Thursday, April 9, 2009
Rembulan Berdarah
DIA tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat sang puteri di dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.
NAMUN mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.
PENGANIAYAAN demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya, Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.
APAKAH perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?
Harga RM24
Jum. M/Surat : 786
6 comments:
best cerita ni... Ada mcm2... Rugi kalau ada sesape yg xbeli....
Jalan cerita yang menarik dan syiokk..sy beli kt pesta buku tapi frust plak takde sign author.
bole ker bulan berdarah??? macam mana la agak nye cerite novel ni?????
simbolik tu... rembulan berdarah macam maknanya citer yg suspens, ada thriller sket. tp bagusnya Rembulan Berdarah ni sbb ada diselitkan cinta. pandai la Anita aruszi selit-selitkan pelbagai kisah dalam sebuah citer.
RIN DARI SINGAPURA
WOW... HEBAT sekali novel ni... 'tersangatlah best' bagus kalau dijadikan drama bersiri... pasti ramai peminat... hem.. saya jumpa novel ni di library, tengok drp keadaan novel tu saya rasa saya orang pertama yg dpt baca novel ni... siapa tak baca rugi tau...POWER SEH....
best novel ni..cume agak tebal..berat nak angkat..hahahha..kalu bace tu..sampai lenguh tangan..almaklum la..bc sambil baring...baru feeling lebeh sket..hihi
Post a Comment