Monday, August 27, 2012

Novel terbaharu KN bulan September 2012!



Assalamualaikum semua sahabat KN.

Tempahan untuk novel SEPT 2012, BISIKAN KATA HATI (DILA DYNA), COKE AND SUNDAE II (ILYA ABDULLAH) dan DAH JODOH (IMAN NIZRINA) telah dibuka hari ini RABU, 15 OGOS 2012!

300 pelanggan terawal yang membuat tempahan akan menerima novel yang telah ditandatangani penulis!!! Ayuh, buat order anda sekarang di 
www.kakinovel.com.. Jangan lepaskan peluang keemasan ini ya.. ♥♥♥

DIINGATKAN: Tempahan yang disertakan bukti bayaran sahaja dikira pelanggan terawal ya.. kami akan mengira pelanggan terawal pada tarikh bukti bayaran ditunjukkan..


Bisikan Kata Hati (Dila Dyna)

ISBN: 978-967-0448-10-7

SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00

Sinopsis:

Kemalangan jalan raya yang meragut nyawa tunang tercinta telah menghumban Aiman Syakiri ke lembah sepi. Angan-angan dan impian yang dicoret bersama hancur dalam sekelip mata. Kosong dan gelap dirasakan hidupnya tanpa kehadiran wanita tercinta itu. Laila Marlisa pula datang dengan linangan air mata yang mengalir lesu dipipinya menidakkan rasa hati yang tercoret dalam diarinya di hadapan kakaknya di saat segalanya sudah terlambat.
Laila cintakan you… I ha… harap you dapat bahagiakan Laila. Janji pada I.”  ~Laili Nurlisa.
Diari tu tak betul kak long… kak ngah tipu aje...”  ~Laila Marlisa.
Ternyata aturan ALLAH itu lebih dari segala-galanya. Ikatan perkahwinan dan mahligai yang dibina langsung tidak memberi apa-apa makna di hati Aiman Syakiri, lantas Laila Marlisa bertindak pergi membawa diri. Perginya membawa cinta yang sejak sekian lama sudah mekar di laman hati. Pergi demi kebaikan semua.
Kau ingat kalau kau tunjuk surat ni aku akan halang kau pergi ke? Jangan mimpi. Kau nak sangat pergi kan? Pergilah!… berhambus kau dari hidup aku!”  ~ Aiman Syakiri.
Perlanggaran di hadapan balai ketibaan antarabangsa KLIA telah menemukan semula kedua-dua insan itu selepas empat tahun segalanya berlalu. Masing-masing dengan kehidupan sendiri. Ada rasa yang mula berdetak di hati Aiman Syakiri. Ada kenangan yang mula mekar di jiwa Laila Marlisa. Rasa benci yang sudah dipupuk sejak sekian lama, sedikit-demi sedikit mula meluntur.
Tapi siapa pula Emelda? Siapa Amir Idzham dan Hakim? Akan adakah sinar bahagia buat dua hati ini? Akan berlalukah perit yang selama ini membelenggu relung hati Laila Marlisa?


Coke And Sundae II (Ilya Abdullah)

ISBN: 978-967-0448-09-1
SEMENAJUNG: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00


Sinopsis:

Kisah dari alam percintaan dibawa hingga kisah berumah tangga. Kalau dulu Coke dan sundae bertegang urat dan bermusuhan kini mereka sudah duduk sebumbung. Kini Azyan sudah bergelar isteri kepada Doktor Muhammad Syakir a.k.a cicak kobeng. Rumah tangga mereka bertambah serinya setelah mempunyai cahaya mata tanda ikatan kasih mereka, Ameerul Hasif yang keletahnya memang memeningkan kepala pasangan suami isteri itu.
Ingatkan aman sampai ke tua, rupa-rupanya ada juga ujian untuk Azyan dan Syakir. Dalam dok tengah syok layan kerukunan rumah tangga, mereka menjadi kalut dengan kehadiran Katrina Kaif a.k.a Kareena Kapoor yang menggoda suami kesayangan Azyan, Syakir. Si Katrina ni siap main bomoh Mak Esah sebab sudah tergila-gilakan Syakir. Huh! Dahsyat perempuan tu. Habis haru-biru kehidupan Azyan dek penangan Kareena Kapoor celup tu. Azyan tak puas hati. Lelaki kemain ramai dalam dunia ni, tapi Si Syakir juga yang jadi pilihan perempuan seorang itu. Lebih menghuru-harakan keadaan yang sememangnya sedia kalut itu apabila Syakir mengatakan yang dia mahu bernikah dengan Katrina pula. Azyan macam nak pengsan!
Hati Azyan berlagu walang. Dalam tengah bersedih hati memikirkan si suami bakal menikah lagi satu, muncul pula Encik Ikhwan dan Zaril yang kacau daun, konon-kononnya mahu menjadi penghibur lara di hati Azyan. Boleh pula jadi macam ni ye?
Tetapi, apa yang pasti Ameerul tidak rela berbapa tiri dan bermak tiri. Hmmm… Azyan, Syakir pandai-pandailah korang settlekan masalah ni.
Syakir: “Sumpah! Abang memang minat pelakon Kareena Kaapor tu tapi abang tak minat Katrina Kaif.”
Azyan: “Samalah tu, dua-dua pelakon Hindustan! Hantar Yan balik rumah ayah


Dah Jodoh (Iman Nizrina)
ISBN: 978-967-0448-11-4
SEMENANJUNG: RM 18.00 AHLI KN: RM 14.00
SABAH/SARAWAK: RM 21.00 AHLI KN: RM 17.00
Sinopsis:-
Ikatan pernikahan ini wujud kerana salah faham. Itu yang Nasira mampu bariskan untuk menggambarkan ikatan yang telah membawa gelaran isteri kepada dirinya. Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura. Tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. Apabila kecurangan itu terbongkar, dua hati terluka minta disembuhkan. Tak sampai dua jam berkenalan dan baru saja bertukar nama, mereka telah ditangkap basah. Ini terjadi akibat salah faham. Nyata, mereka berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah. Untuk menjaga nama baik kedua-dua belah keluarga, tiga hari kemudian mereka dinikahkan.
“Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?” Nasira bertanya dengan lembut.
“Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam? Terima ajelah.” Nuqman membalas dengan selamba.
Mengenali Nasira membuatkan Nuqman jatuh cinta semula. Luka di hatinya menghilang begitu sahaja kerana takdir yang dia terima cukup indah. Tidak timbul isu frust menonggeng kerana kecurangan Zura. Tidak sempat dia hendak melayan blues, hatinya terisi semula.
Sejak mengenali Nuqman, Nasira kenal erti keluarga. Sementelah dia telah dibuang keluarga kerana kes tangkap basahnya itu. Dia tahu erti kebebasan dan erti kebahagiaan sejak menjadi ahli keluarga Nuqman yang menerima kehadirannya dengan tangan dan hati yang terbuka. Pertama kali bertentang mata dengan Nuqman, dia beranggapan bahawa lelaki itu adalah seorang yang tegas lagi garang. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang menyenangkan kerana pandai menghiburkan hatinya. Semakin lama dia mengenali lelaki itu, dia semakin tertarik dengan Nuqman
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, baru belajar bercinta. Dalam belajar bercinta mereka dapati cinta sahaja tidak mencukupi. Harus ada ‘perencahperencah’ lain. Rumah tangga mereka dilambung ombak yang hampir menghanyutkan mereka. Nasib baik ada yang sudi menghulurkan tali, agar mereka tidak terus hanyut dibawa badai.
Bertitik tolak dari situ, mereka terus belajar bagaimana bercinta, berkasih dan hidup bersama sehingga mereka cukup kuat melalui setiap dugaan bersama-sama.
Mereka belajar mencari adunan yang paling tepat untuk kasih mereka. Mencari adunan kasih hati mereka. Mencari adunan cinta mereka. Bisakah mereka menemui resipi adunan itu? Atau adakah mereka akan terus mencari resipi adunan hati?
“Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut, kita akan menemui kunci bahagia itu.”







0 comments: