Wednesday, December 24, 2008

Selamat Pengantin Baru Isteriku ( Keluaran Jan 09 )


Atas dasar cinta, Addam dan Qisti kahwin lari di Siam. Belum pun sempat mengecapi hidup sebagai suami dan isteri, Jeneral Malik membongkar status sebenar Qisti kepada Addam.

Kehidupan Addam mula kucar-kacir apabila ibunya, Maria mendesak dia mengahwini Mellyna. Dalam masa yang sama, Qisti juga merelakan perkahwinan Addam dengan Mellyna.

Addam tersepit di antara cintanya yang masih membara terhadap Qisti dan status sebenar Qisti.

Dengan hati yang separuh rela, Addam memilih Qhusyairi untuk dijodohkan dengan Qisti.

Bahagiakah Addam dan Qisti melayari kehidupan masing-masing bersama insan yang tidak dicintai?

14 comments:

Anonymous said...

ha? ala-ala kontroversi je tajuk novel ni... meletop ke citer nye?

KaKi NoVeL said...

nak kata meletup...susah nak ckp psl kang ada yg kata KN puji diri sendiri lak...lagi pulak setiap org ada pendapatnya... kalo nak lebih tau apa kata kalo beli dl. pastu bg komen lik kat cni yek...

Tp cita dia mmg menarik sampai xleh nak lelap mata pasal nak abiskan awal jek cita dia...teruja

KaKi NoVeL said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Saban Malam aku menanti 'malam pertama' kita yang belum bermula...yang entah bila akan bermula dan entah siapa yang akan memulakannya. Hari-hari yang berlalu terus begitu... terus di himpit kesedihan, pilu dan keliru. Bicara apakah kesalahan, hingga asmara yang baru bermula, tidak ada penamatnya.Lalu kasih sayang bertukabenci,menjadi sakit hati...

Abang, mulut ini telah puas berkata benci, namun hati ini sejuta kali membisikkan kata sayang. Bibir ini menyuruh kau pergi, hati di dalam menangis agar jangan ditinggalkan. Suara ini tegar mengaku rela di lepaskan, namun kalbuku di cengkam takut yang amat dalam. Takut kehilangan satu satunya orang yang palingku sayang.

Abang, walau kau bunuh seluruh rasa cinta itu, ia tetap akan tumbuh subur dalam hatiku, sampai bila-bila...


huhuhuhu sad....:(

KaKi NoVeL said...

cayalah... leh bg ulasan yang sangat panjang dan menyayat ati lak tuh... terima kasih kerana sumbangan anda...jgn luper komen novel-novel lain plk yek!!!

Penulisan2u said...

novel nih mmg best.. 4 1/2 bintang dr 5 bintang...

rugi kalau tak baca

Anonymous said...

cite mmg best
tp yg last tu cam konpius kit
mcm mimpi,mcm x
konpius..konpius...

Hanny Esandra said...

cter ni mimpi her, btol x kaki novel? dr mula bc dh agak dh mesti qisti ni tasya, dan dia jugaklah maya.. skizofrenia.. bestlah! tp kwn lak bengang giler sbb penat2 bc smpi ending, laz2 mimpi. wakakaka...

Anonymous said...

Cerita menarik cuma bila satu2 novel tu terlalu panjang ada jugak yg tak logiknya. anyway worth reading walaupun diakhirnya hanya mimpi belaka

babym said...

hari 2 jln2 ngan member,pas2 nmpak novel tebal giler,,,gulpp..1000++page,,ingat nk beli p takut lak lau citer xbest sbb tebal sgt...nk review kmen yg ade p xbyk sgt kmen....niat nk beli p..huhhh..

juicy X said...

mcmana nk dptkan novel ni???

Anonymous said...

huhuhuuu.. 2 kali dah khatam novel ni.. masa br2 kuar.. ngan baru2 ni...1st time baca... mmg hangin satu badan... punyalah menghayati.. last2 ending dia... mimpi.. grrrr...

2nd time baca... tak baca pun bab last yg mimpi tu.. heehehe... tak mo rasa bengang sekali lagik..

rasanya.. klu buat ending dia setakat yang mati kedua2nya tu pun.. masih lg ok kot.. anyway.. mmg jalan citer dia best.. sempat ar jugak sy tertanya2... apa agaknya ending dia... :-)

nurul farliyana said...

cter ni sumpah best dan sedih gilerrrr. bila dah baca dah tak leh nak pandang kiri kanan. :)

Anonymous said...

aku mmg tak puas hati ngan ending novel nie.. aku confius ok..!!! sampai hari nie aku confius!!!