Ironis sekali tatkala misinya telah berubah kepada menyelamatkan Auntie Norma apabila mata hati Anisa Camylia terbuka luas menyaksikan petualangan papanya dengan perempuan lain.
Pertembungan pertamanya dengan jay di stesen kereta api Kuala Lumpur Setral telah menggoyah tugu cintanya dengan Nazwan. Lantas dia terperangkap di dalam permainan perasaan ini.
Berjayakah Anisa Camylia dalam misinya untuk menyelamatkan ibu tirinya itu? Siapakah satu-satunya insan yang bertakhta di hati Anisa Camylia???
Apa lagi yang ditunggu pesan laa sekarang...kang habis!!!! tak rugi jika membeli novel ini yang penuh dengan konflik dan adegan yang suspen...sekian
6 comments:
i tau citer nie from start to ending, boley tahan..
tau jek!!! terangkan skit... tah2 main serkap jarang jek..buku pon blom kuar lagi dah tau!!! heran2!!
buku fns ni pun byk yg best. hrp yang terbaru ni bisa terangkat.
buku FNS memang banyak yang best..hopefully kali ni pun best gak...tapi napa lambat lagi nak kuar? ingatkan bulan ni rupanya bulan depan..walaupun tak sampai lagi sebulan nak kuar tapi rasa cam lama giler nak tunggu (tak reti nak tunggu buku best2 lama-lama..tak sabar)
Salam saya baru habis novek Kaulah Satu dari kak fatinilam.
Memang berbeza dari tulisan kak fati dgn CESB.
Kaulah Satu lebih smooth jln ceritanya kisah remaja 17 tahun Anisa Camylia cuba menyelamatkan rmh tangga ibu bapanya. Kerana selama ni anisa berfikir ibu tirinya Auntie Norma yg jahat.... sebaliknya sifat bapanya yg suka mencari teman wanita baru dan muda adalah puncanya. Bermulalah misi untuk menyelamatkan Antie Norma sehingga satu waktu nyawa Anisa hampir melayang.
Saya suka cerita ni dari sudut pandangan seorang gadis apabila menghadapi keruntuhan rmh tangga ibu bapanya.
Penutup yang begitu menarik.. Kesetian Jay menunggu selama 5 tahun berbaloi juga.
mmg kelainan yang begini yg kami cari... Insya Allah buku novel terbitan KN akan mempunyai identiti yg lain dr yg lain...Terima kasih jgn luper beli lagi novel2 keluaran/terbitan KN yek... Kerna dengan sokongan anda akan memeriahkan lagi industri pengeluaran novel di pasaran...sekian
Post a Comment