Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Tangga 2008 hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi...2009 sudah melambai-lambai menghampiri kita. Pihak pengurusan KN dan semua warga kerja KN, Rizal, Taha, Adeq, Fitri dan Azeem ingin mengucapkan 'Selamat Tahun Baru 2009' kepada anda, khususnya pembaca-pembaca novel KN, para novelis yang bernaung di bawah payung KN dan seluruh rakyat Malaysia!

Moga di tahun 2009 nanti, sokongan anda kepada KN makin hebat dan padu. Untuk ahli KKN, teruskanlah tren sokongan anda dengan melanggan novel-novel KN melalui pos kerana potongan diskaun RM4 setiap pembelian masih berkuat kuasa. Harapan KN ialah di tahun 2009, lebih banyak lagi novel yang dapat KN terbitkan demi untuk tatapan pembaca novel setia yang tidak jemu-jemu menyokong KN! TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG TELAH MENYOKONG KN SEPANJANG TAHUN 2008!!!! Budi baik anda semua hanya akan dapat dibalas oleh-Nya, insya Allah.

KN mengharapkan semoga semua peminat-peminat novel berpuas hati dengan apa yang telah kami hasilkan sepanjang tahun ini. Dan semoga doa dan sokongan serta dorongan dari anda semua akan memberikan KN suatu nafas baru pada tahun 2009 kelak.

Amin...

4 comments:

Its me said...

selamat tahun baru 2009

moga lebih sukses sukses

Anonymous said...

happy new year '09, lets rock this year!

Anonymous said...

moga terus sukses dan maju ke hadapan...

KaKi NoVeL said...

Amin...