Thursday, January 13, 2011

TAMBAH KOLEKSI NOVEL ANDA! SEGERA DAPATKAN NOVEL-NOVEL TERBITAN KN TAHUN 2008..


Semenanjung : RM 19.00 / Ahli : RM 15.00
Sabah Dan Sarawak : RM 22.00 / Ahli : RM 18.00

“Asmara Seribu Cinta” atau ASC memaparkan kisah-kisah kehidupan golongan remaja dan dewasa masa kini di mana sebahagian daripada golongan ini lebih mementingkan kehidupan yang penuh glamor.

Pertembungan antara tiga watak utama iaitu Jebat Iskandar, Puteri dan Dian di dalam dunia modeling yang penuh dengan pancaroba.

Konflik ASC terjerus di dalam kehidupan mereka bertiga di mana masing-masing berada di persimpangan jalan (cross road) antara norma kehidupan dengan percintaan. Bagaimana mereka berjaya mengatasi atau mengharungi perjalanan seterusnya atau adakah mereka terhenti di persimpangan tersebut?

Dapatkan novel ASC segera untuk mengetahuainya.






Semenanjung : RM 19.00 / Ahli : RM 15.00
Sabah Dan Sarawak : RM 22.00/ Ahli : RM 18.00


Siapa kata vampire hanya wujud di dunia Barat sahaja? Buktinya, Awang anak jati negeri Melaka yang menyaksikan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis telah bertukar menjadi vampire setelah digigit oleh laksamana perang Portugis bernama Cassius. Awang telah mengembara ke seluruh pelosok dunia dan pulang semula ke tanah air, menyaksikan pembangunan pesat Malaysia tercinta. Bersama sahabat karibnya, Kasturi (yang telah bertukar menjadi orang minyak) mereka harus menyelamatkan umat manusia daripada cengkaman makhluk ganas bernama Daevas. Persoalannya, bolehkah vampire dan orang minyak menyelamatkan umat manusia? Naskhah yang wajib dimiliki untuk menjawab segala persoalan yang timbul.





Semenanjung : RM 19.00 / Ahli : RM 15.00
Sabah Dan Sarawak : RM 22.00/ Ahli : RM 18.00


Dia tidak pernah memilih sendiri simpang mana yang hendak disurui sepanjang perjalanan hidupnya sehinggalah pilihan tersebut akhirnya membawa dia ke jalan yang paling berliku……







Semenanjung : RM 19.00 / Ahli : RM 15.00
Sabah Dan Sarawak : RM 22.00 / Ahli : RM 18.00

Novel ini banyak berkisarkan antara cinta dan dendam manusia. Kerana dendam ia membawa padah dan kemungkinan dendam juga membawa kebahagiaan tapi bagaimanakah kita dapat mengubah dendam membawa kebahagiaan?

Kerana dendam…Puan Elisha tegar melampaui batas-batas perundangan asalkan hatinya puas.

Kerana dendam… Iman Farhan memasang perangkap untuk Yee-Ren atas nama persahabatan.

Kerana dendam… Puan Elisha kembali menghantui kehidupan Yee-Ren.

Kerana dendam… Bolehkah dua hati bersatu?




Semenanjung : RM 19.00 / Ahli : RM 15.00
Sabah Dan Sarawak : RM 22.00 / Ahli : RM 18.00

Anisa Camylia menjejakkan kakinya ke Pulau Pinang dengan satu misi yang satu : memporak-perandakan rumah tangga papanya dan Auntie Norma dengan harapan keluarganya akan bersatu kembali.

Ironis sekali tatkala misinya telah berubah kepada menyelamatkan Auntie Norma apabila mata hati Anisa Camylia terbuka luas menyaksikan petualangan papanya dengan perempuan lain.

Pertembungan pertamanya dengan Jay di stesyen kereta api Kuala Lumpur Sentral telah menggoyah tugu cintanya dengan Nazwan. Lantas dia terperangkap di dalam permainan perasaan ini.

Berjayakah Anisa Camylia dalam misinya untuk menyelamatkan ibu tirinya itu? Siapakah satu-satunya insan yang bertakhta di hati Anisa Camylia???

Apa lagi yang ditunggu pesan laa sekarang…kang habis!!!! tak rugi jika membeli novel ini yang penuh dengan konflik dan adegan yang suspen…sekian







Semenanjung : RM 19.00 / Ahli : RM 15.00
Sabah Dan Sarawak : RM 22.00 / Ahli : RM 18.00


Tajuk novel ini diambil sempena nama watak utamanya iaitu “Intan Delaila” atau singkatannya ID. ID dikarya oleh novelis yang sudah tidak asing lagi di dalam persada novel tanah air, Siti Rozilah. Beliau pernah menghasilkan beberapa buah novel yang mendapat sambutan positif di kalangan pembaca novel tempatan.

ID berkisarkan tentang perjalanan hidup Intan Delaila yang penuh dengan liku sejak di bangku sekolah sehinggalah ke alam dewasa. Pun begitu, Intan Delaila sanggup bersabar apabila teman karibnya sendiri, Camelia merampas kekasihnya.

Payah kita nak jumpa insan sesabar Intan Delaila di dunia nyata sekarang kerana walau asyik diderhakai oleh Camelia, Intan tetap bersabar. Untuk mendapatkan jawapan selanjutnya, sila baca novel ID hari ini juga!

0 comments: