Thursday, February 23, 2012

bab 1 - novel biarlah YM berbicara (hani ramsul)

AKU cuma mampu tunduk, menyembunyikan wajah seboleh mungkin. Memang salah aku. Takkan nak menjawab pula. Dia bos... aku ni?

“Awak ni kenapa? Ada masalah ke?”

Laju aku menggeleng sambil mempamerkan sedikit senyum yang tidak begitu manis. Apa lagi yang aku mampu lakukan? Cuma senyum itulah buat menutup kecuaian sendiri.

This is not the first time, you know? Hari ni dah tiga kali awak buat silap. Itu dengan saya, dengan orang lain, tak tahulah! Cuba terus terang dengan saya, apa masalah awak sebenarnya?”

“Saya yang tak buat betul-betul. Memang salah saya. Maafkan saya Encik Firdaus. Lepas ni saya akan lebih hati-hati…”

Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat aku hampir terduduk, di kerusi di hadapannya. Sekali lagi aku tersenyum. Kali ini aku pasti akan rupa senyumanku. Senyuman gabra. Siapa yang tahan direnung jejaka sekacak Encik Firdaus?

“Saya keluar dulu ya, encik. Saya ambil file debtor yang encik minta tu.” Aku bersuara lemah. Hairan dengan kecuaian sendiri. Kenapa perkara sebegini remeh pun, aku boleh silap?

Encik Firdaus diam. Dia memandangku dengan pandangan tidak mengerti. Perlahan aku menggaru kepala yang tidak gatal. Cuba buang jauh-jauh perasaan yang mula bertenggek di ranting jiwa. Janganlah pandang saya macam tu, encik. Perasan saya nanti! detik hatiku.

“Encik…” panggilku perlahan. Manalah tahu kalau-kalau Encik Firdaus sedang berangan. Tidak sedar sambil berangan, matanya tertancap padaku. Aku tersenyum dalam diam.

Hmmm… tak payah dulu. I nak keluar lunchAfter lunch pass it to me. Okay!”

“Kalau macam tu, saya keluar dulu ya?”

Encik Firdaus mengangguk.

Aku pula berundur perlahan. Tidak sabar untuk keluar dari bilik berhawa dingin yang tidak mendinginkan langsung itu! Cuma wajahku yang terasa pijar bila bertentang mata dengan bos yang tampan itu.

“Diya…”

Langkahku terhenti. Terasa mahu gugur jantung tatkala mendengar Encik Firdaus memanggil namaku. Tidak pernah dia memanggil singkatan namaku. 

Aku berpaling.

“Fail ni? This is not what I want. Isn’t? So, keep it back.”

Aku tersengih malu sambil mengangguk laju. Cepat aku mencapai fail yang dihulur oleh Encik Firdaus. Dan cepat juga aku bergerak keluar dari bilik itu. Tidak sanggup untuk melihat senyum lucu Encik Firdaus. 

Fail di tangan kuletak seketika di atas meja. Kejap lagilah aku simpan. Mataku tajam memandang skrin komputer. Mencari-cari Window yang aku rindu. Tidak ada. Aku mengeluh hampa. Mana dia pergi? Sudah hampir seminggu dia menghilang. Tidak mahu menjawab semua pesanan yang aku titipkan. Marahkah dia padaku? Marahkah dia apabila terlalu sering aku menolak ajakannya untuk bertemu? Terdetik rasa hiba di hati. Terasa aku kehilangan
sesuatu apabila tidak dapat membaca patah bicaranya di skrin komputer.

“Hei, Diya! Apa hal?”

Aku tersentak. Mengerling sekilas pada teman di sebelah. Kemudian mataku terpaku kembali pada skrin komputer.

“Bismillahirrahmanirrahim...” Perlahan aku klik pada ikon Yahoo Messenger di sudut skrin komputerku. Melihat kalau-kalau dia online saat ini. Ada! Dia ada, tapi… kenapa pesanan dan sapaanku yang berbakul-bakul itu tidak dibalasnya? Sampai hati…. Sebak rasanya dadaku saat ini.

“Diya…”

Aku berpaling. Mengangkat kening tanda bertanya. Mulut terasa berat untuk kubuka.

Sharifah tersengih.

“Apa hal?” soalnya sekali lagi.

“Apa hal apa?” Soalannya kujawab dengan soalan juga. Tidak faham akan maksud pertanyaan teman sekerjaku itu.

“Kenapa Encik Firdaus panggil kau?”

“Minta fail laaa.”

“Hari ni, dah empat kali dia panggil kau. Kenapa ek? Semenjak dua menjak ni… selalu sangat aku tengok dia panggil kau.”

Aku tersengih. Mana tak selalu… aku asyik buat silap aja. Semuanya pasal mamat poyo yang tengah buat aku sedih ni.

“Kenapa ek?” Sharifah bertanya lagi.

Aku tidak terus menjawab. Masih menatap skrin komputer di hadapanku. Mengharapkan ada keajaiban yang akan berlaku. Tak ada pun!

Aku sedikit terperanjat tatkala jemari Sharifah menolak perlahan bahuku. Aku menoleh. Sharifah mengharapkan jawapan daripadaku rupa-rupanya.

“Entah… dia minat kat aku kut!” balasku selamba. Sebenarnya tiada mood untuk melayan celoteh Sharifah yang memang tiada noktah itu.

Ek hmmm…”

Suara itu membuatkan wajahku membahang. Aku tunduk memandang meja. Malunya! Kenapalah dia muncul pada saat-saat ini? Kenapalah mulut aku cabul sangat? Ish, malunya aku!

Sharifah tersengih sambil mengetuk-ngetuk meja. Sengih yang mencabar kewibawaanku.

“Siapa yang minat kat awak?”

Aku mendongak perlahan. Dalam terpaksa, aku cuba untuk bertentang mata redup milik Encik Firdaus. Tak guna punya mulut! Sanggup malukan tuannya sendiri. Lepas ni… kena hantar pergi sekolah ni. Ajar hormat tuan sikit.

Errr… Mat Bangla kat production encik. Dia selalu kacau saya. Ha… betul tu… betulkan, Sherry,” ujarku tergagap-gagap sambil memandang wajah Sharifah yang mengulum senyum.

Sharifah mengangguk laju menyokong kata-kataku. Sekali pandang, reaksi Sharifah nampak berlebih-lebih pula.

Encik Firdaus tersenyum manis. Aduh… dia tak tahu ke, senyumannya tu boleh buat orang tergoda?

“Tak keluar lunch ke? Jomlah, saya belanja,” pelawanya sambil tersengih.

Errr... tak apalah! Dah kenyang encik…”

“Sharifah?”

“Encik belanja?”

Yes. All on me. Jom la, ajak staf lain sama. And you… Diya, jom la!”

“Saya betul-betul kenyang. Terima kasih.”

Sure?”

Yes!”

“Kalau macam tu, nak buat macam mana, ya tak? Agaknya, tunggu Mat Bangla awak belanja ya?” gurau Encik Firdaus.

“Eh, mana ada… tak adalah!” jawabku malu-malu.

Sejak bila pula Encik Firdaus pandai bergurau dengan staf ni? Ish… musykil betullah! Agaknya hati tengah senang kut?

“Sharifah… shall we?”

Sharifah mengangguk sambil mengangkat punggung. 

Encik Firdaus bergerak ke ruangan penyambut tetamu.

Sharifah pula berlari-lari kecil sambil tersengih memandangku. Aku mengeluh perlahan sambil menongkat dagu. Mataku kembali kaku memandang Yahoo ID yang kurindu. Manalah dia pergi? Kenapalah dia buat aku macam ni? Tidak tahukah dia betapa beratnya beban rindu yang kutanggung saat ini? I miss you sayang!!! jerit hatiku tibatiba. Sayang? Siapalah sayang tu? Hesy! Memang aku dilanda perasaan tahap kronik ni. Kalau dibiarkan boleh melarat jadi sakit jiwa ni. Tak nak!!!


Semenanjung : RM 20.00 /Ahli : RM 16.00
Sabah Dan Sarawak : RM 23.00/ Ahli : RM 19.00



0 comments: