Wednesday, July 11, 2012

Peraduan Ramadhan Bersama Kaki Novel.



TERMA DAN SYARAT:

i. Terbuka kepada semua pelanggan KN.

ii. Kakitangan Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd dan saudara-mara terdekat tidak dibenarkan mengambil bahagian.

iii. Pihak kami akan mengemukakan sebuah novel setiap hari di fan page KN (http://www.facebook.com/pages/Kakinovel/243064478506) dan kami akan umumkannya di semua rangkaian fb KN (kelab KN, Penerbitan Kakinovel, penerbitan KN dua) bermula 16 Julai 2012 sehingga 10 Ogos 2012 (kecuali Sabtu Ahad).

iv. Peserta mestilah mengulas tentang cerita sesebuah novel yang dikemukakan diruangan KOMEN. Ulasan terbaik terhadap novel yang dikemukakan akan dinobatkan sebagai pemenang pada hari tersebut.

v. Ulasan anda mestilah menarik, matang dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

vi. Setiap peserta hanya layak mengulas SEKALI sahaja. Jika didapati ada peserta yang mengulas lebih dari satu ulasan, kami akan menilai ulasan yang pertama sahaja.

vii. Ulasan anda tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.

viii. Peserta hanya layak menang sekali sahaja sepanjang peraduan ini berlangsung.

ix. Kami berhak memadam ulasan anda sekiranya ulasan tersebut mengandungi unsur-unsur yang tidak tidak sesuai atau menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.

x. Pemenang peraduan ini akan diumumkan 24jam selepas sesebuah novel dikemukakan. Ini bermakna setiap hari, 1 novel, 1 pemenang.

xi. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan sama ada melalui surat, emel, telefon, faks, Facebook, blog dan lain-lain tidak akan dilayan.








4 comments:

Aziela said...

Alaaa...baru semangat nak join. Rupa2nya dalam fb. Saya tak ada fb. Kecewanya....

ros choco said...

alaaa..nk join,tpi tak tau buat ulasan..xpndai nk mengayat hati juri..hehe

Z.A.R.E.N.A said...

saya pulak tak leh add... sebab dah ramai sangat rakan kaki novel lsedey

Anonymous said...

nk join jugk..tp xleh ad pulok..geram pun ade...

Ara