Tuesday, December 1, 2009

Nantikan juga Kasih Pun Bersatu di pasaran Disember ini! :)





Kasih Pun Bersatu… kesinambungan kisah …dan Mimpi Pun Bersatu karya terbaharu Izza Aripin ini membawa kita ke kerajaan Dhiyapura semula selepas pemberontakan Tengku Khalid al-Mansur berjaya dipatahkan. Kasih Pun Bersatu menjulang kisah legasi keturunan al-Muttaqi dan al-Mansur.
Ia menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian. Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangka cinta monyet. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran.
Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul menuntut janji, merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris. Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin. Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran.
Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi.
Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa dirinya. Zarul hanyut dalam delusi. Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu....


Harga

S/M : RM24
S/S : RM27

0 comments: