Tuesday, May 4, 2010

JUGA AKAN MUNCUL DI PASARAN MEI INI. NANTIKAN!!!



Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.
Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.
Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.


HARGA
SEMENANJUNG:RM19
AHLI KN : RM15

SABAH/SARAWAK : RM22
AHLI KN : RM18

1 comments:

wan maslini said...

Novel ni best sesangat. Jalan ceritanya yang lain Dari yg lain hingga mampu membuatkan saya menangis. Rugi bagi sesapa yg belum memilikinya. Dah bosan dgn kebanyakkan novel skrg yg asyik cerita yg sama sprt kawin paksa, cinta 3 segi, kisah tomboy dan lain lain yg seangkatan dgnnya....