Thursday, January 17, 2013

NOVEL TERBAHARU KN BULAN FEBRUARI 2013!



BERITA BAIK BUAT SEMUA!
KN telah membuka order novel terbitan FEBRUARI 2013 pada JUMAAT (11/01/2013)

BUKAN BISIKAN - SHARINA ELISA
KHILAF SEMALAM - FARRAH HANNAN
KASIHKU YANG SATU - SYANIA SHAA

Untuk 300 pelanggan terawal yang membuat tempahan, anda layak menerima novel eksklusif ditandatangani penulis! Setiap order perlulah lengkap dengan bukti pembayaran sekali ya.

JOM ORDER SEKARANG!!! www.kakinovel.com




BUKAN BISIKAN - SHARINA ELISA
No. ISBN:- 978-967-5067-73-0
Jumlah muka surat:- 376
Harga Runcit:- S/M: RM18, S/S: RM21
Harga Ahli:- S/M: RM14, S/S: RM17

Sinopsis:-

Wujudkah cinta itu sebenarnya? Atau cinta itu hanyalah fantasi dan imaginasi semata? Cinta buat dirinya merana tapi benarkah cinta itu hanya dusta? Benarkah cinta itu landasan bahagia andainya selimut cinta yang mengulit lena menjadi kelam bila diri dinodai kejam? Cinta dan sayang bertukar dendam? Kerana tiada lagi aset berharga, dirinya dipakai buang!

Mia Adyla terpenjara dalam ikatan sebuah perkahwinan yang bertunjangkan amarah mula lemas dan hampir kalah.

“Lantak kaulah! Aku tak nak peduli pasal kau lagi. Kau nak mampus ke nak hidup ke, tu kau punya pasal! Biar padan muka kau! Orang macam kau ni tak layak langsung untuk dijadikan isteri! Tapi ada satu pekerjaan untuk orang macam kau, p.e.l.a.c.u.r . Kau tahu, kan taraf kau sama?”

Dengan keberanian bersisa, dia tekad mahu melepaskan diri daripada kekejaman suami yang tidak tahu mengkaji situasi. Biarpun suami sendiri membenci, tingkah normalnya menyingkap tirai hati Aiman Haikal tanpa disedari.

Nekadnya Mia Adyla membawa diri ke luar negara dengan perut berisi nyawa manusia. Di sana, keselamatan dan kebajikannya dijaga oleh insan bernama Ikram Hafiz, seorang doktor yang dalam diam menaruh hati dengannya. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Setelah lima tahun berada di Australia, dia bersama anak kembarnya kembali ke Malaysia untuk memulakan kehidupan baharu. Aiman Haikal dan Ikram Hakimi bertemu secara tidak sengaja di pejabat Mia Adyla sekali gus memulakan titik perkenalan antara mereka. Persaingan secara sihat membawa kedua-dua jejaka itu kepada istilah persahabatan sebenar tanpa memungkiri janji mereka.

“Bagaimana mungkin kita memiliki perempuan yang sama?” – Aiman Haikal.

“Best man wins.” – Ikram Hafiz.

“Maksud kau?” – Aiman Haikal.

“Yelah, kau suka dia. Aku suka dia. Kau beri aku peluang. Aku bagi kau peluang. Kau berjaya dapatkan hati dia, dia milik kau. Aku berjaya, aku miliki dia.” – Ikram Hafiz.

Masih wujudkah istilah cinta sebenarnya? Atau cinta itu hanyalah suatu bisikan?

“Bisikan cintamu menggetar nadiku, lalu kutitipkan kata cinta buatmu.”


KHILAF SEMALAM - FARRAH HANNA
No. ISBN:- 978-967-5067-99-0
Jumlah muka surat:- 616
Harga Runcit:- S/M: RM21, S/S: RM24
Harga Ahli:- S/M: RM17, S/S: RM20

Sinopsis:-

Demi menjaga maruah kedua-dua buah keluarga mereka disatukan dengan ikatan pernikahan. Mereka percaya itu bukan khilaf mereka tetapi sesuatu telah menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini, cuma mereka sendiri tidak pasti kenapa dan bagaimana ianya berlaku.

Liyana Balqis menjadi pesalah dan rela dihukum walaupun terpaksa. Hasbul Warits, sejak menjadi pesalah secara tidak sengaja dia terikat dengan Liyana Balqis dan berkongsi ibu dan ayah dengan gadis ini. Kehadiran sepasang kembar, Irfan dan Aulia menceriakan hidupnya. Liyana Balqis menjadi ibu muda yang terpaksa bersusah payah menjaga anak-anaknya sementara sang suami sibuk dengan pengajiannya. Mujurlah dengan bantuan ibu mertuanya, dia berjaya menjaga kedua-duanya.

Sehinggalah suatu masa, dia juga terpaksa berjauhan dengan anak-anaknya demi cita-cita yang belum terlaksana. Dia juga mahu menjadi insan yang berjaya, walaupun berat hati meninggalkan si kecil dia tetap melangkah pergi.

Kemunculan Liyana Balqis sebagai salah seorang pelajar baru di tempat yang sama memberi ruang kepada dia dan suaminya bersatu kembali. Tidak perlu menunggu masa yang lama untuk bertemu. Ketika hari pendaftaran, Ziky yang merupakan sahabat Hasbul Warits sedang terpukau dengan gadis yang menyapa mereka. Diperkenalkan sebagai anak kepada guru sekolah Hasbul Warits, Liyana Balqis selesa begitu. Tidak seorang pun tahu apakah hubungan mereka berdua. Rahsia dijaga dengan rapi tanpa seorang pun menyedarinya, waima insan paling rapat dengan mereka sekalipun. Ziky juga selesa dengan pengakuan itu. Peluangnya cerah.

Selepas Salwa menyepi muncul pula pesaing baru, Ruby teman sekampus mereka menambahkan derita. Sejak hari pertama bertemu mata dengan gadis dari keluarga berada itu, Liyana Balqis tidak pernah senang dengannya.

Apakah yang menghidupkan api cemburunya? Mungkin keakraban Ruby dengan Hasbul Warits yang menjadikan dia seorang yang cemburu.

Walaupun dia tidak pernah mengaku gadis itu kekasihnya, tetapi kebanyakan masa dia habiskan bersama Ruby. Pada dia, Liyana Balqis mungkin tak tahu tetapi dia silap. Rupa-rupanya si isteri terlebih dahulu dapat menghidu perbuatan itu. Diam tak bermakna dia langsung tidak mengambil tahu aktiviti lelaki itu di belakangnya. Hasbul Warits tahu itu khilafnya, dia cuba untuk memenangi semula hati Liyana Balqis. Bagaimana?

Kecewa dengan apa yang sedang berlaku, Liyana Balqis menjadi keras hati namun hati perempuan seperti kerak nasi. Sekeras-keras kerak nasi, apabila dituangkan air lembut jua akhirnya. Demi anak-anak yang memerlukannya, dia perlu melakukan sesuatu. Berdegil tidak mendatangkan kebaikan langsung kepada dia dan anak-anak yang semakin membesar.

“Peluang tak diberi tapi dicari. Andai sangkar emas ini bukan lagi untukku, lepaskan aku. Aku ingin terbang. Aku ingin bebas.”


KASIHKU YANG SATU - SYANIA SHAA
No. ISBN:- 978-967-5067-75-4
Jumlah muka surat:- 1,128
Harga Runcit:- S/M: RM37, S/S: RM40
Harga Ahli:- S/M: RM33, S/S: RM36

Sinopsis:-

Perkahwinan yang diatur oleh pihak keluarga amat menyeksakan. Daniel Harith terpaksa kerana harta danDannia pula terpaksa kerana budi pada keluarga. Berat matamemandang, berat lagi bahu memikul. Namun, di sebalik perkahwinan yang disangka bahagia sebenarnya membawa duka kepada Dannia. Semua itu hanya dipendamkeseorangan. Semakin hari perangai Harith semakin melampau. Kerana satu kejadian yang melukakan hati, Dannia tega membawa diri membiarkan Harith terkapaikapai sendirian. Ketiadaan Dannia membuatkan dirinya digamit rindu yang mencengkam hati lelakinya.

Setelah bertahun Dannia kembali, dirinya ditemukan kembali dengan lelaki yang pernah menggores luka di hatinya. Sedaya upaya Dannia melarikan diri semakin dekat lelaki itu menghampiri. Sejauh mana pun dia melarikan diri namun ikatan antara mereka tersimpul mati. Setelah beberapa lama mencuba, gadis mana tidak cair dengan ayat-ayat manis, begitu juga dengan Dannia. Dirinya akur turut sama mencintai suaminya. Hubungan mereka kembali rapat.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hubungan mereka kembali bergolak angkara orang ketiga yang begitu mendendami Dannia sejak dahulu.

Sekali lagi Dannia membawa diri kerana kecewa dengan perkahwinan kedua Daniel Harith. Kehamilannya dirahsiakan daripada suami, Harith pula tercari cari si isteri kerana ia hanyalah salah faham dan perangkap semata-mata.

Setelah hampir dua tahun menghilang Dannia pulang ke pangkuan keluarga dengan anak kecil. Daniel Harith yang berjaya menjejaki Dannia cuba mengadakan sebuah pertemuan dengan wanita kesayangannya. Berjayakah

Harith bertemu Dannia apabila orang ketiga mengadakan pelbagai fitnah demi menghalang mereka berdua bersatu kembali? Kuatkah Harith dan Dannia melawan dugaan yang kian mencabar mereka? Tabahkah Dannia mengharunginya?

“Sekali aku melafazkan cinta, selama itulah hatiku milikmu kerana kaulah Kasihku Yang Satu.”










0 comments: