Monday, November 24, 2008

KUINTAI CINTA DI DALAM RAHSIA- TERBARU BLN 12


LOKE YEE-REN tidak pernah menjangkakan cinta itu miliknya. Kematian Iman Fakrulsy, sahabat yang disayangi membuatkan dirinya diselubungi dengan rasa sedih dan bersalah. Bayangan silam terus-menerus menghantui kisah hidupnya. Namun satu pertemuan yang tidak diduga telah mengganggu perjalanan hidupnya. Dia telah bertemu Iman Farhan yang wajahnya begitu mirip dengan Iman Fakrulsy. Wajah yang serupa, namun tingkah laku amat berbeza.

TINGKAH LAKU Iman Farhan agak kasar dan dia seorang yang berhati dingin. Persahabatan yang terjalin di antara Yee-Ren dan Iman Farhan terselit dengan agenda yang tersembunyi.

PUAN ELISHA, ibu Iman Fakrulsy tiba-tiba muncul kembali dalam kamus hidup Yee-Ren. Benci dan dendam Puan Elisha kepada Yee-Ren tidak pernah padam. Mana mungkin dia membiarkan gadis itu hidup dengan aman selagi dendamnya tidak dilunaskan.

5 comments:

kaknOOr said...

Cover yg menarik bunga matahari. Menuggu novel ni berada dipasaran.

KaKi NoVeL said...

bukan cover saje yg cantik tp isi yer penuh dengan makna yang xleh nak di ucapkan dgn kata2...percayalah...

Anonymous said...

cun gila... teruskan usahamu KN!!!

Anonymous said...

Mok cik dah baca dah Kuintai tu. Wuih... dasat gak citernye. Pasal dendam kesumat. Tak baik tau dendam nih, tak bawak ke mana. Bagus la Qurratu'ain ni. Citer ni memang beri pengajaran kpd kita jgn busuk hati.

Anonymous said...

citer ni best gak lah....geram pun ader..umpama sy berada di dlm situasi yg tegang semasa di lapangan terbang..mama iman cuba membunuh yee..tapi dihalang oleh iman..pengakhiran jln cerita yg menarik....

-aza-
kuching,sarawak