Thursday, March 19, 2009

Cintaku Satu


Nur Hanna kecewa dengan sikap tunangnya, Adli, yang tidak setia. Sejak itu dia sukar untuk mempercayai lelaki. Azril, lelaki gentleman, hadir sebagai penyelamat kepada Nur Hanna di saat dia dikasari oleh Adli. Semenjak itu Azril terus menghulurkan tangan untuk Nur Hanna gapai dan genggam selamanya. Namun, bagi Nur Hanna, lelaki semuanya sama. Benarkah sudah tidak wujub lelaki baik di dunia? Sudah tidak adakah lagi lelaki melayu terakhir untuknya?

Di dalam keragua, Nur Hanna belajaruntuk cuba menerima Azril. Malangnya sekali lagi Nur Hanna kecewa di tangan lelaki. Punahlah hati dan luruhlah perasaan cinta yang sudah mula bersemi. Nur Hanna membawa diri ke USA dengan alasan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Ketika itulah dia berbaik dengan Sean. Jadi betullah sudah tidak ada lelaki melayu terakhir untuknya. Patutkah dia menerima lelaki mat salih ini? Adakah jaminan yang Sean lebaik baik daripada Azril dan Adli?

Di kala Nur Hanna sedang menimbang lamaran Sean, tiba-tiba Azril muncul kembali. Dunia ini tidaklah sebesar mana pun untuk Nur Hanna menyembunyikan diri. Apakah petandanya ini? Adakah jodohAsril dan Nur Hanna terlalu kuat walaupun berpisah jauh beribu batu? Adakah mereka telah di takdirkan untuk bersama? Apa yang lebih penting, adakah hati Nur Hanna dapat menyakinkan dirinya untuk menerima manusia bernama lelaki? Apakah cabaran seterusnya sekiranya dia mengambil keputusan untuk membuka hatinya menerima lelaki? Berjayakah dia menemui cinta sejati?

4 comments:

Art said...

Sememangnya cantik cover yg dihasilkan oleh grafik artis KN....teruskan usaha anda... Saya sentiasa membeli novel KN kerana kelainan di covernya... ada maksud tersendiri...seperti cover cerita ni... Macam ada makna tersendiri je...

adela usof said...

i rase macam nak simpan pic kerete tu... tapi kene beli novel dulu ek??

dhia said...

ye2...sy bersetuju..mmg cover y diketengahkn oleh KN berlainan dan unik...n very cute..good job

EmyHazza said...

Syabas untuk KN kerana cover yg cantik. Terima kasih