Wednesday, July 25, 2012

Novel KN ogos 2012



Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat KN yang disayangi.. Moga ramadan ini membawa 1001 kebaikan buat kita.. ♥♥♥

Sekali lagi diingatkan Tempahan novel OGOS 2012, BIAR CINTA BERTABURAN (YUSNIDA TAJUDIN) dan QASEH NURALIA IMANI (ARIN ARIDA) telah dibuka pada RABU, 17 JULAI 2012!

Walaubagaimanapun, stok novel-novel tersebut masih BELUM ada bersama kami.. Juga penulis belum menandatangani 300 novel utk mereka yang membuat tempahan terawal ya.. Jadi TIADA penghantaran dilakukan dalam minggu ini untuk novel Ogos ya.. harap maklum!

Kuota untuk 300 pelanggan terawal untuk menerima tandatangan penulis masih terbuka.. Ayuh, buat order anda sekarang di 
www.kakinovel.com.. Jangan lepaskan peluang keemasan ini ya.. ♥♥♥


BILA CINTA BERTABURAN
NO. ISBN:- 978-967-0448-07-7
SEMENANJUNG: RM 19.00 AHLI KN: RM 15.00
SABAH/SARAWAK: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00


Sinopsis:
Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas.  Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau.  Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.
Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri.  Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu.  Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha.  Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?
Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam.
Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan?  Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja?  Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan
Sinopsis:
Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas.  Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau.  Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.
Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri.  Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu.  Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha.  Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?
Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam.  Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan?  Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja?  Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan?




QASEH NURALIA IMANI
NO. ISBN: 978-967-0448-08-4

SEMENANJUNG: RM 23.00 AHLI KN: RM 19.00
SABAH/SARAWAK: RM 26.00 AHLI KN: RM 12.00


Sinopsis:

SYED ISKANDAR DZULKARNAIN AL-IQRAMI merupakan pewaris empayar perniagaan milik keluarganya, Al-Iqrami Holdings. Kemewahan yang melimpah ruah menyebabkan dia menjadi seorang yang kufur nikmat. Dalam erti kata yang mudahnya, dia hanya Islam pada nama sahaja. Seorang ‘buaya tembaga’ yang menganggap berhibur dengan wanita sebagai hobi utamanya. Lantas bagi menjaga reputasi serta nama baik keluarga, kedua orang tuanya sepakat untuk menjodohkan dia dengan seorang gadis yang digelar olehnya sebagai MUMIA kerana ‘berbungkus’ elok dari hujung kaki ke hujung kepala dengan jubah hitam serta bertudung lengkap dengan niqab yang melindungi wajahnya bernama Nuralia Imani. Sungguh Nuralia Imani ini bukanlah jenis gadis yang menjadi dambaannya.
NURALIA IMANI merupakan seorang gadis sopan dan penuh lemah lembut yang serba sederhana. Perjalanan hidupnya begitu perit. Dugaan tak henti-henti datang menghiasi perjalanan hidupnya. Namun takdir telah menyatukan dia dan seoarang lelaki bernama Syed Iskandar Dzulkarnain dengan ikatan perkahwinan yang dirancang oleh ummi serta walid Syed Iskandar. Seluruh keluarga Al-Iqrami melayannya dengan mesra dan baik sekali..kecuali seorang, iaitu suaminya sendiri. Sejak usai majlis akad nikah lagi, kebencian Syed Iskandar kepadanya tidak pernah berkurang malah kian menggunung.
Takdir ALLAH adalah takdir terindah. Syed Iskandar mula membuka matanya tentang kewujudan Nuralia Imani di sisi tatkala hatinya hancur berkecai dengan pengkhianatan kekasih yang dicintainya, Bella. Namun di saat mereka mula membina bahagia, muncul pula Akira yang masih belum letih mengejar cinta Nuralia Imani yang pernah menjadi sahabat baiknya suatu masa dahulu. Akira mahu Nuralia menjadi miliknya.
Keadaan bertambah kusut apabila Bella mengatur agenda untuk menghapuskan Nuralia Imani bersama musuh lama Syed Iskandar, Roy. Roy yang licik telah mempergunakan Akira bagi menjayakan misi balas dendamnya pada Syed Iskandar.






0 comments: