Pihak Kaki Novel akan mengadakan Majlis Pelancaran untuk dua buah novel terbaharu iaitu novel 2×5 (Areila Sahimi) dan Hadirmu Takdirku (Alina Haizar). Kepada semua pembaca yang bakal mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa pada 19-28 Mac ini, dijemput menghadiri majlis yang bakal kami adakan ini untuk meraikan penerbitan baru KN.
Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati,
Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.
Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.
Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!
Pssssss...! ~ Dah ada stok dah...! Dah boleh beli online dah...:))
haa......opssss...sebelum itu, Lady nak pesan..selepas isi borang langganan kat link yang AKAN Lady bagi ni, jangan lupa terus buat pembayaran..
Selepas buat pembayaran, jangan lupa faks ATAU e-melkan bukti pembayaran kepada KN. Faks ATAU e-mel ye...pilih satu je okey!
Selepas itu, sebaik sahaja anda faks ATAU e-melkan bukti pembayaran, jangan lupa call opis KN untuk pengesahan penerimaan bukti pembayaran yang anda baru faks ATAU e-mel tadi ya...( 03-41490096 call)(0341491196 faks)
Lady tolong bagi ayat ya.." Helo KN, tadi saya dah faks ATAU e-mel bukti pembayaran novel. KN dah terima ke? Nama saya......."
Lady tolong yang simple2 aje...selebihnya anda klik kat sini ya...semua detail ada dalam tu..baca elok-elok..nanti ada yang tak faham.... okey? :))
Anda klik kat gambar troli ni ya...:))
BELI NOVEL SECARA ONLINE
Lady Novel cuba memudahkan urusan anda :)
Akaun Maybank dan Ambank KN
Ambank 081-202-1000-77-3
Maybank 564810006173
Bayaran boleh dibuat menggunakan mesin cash deposit, kaunter bank atau fund transfer interbank.
KADAR TARIF BAHARU POS MALAYSIA
harga baharu pos dan anda boleh jejak dan kesan anda punya bungkusan ye. =)
SENARAI NAMA BELI ONLINE YANG TELAH DIPOS
TIADA SENARAI PENGHANTARAN AKAN DIKEMUKAKAN.. TETAPI KAMI TELAH MENGGUNAKAN KHIDMAT SMS KEPADA PELANGGAN MENGENAI NOVEL YANG TELAH DIHANTAR BESERTA NO TRACKING PADA HARI NOVEL ANDA DIPOS..
TEMPOH PENGHANTARAN & URUSAN PEMBELIAN
Pihak KN ingin memaklumkan kepada semua pembaca bahawa sebarang urusan berkaitan pembelian novel mestilah dibuat pada hari bekerja iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat (9 am-5.30pm sahaja). KN juga berharap sebarang faks, e-mel atau panggilan telefon haruslah dibuat pada tempoh ini sahaja.
Kepada pembaca yang sudah membuat penghantaran faks atau e-mel, penghantaran anda akan dibuat sehari selepas kami dapat bukti pembayaran anda (sebab itu Lady sentiasa ingatkan supaya selepas faks ATAU e-mel bukti pembayaran, terus aje call KN untuk tanya status penerimaan, sebab KN tidak akan call).
Selepas kami membuat penghantaran pada anda, tempoh penerimaan novel tersebut adalah mengambil masa3-4 hari bagi Semenanjung dan 5-7 hari di Sabah/ Sarawak mengikut Hari Bekerja!!( SEKARANG KAMI DAH GUNA POS LAJU!)