”
Riang nada daddynya kedengaran.
“Oh ye sebelum terlupa, mummy suruh kamu balik waktu dinner nanti. Dia kata nak kenalkan kamu dengan seseorang.”
“Huh! Tu tak lain tak bukan nak carikan pasangan untuk akulah tu! Boring... boring. Macam zaman dahulukala, nak ada jodoh-jodohkan pulak! Malasnya...” keluhnya perlahan.
“Tengoklah daddy kalau Niel tak ada apa hal.” Malas-malas dia menjawab.

“YANG kau ni asyik senyum dari tadi kenapa Qish? Buang tebiat ke?” Isy, kok ia pun pemurah dengan senyuman, janganlah sampai senyum tiap masa sampai orang pandang pun dah nampak macam orang tak betul! Entah hape-hape entah budak ni, Suraya membebel di dalam hati.
“Lah, aku nak senyum pun kau kata buang tebiat? Isy, senyum tukan satu sedekah yang murah dan senang. Kalau tak mampu sedekahkan duit, sedekahkan senyuman pun cukuplah, dapat tambah pahala....”
Tu dia! Sekali dia menjawab, panjang lebar tak mahu kalah.
Ye... aku taulah satu sedekah, dapat pahala. Tapi janganlah sampai dengan tiang letrik, hatta kucing yang melintas jalan pun kau senyum sekali.... Dah macam orang tak betul je orang tengok, tau tak?”
“Laaa... dia nilah, kan...!” Mati terus senyumannya tadi.
He he he... ambik kau! Suraya tersenyum melihat wajah Qistina Balqish yang telah bertukar kelat.
“Lah, janganlah masam sangat! Senyum sikit,” usiknya perlahan.
“Huh, takmo. Tadi kata macam orang tak betul!” Ada nada rajuk yang kedengaran.
Alololo, merajuk pulak! Nak senyum tu boleh, tapi agak-agaklah.... He he he... meh senyum sikit. Ha... kan comel gitu.”
Isy, tak jadi nak merajuk kalau begini.
“Kau ni ada-ada jelah! Sehari tak usik aku memang tak sah, kan? Hesy, tak kuasa nak layan. Pergi balik meja kau, aku nak sambung buat kerja ni.Siuh... siuh....
Uik, menghalau nampak? Takpe, takpe... ada lori ada bas, ada hari aku bawak bas, ko jalan kaki, huh!”
“Oi! Apa kena-mengena bawak bas, dengan jalan kaki dengan situasi bicara kita ni? Mamai ke apa? Dahlah pantun tak jadi. Wa ka ka ka....” Dia ketawa mengejek Suraya. Best dapat buat minah ni bengang.
“Huh, benci!” Suraya berlalu. Bengang menjadi mangsa usikan.
“Benci tapi sayang, kan?” Dengan tawa yang masih bersisa, dia menyambung.

“ASTAGHFIRULLAHALAZIM! Apa gaya kamu pakai ni, Niel?” Mengucap panjang Tan Sri Darwish tatkala dia melangkah masuk ke bilik pejabatnya.
Mula-mula riang hatinya bila setiausahanya memberitahu yang Si Daniel Muaz sudah datang ke pejabat. Tetapi sekarang, rasa macam nak kena serangan jantung pulak.
“Kamu ingat kamu nak pergi party ke apa? Dengan t-shirt tak berlengannya, dengan jean yang lusuh, koyak rabak.... Hei, kamu nak bagi daddy kenaheart attack apa?” bebel Tan Sri Darwish.
“Alah daddy, bukan daddy tak tahu yang Niel ni tak suka protokol. Lecehlah daddy, nampak skema. Alah, apa salahnya pakai macam ni. Pakaian tak penting, yang penting kualiti kerja.” Dia menjawab, mempertahankan diri.
“Tak penting kamu kata? Kamu ingat daddy ni meniaga pasar malam ke apa? Pakaianlah benda pertama orang tengok sebelum kerja, tau tak? Kamu nak bagi client daddy lari ke apa? Lagipun tak lama lagi kamu akan jadi ketua kat sini, kenalah tunjuk contoh yang baik sikit kat orang bawahan.”
“Ala... lecehlah daddy ni!”
“Apa yang lecehnya? Daddy nak kamu balik rumah sekarang, tukar pakaian dan datang balik office sebelum pukul sepuluh.”
“Ala....”
No excuse. Pergi tukar, now!”
Yelah, yelah....” Malas betullah. Dahlah nak kena formal, macam budak-budak skema jelah gayanya.... Isy!
“Ha... anting-anting dekat telinga kamu tu jangan lupa tanggalkan sekali. Kamu bukan nak pergi party, tapi nak ke pejabat. Bla... bla..bla....”
Masih kedengaran bebelan daddynya. Nasib baik daddy, kalau orang lain... entahlah!

HUARGGHHH...! Hari yang memenatkan. Rasa nak terkeluar segala isi perut aku dah ni. Dari tadi duduk menghadap, membaca fail company ni, padahal satu apa pun aku tak faham apa ke bendanya ni. Isy... kan ke best kalau waktu macam ni aku tengah keluar jalan-jalan dengan Sally, tak pun keluar tengok wayang dengan Zila... dan lagi baik kalau waktu ni aku dapat melayan kerenah Nita yang manja tu, hui hui.
“Niel, ni mummy kenalkan kamu Datin Adlyn, Dato’ Zakuan dan yang bertudung ayu tu anak dia, Suhail Munirah. Hah, apa lagi... tegur-tegurlah mereka tu,” arah Puan Sri Nuha.
“Helo Dato’, Datin. Hai you....” Isy, like kampung girl je budak perempuan ni. Dahlah pakai baju kurung siang-siang hari, tudung pulak labuh gila! Isy, dia tak panas ke apa? Daniel Muaz memandang gadis itu penuh jelik.
“Helo je kamu cakap? Kok ia pun, bagilah salam ke.... Kamu bukannya masih kat US yang bila jumpa orang just say hello. Hesymudah sangat terikut dengan budaya luar.”
Laaa... tu pun salah ke? Huh, saja je nak malukan aku mummy ni, sungut hatinya.
Errr... maaf, mummy. Assalamualaikum Dato’, Datin, Cik Suhail....” Cuba dimaniskan wajahnya seboleh mungkin, walaupun hatinya mula terbakar dek leteran mummynya tadi.
“Hah, kan elok begitu. Pergilah ajak Suhail tu borak-borak,” suruh daddynya pula.
Nak ajak budak tu borak? Daddy dengan mummy ni saja je komplot nak kenakan akulah tu! No way, apa jadi pun aku takkan pilih minah ni. Manalah layak dia dengan aku.... Dahlah skema gila macam perempuan Melayu terakhir je, isy geli pulak urat perut aku ni.
Penghabisannya, hanya tinggal mereka berdua di ruang tamu rumah mewah itu. Daddy, mummy dan kedua-dua orang tua Suhail entah ke mana menghilang. Entah bincang fasal apa, dia pun malas hendak ambil tahu. Hanya sepi yang mengisi ruang antara mereka. Yelah, sepatah ditanya sepatah dijawab. Suasana penuh dingin macam ais je. Ini ke yang mummy nak jadikan calon buat aku? Alamat mati beku jelah aku gamaknya. Alahai....
“Encik Daniel, helo Encik Daniel....” Isy mamat ni, orang panggil bukan nak menyahut! Nak kata tertidur, mata celik je. Tidur dalam celik ke apa?
Zairynn melambai-lambai di hadapan lelaki itu.
Ini ke anak kesayangan Tan Sri yang bakal jadi bos aku ni? Alahai, pakaian dah kemas dah, tapi tingkahnya mak ai...! Kalaulah mak aku nampak, memang terkeluar dari list sebagai menantu pilihan dengan gaya duduk yang terlebih ‘cantik’. Meja tu tempat untuk buat kerja, bukannya tempat letak kaki! Belajar tinggi-tinggi, itu pun tak tau... bebel Zairynn di dalam hati.
“Encik! Are you there?” Sambil melambai-lambai tangannya sekali lagi di hadapan wajah Daniel Muaz. Hei, geram dah aku ni!
“Hah? Nak apa? Awak ni tak reti nak ketuk pintu ke sebelum masuk?” Daniel Muaz membebel. Kacaulah! Kan dah lamunanku terhenti.
Aik, marahkan kita pulak? Dia tu yang asyik sangat layan blues sampai aku yang dah terpacak begitu lama di sini pun dia buat don’t know je. Hesy, tak boleh jadi ni.
“Encik, saya dah ketuk pintu tadi, banyak kali... tapi encik tak jawab apa-apa pun. Jadi saya masuklah. Then, saya pun dah lama berdiri depan encik, tapi encik macam tak berapa nak nampak je dengan saya yang besar ni..isy.
Ye ke? Tapi kenapa saya macam tak dengar je? Apa-apa jelah. Hah, nak apa ni nak jumpa saya?”
“Tan Sri nak jumpa encik kat bilik dia.”
Hai apa lagilah daddy ni. Bosanlah asyik-asyik nak kena menghadap dia je, keluhnya perlahan di dalam hati.
“Okey, cakap dengan dia... lima minit lagi saya datang.”

LAPARNYA perut! Adui... lambat pulak masa ni berlalu. Perut dah start keluar bunyi muzik-muzik ni. Ha itulah, tadi bangun lewat lagi, kan? Padan muka kat diri sendiri. Hu hu hu....
“Kau ni kenapa Qish? Cemberut semacam je muka tu? Kau tertelan asam jawa ke apa?” Hairan betul! Tadi bukan main je cerianya, ni dah masam kelat pulak. Suraya pelik.
“Aku lapar.” Hanya dua patah kata yang keluar dari bibirnya sebagai jawapan.
Pukkk! Suraya menepuk dahinya sendiri. Hanya sebab lapar je? Aku ingatkan sakit ke apa ke.... Merisaukan hati dan isi perut aku jelah budak ni!
“La... sebab lapar je? Tu la, lain kali breakfast dulu sebelum kerja, tak adalah lapar. Kan breakfast tu penting! Kalau tak sempat, minum Milo pun dah cukup. Isy,” bebel Suraya.
Selalu macam tu. Ambil mudah je semua perkara. Sakit nanti, kan susah! bebelnya bersambung di dalam hati.
“Aku ada cookies, kau nak tak?” Suraya bertanya.
“Nak... nak...!”
Huh, tu dia! Bersinar terus matanya, macam budak-budak dapat gula-gula dah. Alahai kawan aku yang sorang ni.
“Makan pelan-pelanlah. Isy, macam tak makan setahun!”
“Sedaplah... he he....” Sambil tersengih menayang gigi.
Ye... aku tau benda tu sedap. Tengoklah siapa yang buat, kan? Tapi makanlah slow-slow, karang tercekik karang satu hal pulak! Isy Qish, buatnya waktu kau tengah makan macam ni punya gayalahkan, lepas tu Encik Haizam pujaan hati kau tu lalu.... Kan ke hancur imej gadis sopan tak berapa nak ayu kau tu kat depan dia nanti?” bebel Suraya.
“Hah! Mana dia? Mana dia?” Melilau matanya ke kiri dan kanan mencari kelibat lelaki itu.
“Mana dia ada, kan aku kata buatnya....” Sengaja ditekankan perkataan ‘buatnya’. Bukan dia tidak tahu yang temannya itu menaruh minat pada bos mereka yang muda belia lagi kacak bergaya itu bak kata Si Balqishlah, sedangkan dia tengok mamat itu biasa saja. Pandangan orang lain-lain, kan?
“Lah kau ni, saja jekan, kenakan aku! Huh.”
Suraya hanya tertawa seronok.

“NIEL, dua minggu lagi daddy nak kamu ke Johor, ada meeting dengan client kita dari Singapore. Daddy nak kamu bersedia dari sekarang. Janganbawak imej kurang baik kamu dekat sana nanti, tau!” Tan Sri Darwish memberitahu.
“Ala daddy ni, dua minggu lagi saya nak pergi Sabahlah, nak jumpa kawan-kawan kat sana....” Daddy ni suka je buat plan tak beritahu aku.
“Tak adanya nak jumpa kawan ke apa ke.... Mana yang penting? Jumpa kawan ke meeting dengan client? Apa kawan tu boleh bagi kamu duit ke?”
Isy daddy ni, ke situ pulak! Duit bukan boleh bawak mati pun! Eh, sejak bila pulak aku pandai ingat hal berkaitan mati-mati ni? Isy....
“Niel taulah duit tu penting, daddy... nanti Niel bincang balik dengan kawan.” Huh! Hancur dah plan aku nak pergi bercuti dengan Syeryle. Alamat mengamuk sakanlah minah tu nanti. Macamlah aku tak faham sangat perangai dia.

ADOI, sakit dah tengkuk ni.... Dari tadi duduk menghadap skrin komputer ni! Encik Haizam nilah, kan... suka bagi kerja last minute, lepas tu siap suruh submit esok sebelum pukul sembilan, lagi.... Apa dia ingat robot mesin taip ke? Nasib baik I sayang you, Encik Haizam. Kalau tak, lama dah Iresign. Tak larat nak layan kerenah you yang menjengkelkan tu. Isy Qish, apa ke benda yang kau mengarut ni? Dah lewat dah ni, kau tak isyak lagi! Cepat-cepat hati kecilnya mengingatkan, menarik kembali dirinya ke alam nyata.
Hmmm... dah pukul sembilan, patutlah sunyi sepi dah pejabat ni! Alahai, aku balik lewat lagi... keluh hatinya. Tak apa... tak apa. Nak cari rezeki yang halal tak boleh mengeluh, nanti rezeki tak berkat. Teringat pula pesan arwah datuknya dulu.

“ORANG dah lambat ni, dia boleh pulak berhenti kat tengah jalan.” Hon kereta ditekan berkali-kali, geram. Macam manalah aku boleh lupa yang aku ada janji dengan Nita ni? Telefon bimbitnya berdering buat ke sekian kalinya dengan nama Nita yang tertera di skrin.
Alahai... time-time macam nilah dia nak terberhenti enjinnya, Qistina Balqish mengeluh di dalam hati. Berkali-kali dia cuba menghidupkan enjin kereta Volkswagen kesayangannya, tetapi tidak juga berjaya. Hmmm... nampak gayanya terpaksalah aku....
Lengan bajunya disingsing hingga ke paras siku, pintu kereta dibuka dan dia melangkah keluar. Mengangkat tangan pada semua kereta yang terhenti dek kerana keretanya buat hal, memohon maaf.
“Hoi! Cepatlah alihkan tukun kau tu, menyusahkan orang je!” Terdengar suara sumbang yang memekik ke arahnya.
Berdesing telinganya. Tukun dipanggilnya kereta aku? Kereta dengan tukun apa serupa ke? Kurang asam boi punya orang! Marah dah ni...! Dia mengetap bibir. Ditenung sekilas pada orang yang memekik ke arahnya tadi. Sayang, muka je handsome tapi miring... huh!
“Lain kali simpan je tukun kau tu kat muzium, ada jugak faedahnya dari kau bawak ke tengah jalan then berhenti, kan dah menyusahkan orang je!” sambung suara itu lagi.
Dia malas melayan. Karang aku layan orang miring tu, mahu aku bersilat karang! Isy, tak pasal-pasal!
Perlahan langkah kaki diatur. Bahagian enjin kereta dibuka, dia mula memeriksa apa yang patut. Hampir sepuluh minit, dia kembali masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan dan alhamdulillah dia berjaya. Perjalanan diteruskan.
“Tukun pun tukunlah, dia tak tahu bertapa berharganya kereta ni pada aku...” bisiknya perlahan.

HAMPES punya orang, suka-suka suami tiri mak dia je panggil kereta aku tukun. Errr... tapi ada ke dia mak tiri? Ah, lantaklah! Ceh, muka je ada nampak handsome, tapi miring rupa-rupanya. Kereta dengan tukun pun tak tahu nak beza. Hai... anak siapalah tu. Belajar kat mana entah. Kesian mak bapak dia... isy... isy.... Dalam pada dia mengutuk lelaki itu, sempat lagi dia bersimpati kepada keluarga lelaki yang tidak dikenalinya itu. Alahai... macam-macamlah kau ni, Qish!
Masih terngiang-ngiang herdikan lelaki itu tadi. Huh, bila difikirkan memang rasa marah akan membara tiba-tiba. Isy, istighfar Qish, jangan biarkan kemarahan menguasai diri, nanti syaitan suka. Cepat-cepat diingatkan dirinya.
“Huh, baik aku pergi mandilah daripada aku ingatkan benda-benda yang tak berfaedah dan menyakitkan hati tadi,” tukasnya. Dia bingkas bangun mencapai tuala yang tergantung di dinding biliknya.

BENGONG punya orang! Tak pasal-pasal hari ni aku rabak dekat beribu. Ni semua sebab nak memujuk Si Nita punya pasal la tadi. Kunci kereta dicampak kasar ke meja solek yang terdapat di dalam biliknya, dan tanpa menukar pakaian dia terus merebahkan tubuhnya di atas katil.
Hatinya masih panas, geram, juga masih membara dengan peristiwa yang melambatkan masanya tadi. Kalau tak kerana kereta buruk tu rosak kat tengah-tengah jalan tadi, dan kalau jalan tak sesak dan bertambah disesakkan oleh kereta buruk tahap tukun tu, tak adalah aku lambat tadi. Tak perlulah susah-susah aku nak keluarkan duit belikan jam tangan untuk Si Nita tu.
Hampeh! Kalau aku jumpa kereta buruk tu, aku langgar sampai kemik, biar tak boleh bergerak langsung. Kalau bergerak menyusahkan orang je. Rosak tengah-tengah jalan, huh!” bebelnya geram.
Si Nita apa lagi, senyum usah cakaplah, nak sampai ke telinga dapat hadiah seutas jam tangan bertatahkan berlian. Dasar perempuan materialistik! Nasib baik kau lawa. Kalau tak, memang aku say goodbye je.
Ni sekarang aku kena fikir hal Si Syeryle pulak. Tak tau macam mana aku nak bagitau kat dia yang plan nak pergi bercuti tu kena cancel. Mahu muncung sedepa minah tu nanti. Hesy, semua silap daddy. Suka bagitau last minute. Buat aku pening kepala jelah, dia mengeluh.
Alah Niel, susah-susah kalau dia tak faham jugak situasi kau, kau tinggalkan je Si Syeryle tu! Kaukan kacak bergaya. Sekali petik, sepuluh yang datang. Apa ke hal mengharap pada Si Syeryle tu? Dia bukan ikhlas pun dengan kau, dia cuma sayangkan duit kau je tu... hati kecilnya berbisik jahat.
Ye tak ye jugak, tapi... ah, aku tak boleh tinggalkan dia! Diakan model popular. Semua orang nak berdamping dengan dia. Lelaki yang berada di sisi dia mesti orang pandang tinggi. Tak ada siapa yang layak di sisinya kecuali aku yang kacak bergaya ni!
Ceh, start perasanlah kau ni, Niel.
Nak bagi alasan apa ek, pada dia? Daniel meletakkan kedua-dua tangannya di belakang kepala, berfikir dan terus berfikir sehingga membawa ke alam lena.

“MALAS betullah nak pergi seminar tu...” Qistina Balqish mengeluh sambil membaca notis di papan kenyataan yang tercatat namanya di situ.
“Hari minggu baru nak manja-manjakan diri, nak bermalas-malasan, ni dah kena pergi seminarlah pulak! Seminar meningkatkan kualiti kerjalah, apalah... macam-macamlah hal, la! Apa, selama ni kerja-kerja aku aci tangkap siap je ke? Tak berkualiti?” Dia membebel geram.
“Alah, sabarlah Qish. Maybe bos hantar kau sebab kau ada potensi. Mana tau lepas ni kau dapat naik pangkat ke, kan best begitu?” Suraya memujuk untuk menyedapkan hatinya yang dilanda kegeraman.
Yelah tu.... Alah bos tu jealous dengan aku, tak boleh tengok orang senang sikit, ada je kerja yang dia nak bagi, benci!” Dia menarik muncung.
“Eleh, benci-benci pun kau suka jugak kat bos kau tu. Mulut je kata benci, tapi hati banyak sayang, kan? Dah... dah, pagi-pagi tak elok muncung-muncung. Nanti lama-lama jadi macam tikus mondok.”
“Diamlah! Ada-ada jelah kau ni.... Eh, kau pernah tengok ke tikus mondok tu macam mana?” Dia menyoal.
Belum sempat Suraya menjawab pertanyaannya, dia menyambung lagi bebelannya kembali.
“Hesy, dahlah jauh nak pergi, lepas tu transport sendiri. Hai... alamatnya aku naik bas jelah. Malas nak drive,” getusnya.
“Alah, kau naik bas... lepas tu claimlah tambangnya dengan company, apa susah?”
“Dahlah, malas nak fikir pasal ni. Bengang semalam tak habis lagi, tambah pulak yang ni. Huh, buat muka aku cepat berkedut je!”
Suraya hanya diam mendengar. Malas hendak komen apa-apa. Dia tahu apa yang telah berlaku semalam. Awal-awal pagi lagi Si Balqish sudah menceritakan kepadanya.
Sebelum minah ni bertambah panjang membebel, baik aku diam je... tak nak kata apa-apa.
Qish... Qish... kau tak ada, aku sunyi. Kalau ada, aku pulak pening nak melayan kerenah kau yang macam-macam ni.... Hai, apa nak buat. Dah kawan, kenalah terima seadanya.

DIA bersiul-siul riang. Gembira kerana bebannya terasa sudah berkurangan. Sebentar tadi dia telah menelefon Syeryle, memberitahu yang pelan mereka terpaksa dibatalkan. Mulanya memang gadis itu seolah-olah mahu melenting sahaja nadanya, tetapi selepas dia menerangkan sebabnya, bahkan memujuk gadis itu dengan mengajaknya pergi lunch dan shopping sekejap lagi, terus nada melenting itu bertukar rentak menjadi riang. Ah, perempuan semuanya murah. Segalanya mudah kalau ada duit. Sogok je dengan belanja shopping dan barang kemas ke apa ke, terus marah menjadi manja. Macam kucing, ceh!
Seperti kebiasaannya, dia meletakkan kakinya di atas meja, mengelamun, melayan perasaan sambil menanti waktu makan tengah hari tiba.
Tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar, tanpa ketukan, tanpa salam. Dia tersentak. Hampir terjatuh daripada kerusinya.
Daddy ni kok iya pun, ketuklah dulu. Buat Niel terkejut jelah...” sungutnya bila melihat siapa gerangan yang bertandang ke biliknya.
“Huh, cantik gaya kamu duduk? Daddy bagi meja tu bukan untuk letak kaki. Hesy, dah besar pun tak reti-reti nak senonoh sikit...” bebel lelaki itu.
Zairynn yang berada di sisi mengulum senyum menahan tawa melihat Tan Sri Darwish meleteri anak bujangnya. Buat malu je dah besar-besar pun kena bebel, getus hati kecilnya.
Daddy ni kalau tak bebelkan Niel sehari tak boleh ke?” Dia menarik muka cemberut. Huh, jatuh imej aku kena bebel depan Si Zairynn. Mesti seronok dia mengata aku nanti.
“Dah perangai kamu tak senonoh, daddy tegurlah. Kamu tu yang suka buat daddy berleter. Hah, kita ada meeting kejap lagi dengan Mulia Berhad,” beritahu lelaki itu.
“Hah? Bukan esok ke meeting kita dengan syarikat tu?” Dia terkejut. Macam mana ni?
“Yelah sepatutnya esok, tapi client kita nak cepatkan hari ni.... Kamu jangan nak bagi apa-apa alasan.”
“Tapi daddy... Niel...”
Tidak sempat habis cakap, bicaranya dipotong.
“Tak ada tapi-tapi.... Kamu dah lupa apa yang daddy cakap? Client tu duit, faham?” tegas lelaki itu mengingatkan.
Yelah daddy, Niel faham.” Lemah sekali nadanya.
Alahai! Kena cancel lagi dengan Si Syeryle ni. Ingat tadi dah settle dah dengan dia. Memang mengamuk sakanlah nampaknya minah tu.... Hu humasalah... masalah. Mulia Berhad pun satu, dah elok-elok esok, nak cepatkan hari ni pulakNyusahkan betul, sungutnya di dalam hati, geram.

“YOU nikan... arghhh kalau you ada depan mata I, memang I dah cekik-cekik you, tau! Berjanji tak pernah nak tepati, ada jelah alasannya!” bentak Syeryle kasar di talian.
Daniel Muaz menelan air liur. Huh, kau ingat aku ni suka ke mungkir-mungkir janji ni? Sempat dia mengomel di dalam hati mendengar leteran Syeryle itu.
Darling, I’m sorry tapi you tolonglah faham. Daddy tiba-tiba bagitau yang ada meeting with client, takkan I nak lari tak join meeting tu kut? Rosaklah imej daddy nanti!” Dia memohon pengertian gadis itu.
“Ah... macam-macamlah alasan you. Dasar lelaki lidah bercabang!” marah Syeryle lagi.
“Eh, you tengok ke lidah I sampai kata lidah I bercabang? I ni manusia, bukan ular ada lidah bercabang....” Daniel Muaz berjenaka.
Arghhh... you ni tak faham atau buat-buat tak faham? Itu perumpamaan, tau tak! Hesy, belajar je sampai US.”
“I fahamlah sayang, tapi saja je buat-buat tak faham....”
“Huh, menyampah dengan you!”
“Alah... menyampah tapi sayang, kan? Beginilah sayang, I janji after meeting kita keluar, ek? Lepas tu kita pergi shopping. You cakap apa je you nak, nanti I belikan.” Dia memujuk. Fuh...! Mintak-mintak Si Syeryle ni cairlah dengan tawaran aku ni.
“Okey, kali ni je. Next time buat lagi, I tak akan layan you lagi.”
Okay, I promise!” janjinya. Next time kalau aku buat lagi, kau tak layan... aku cari perempuan lain. Bukan susah, bisik hatinya nakal.
Dia menarik nafas lega. Lepas satu beban, walaupun bakal dikopakkan oleh Si Syeryle nanti. Bukan dia tidak tahu selera gadis itu, hanya memakai yang berjenama sahaja. Even selipar masuk toilet pun mesti yang berjenama juga. Perempuan memang leceh, cerewet tak bertempat!


TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE
PENULIS: NURIL BAHANUDIN
ISBN: 978-967-5067-74-7
SEMENANJUNG: RM 24.00
SABAH/SARAWAK: RM 27.00

0 comments: