Showing posts with label Anita Aruszi. Show all posts
Showing posts with label Anita Aruszi. Show all posts

Wednesday, February 3, 2010

Novel Februari ini: TIADA SEPERTIMU sentuhan ANITA ARUSZI



Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di antara satu sama lain.

Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.

Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.

Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.

Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?


S/M RM 24 Ahli KN : RM 20

S/S RM 27 Ahli KN: RM 23

Thursday, April 9, 2009

Rembulan Berdarah


DIA tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat sang puteri di dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.
NAMUN mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.
PENGANIAYAAN demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya, Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.
APAKAH perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?

Harga RM24
Jum. M/Surat : 786

Tuesday, September 9, 2008

BUNGA SYURGA

Pencarian cinta dan kasih sayang yang didambakan oleh Nurul Hijjaz terhadap Riffki dan datuknya membawanya ke jalan yang berliku dan penuh dengan ranjau.
Riffki yang telah kehilangan cintanya akibat peristiwa pengeboman di Bali telah berubah kepada seorang yang dingin. Cinta di hatinya telah mati bersama Nurlaila.
Kemelut persahabatan di antara Datuk Amiruddin Bakri dan Megat Hazmin Iskandar turut mengheret Riffki dan Nurul Hijjaz ke kancah penderitaan.
Siapakah Riffki yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan Nurul Hijjaz? Mengapa mereka dipertemukan?