Monday, August 3, 2009

Tahniah Kepada Pemenang Beli dan Menang.


Sesi penyerahan hadiah peraduan Beli dan Menang yang dilangsungkan di Syarikat Buku Thaikuang, Melaka baru-baru ini. Peraduan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan selama ia dilangsungkan iaitu dari Mac 2009 sehingga 30 Jun 2009. Penyertaan yang menggalakkan ini terbukti dengan jumlah resit belian dan borang yang banyak dimasukkan ke dalam kotak peraduan. Walau apa pun KN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada Syarikat Buku Thaikuang (En. Mavin) kerana turut sama menjayakan promosi ini di kedai mereka.

Pemenang Hadiah Utama, Puan Norlela Binti Haji Yunus (Bemban, Melaka). Beliau membawa pulang wang tunai RM500, hadiah misteri serta sijil peryertaan.

Apa kata puan: " Tak sangka sama sekali saya memenangi hadiah ini. Saya sememangnya suka membaca novel dan banyak novel saya dah beli. Kebetulan saya juga adalah peminat novel KN jadi saya beli dan masuk peraduan ini tanpa mengharapkan apa pun. Bila dah menang ini terasa begitu dekat dengan KN. Saya akan sentiasa menyokong KN selepas ini. Alhamdulillah...."


Pemenang Hadiah Kedua, Puan Azlinda Binti Sani (Seremban,N.Sembilan). Beliau membawa pulang wang tunai RM350, hadiah misteri serta sijil penyertaan.

Apa kata puan: "Terkejut dan tidak menyangka sama sekali. Saya macam bermimpi di siang hari ketika pihak KN memberitahu saya tentang kemenangan ini. Saya sememangnya peminat fanatik novel Melayu dan telah berlambak-lambak buku yang saya kumpul untuk dibuat koleksi. Tapi inilah kali pertama saya memenangi peraduan dengan membeli buku novel Melayu. Saya berharap pihak KN akan terus berusaha untuk menaikkan nama di persada penerbitan novel kerana novel-novel yang dihasilkan berkualiti dari segi cover, pengisian cerita dan penyuntingan. Harap-harap akan datang saya menang lagi!"


Pemenang Hadiah Ketiga, En. Johari Bin Hassan (Tengkera,Melaka). Beliau membawa pulang wang tunai RM150, hadiah misteri serta sijil penyertaan.

Apa kata tuan: "Saya wakil pada ayah saya. Dia sememangnya peminat buku-buku Melayu yang berunsurkan ilmiah dan santai. Dia sesungguhnya amat bersyukur dan berharap KN akan terus maju dan dia akan menjadi penyokong KN kelak. Itulah kata-kata bapa saya."

0 comments: