Monday, April 27, 2009

YANG TAK TERLUAH


Manisah tiada pilihan. Menolak, bererti keluar dari rumah, tempat berteduh, dia dan ibunya Munah. Menerima, bererti seumur hidupnya terpaksa menjaga suami yang tidak lagi sempurna.

Munah melarang. Tidak sanggup melihat Manisah dijadikan korban. Namun tanpa pengetahuan Munah, Manisah menerima syarat yang diberi, menjadi isteri kepada Mahdi yang kudung tangan , kudung kaki.

Manjaga Mahdi bagaikan menjaga seorang bayi . Sifat yang diwarisi menjadikan Manisah reda dan mudah mengasihi. Dia belajar mengasihi suami. Tetapi tak lama... takdir telah membawa ibunya dan Mahdi pergi dalam satu tradegi yang menyayat hati.

Hidupnya terumbang-ambing kembali.

Normah, Mentuanya menyalahkandirinya atas kematian Mahdi. Manisah dihalau bagaikan anjing kurap menunggu mati.

Dia pergi. Langkahnya jauh, membawa diri. Mencari ahli keluarga yang masih ada. Setelah ditemui lain pula yang terjadi. Sejarah ibunya berulang kembali. Pertemuannya dengan Cikgu Senah, Pak Cik Azizul, Anang Johan, Jimi Johan dan peguam Hamdan, menjadikan sejarah hitam ibunya berulang kembali.

Ikuti kisah Manisah yang terbuang di sebuah kampung-kampung Setia, tempat kelahiran dia dan ibunya...

2 comments:

Nina said...

oh my goodness... lainnya cover kali ni... cerite ni pasal meluahkan perasaan ker??

Lady n.a.m.s said...

ape y lain nina?yeap..cite sedih sket la..tp best...xrugi bli..