Tuesday, May 28, 2013

ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR BERITA HARIAN 2013





Alhamdulillah 3 buah novel terbitan KN tercalon dalam ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR BERITA HARIAN 2013.

Sudahkah anda mengundi novelis dan novel kesayangan anda? Semakin kerap anda mengundi, semakin besar peluang untuk novelis kesayangan anda diangkat sebagai pemenang! Ayuh buat undi anda sekarang! <3 font="">


cepat dan mudah!

1. Isteri Separuh Masa - Suri Ryana
2. Hello. Mr Perfect! - Waniey Zakaria 
3. Maaf Jika Aku Tak Sempurna - Acik Lana

Undian bermula pada 24 MEI 2013 - 23 JUN 2013. Anda boleh mendapatkan borang undian rasmi dalam suratkhabar Berita Harian, selain mendapatkannya di 76 rangkaian kedai buku POPULAR seluruh negara.






Monday, May 20, 2013

NOVEL KN TERBITAN JUN 2013





Assalamualaikum!
Buat semua pelanggan yang disayangi, KN telah mula membuka tempahan online untuk novel KN terbitan JUN 2013 pada 17 Mei 2013 (Jumaat)

1) BIAR AKU JADI PENUNGGU - ARSHA
2) DIA YANG KUCARI - CEMPAKA QISTINA
3) HERO AKU TOMBOY - ARISA ERIZA

300 pelanggan yang terawal membuat tempahan serta bayaran, anda berpeluang memiliki novel yang siap ditandatangani penulis!

DAN anda layak menerima FREE GIFT notebook KN yang sangat comel jika pembelian anda melebihi jumlah RM50! <3 font="">

 *hanya order yang lengkap beserta bukti bayaran shj sah sebagai pelanggan terawal.. <3 font="">

AYUH! buat tempahan anda sekarang di www.kakinovel.com!!!



BIAR AKU JADI PENUNGGU  - ARSHA
SEMENANJUNG:- RM37.00 AHLI KN: RM33.00
SABAH/SARAWAK :- RM40.00 AHLI KN: RM36.00


Sinopsis:-

Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang.

Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.

Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada.

Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.

Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

“Di mana janji kerana hati, andai ada hati yang disakiti?”

DIA YANG KUCARI - CEMPAKA QISTINA
SEMENANJUNG:- RM23.00 AHLI KN: RM19.00
SABAH/SARAWAK :- RM26.00 AHLI KN: RM22.00


Sinopsis:-

Pertemuan Dania dan Haiqal bermula di sebuah kelab malam yang terkenal di ibu kota. Dania seorang gadis lincah sering menghabiskan masanya di kelab malam. Manakala bagi Haiqal pula kelab malam ini adalah tempat untuknya berhibur. Sikap Dania yang tidak mengendahkan Haiqal benar-benar membuatkan Haiqal tercabar. Dalam diam dan tanpa sedar Haiqal sudah jatuh hati kepada Dania. Haiqal bertekad untuk menundukkan Dania.

Dania yang merupakan anak tunggal kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga. Menghabiskan masa di kelab malam merupakan cara untuk membuang rasa bosan apabila dirinya sering ditinggalkan oleh papa dan mamanya yang sentiasa sibuk bekerja. Pertemuan kedua Dania dengan Haiqal terus disambar oleh Haiqal apabila dia mendapat tahu hubungan Zack dan Dania bermasalah hingga masing-masing terlanjur. Dania sekeluarga kemudiannya berpindah ke London tanpa pengetahuan sesiapa pun. Haiqal yang menyesali tindakannya, cuba mencari Dania tetapi gagal.

Lima tahu berlalu. Atas urusan kerja Haiqal berkenalan dengan Maisara, seorang gadis yang sopan bertudung. Maisara berbeza dengan gadis-gadis yang pernah dikenalinya sebelum ini. Sedikit sebanyak kehadiran Maisara telah menarik perhatian Haiqal. Dalam masa yang sama Haiqal sering berpelesiran dengan Linda. Bagi Haiqal hubungannya dengan Linda sekadar suka-suka, tetapi tidak pula bagi Linda. Dengan penuh harapan Linda benar-benar mengharapkan yang Haiqal akan menyukai dirinya.

Akhirnya, Haiqal mengetahui Maisara adalah Dania yang dikenalinya lima tahun lalu. Pada hari pertunangan Emir iaitu rakan baik Haiqal, Haiqal dikejutkan dengan berita Maisara adalah tunang rakan baiknya itu. Maisara adalah sepupu kepada Emir. Emir memang mencintai Maisara sejak kecil dan ikhlas menerima Maisara seadanya. Maisara tidak menyangka yang Emir berkawan rapat dengan Haiqal, lelaki yang punya kisah silam bersama dirinya suatu ketika dahulu. Tidak sanggup mahu mengkhianati rakannya sendiri, Haiqal mengkhabarkan rasa hatinya kepada Maisara, tetapi sayang Maisara tidak mempunyai rasa yang serupa.

Akhirnya terbuka juga pintu hati Haiqal untuk berubah. Sebelum ini Emir banyak menasihati Haiqal tetapi Haiqal beralasan yang dirinya masih belum bersedia. Haiqal perlahan-lahan berubah dan menjadi lelaki yang lebih baik.

Suratan menentukan Haiqal kemalangan lalu koma. Maisara yang datang bersendirian ketika melawat Haiqal di hospital mengalirkan air mata apabila melihat keadaan Haiqal. Emir yang kebetulan datang ke hospital untuk melawat Haiqal hairan melihat Maisara datang bersendirian dan tidak pula mengkhabarkan kepadanya. Maisara akhirnya memberitahu Emir siapa Haiqal dalam kehidupan silamnya.

Demi kebahagiaan Haiqal dan Maisara, Emir mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Maisara.

Setelah Maisara sah menjadi isteri Haiqal dugaan datang menimpa. Maisara keguguran. Linda menabur fitnah hingga mengundang kesengsaraan Maisara.

Setelah sedar akan kesilapannya, Haiqal segera meminta kemaafan daripada Maisara. Puas Haiqal cuba meyakinkan Maisara yang dirinya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Namun, Maisara enggan menerima kemaafan suaminya.

“Kucari dia yang jauh di mata.... rupa-rupanya dia dekat di hati....”

HERO AKU TOMBOY - ARISA ERIZA
SEMENANJUNG:- RM24.00 AHLI KN: RM20.00
SABAH/SARAWAK :- RM27.00 AHLI KN: RM23.00


Sinopsis:-

Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz.

Kejadian yang tidak dijangka telah membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya Berjaya membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku semasa 'bulan madu' pertama mereka.

Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung.

Kehadiran orang baru pula tanpa disedari membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul, ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumah tangga mereka? Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga?

“Apa kau pandang, kau ingat kau dah cukup comel?”




Tuesday, April 23, 2013

NOVEL KN TERBITAN EKSKLUSIF 2013




Assalamualaikum!
Buat semua pelanggan yang disayangi, KN telah mula membuka tempahan online untuk 2 tajuk eksklusif iaitu PLAYBOY ITU SUAMI AKU dan BIARKAN YM TERUS BERBICARA pada Isnin, 22 April 2013!

Buat pengetahuan semua, untuk terbitan EKSKLUSIF ini, tiada tandatangan untuk pelanggan yang membuat tempahan awal. Ini kerana semua novel ini adalah keluaran khas PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR. ♥

Buat order anda di www.kakinovel.com!



BIARKAN YM TERUS BERBICARA - HANNI RAMSUL
AHLI KN SEMENANJUNG : RM20
AHLI KN SABAH/SARAWAK : RM23

Sinopsis:-

Biarkan YM Terus Bicara, menyingkap kisah perkahwinan Tiya dan Encik Firdaus. Walaupun pasangan ini saling mencintai namun tetap ada perkara yang tanpa sedar telah menimbulkan konflik dalam perhubungan mereka.

Melihat hubungan akrab di antara Encik Firdaus dan teman baik suaminya itu, Mia, hati Tiya yang tidak pernah suram dengan rasa cemburu, terus sahaja menyimpan wasangka. Rasa tidak senang hati yang sering diungkap kepada suaminya, menimbulkan rasa kurang senang di pihak sang suami. Berasa dirinya sentiasa dicurigai, Encik Firdaus menasihati Tiya agar belajar untuk terus mempercayai. Demi menjaga ikatan perkahwinan mereka, Tiya mencuba sedaya upaya untuk sembunyikan semua rasa kurang senang serta rasa cemburunya.

Keadan tambah memburuk apabila ibu Mia, Puan Sri Ainun muncul menjadi batu api yang meniup kekacauan dalam rumah tangga Tiya. Lantaran tidak mahu melihat anak gadisnya terus bersedih, dia nekad cuba memisahkan Tiya dan Encik Firdaus kerana hatinya yakin, Mia sedih dengan perkahwinan Encik Firdaus. Ditambah pula dengan kemesraan serta perhatian luar biasa Encik Firdaus kepada Mia, Tiya semakin makan hati. Setelah segala usahanya untuk cuba memenangi hati Encik Firdaus seakan gagal dan, Encik Firdaus pula mula menyalahkannya atas satu kejadian yang dalangnya ialah Puan Sri Ainun, Tiya nekad untuk berundur.

Salah faham terhurai apabila pemergian Tiya mula membuka mata Encik Firdaus untuk mencari punca konflik. Semuanya ternyata cuma kebetulan. Hasutan ibu Mia dan alahan yang dialami oleh Encik Firdaus datang serentak ternyata hampir memisahkan mereka. Menyedari Encik Firdaus masih mencintainya sepenuh hati dan Mia masih berharap kepada Abang Kamal yang masih melayan perasaan kecewa, Tiya bangkit untuk melakukan sesuatu. Hubungan Mia dan Abang Kamal cuba diwujudkan dengan pertolongan mak long, ibu Abang Kamal juga bantuan daripada Mia sendiri. Bermulalah rancangan demi rancangan yang diatur juga kisah Encik Firdaus sendiri yang disahkan mengalami Couvade Syndrome atau sympathetic pregnancy sepanjang Tiya mengandungkan anak sulung mereka.

“Berjuta langkah kita atur bersama... tidak akan pernah penat selagi jemariku erat di genggamanmu... tidak akan pernah lelah selagi janjimu... cinta ini hanya milik kita berdua.”

PLAYBOY ITU SUAMI AKU - SURI RYANA
AHLI KN SEMENANJUNG : RM20
AHLI KN SABAH/SARAWAK : RM23

Sinopsis:-

“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

“Playboy itu suami aku?! Biar betul!”



JADUAL PENULIS KN DI PBAKL 2013




BEBERAPA HARI LAGI akan berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur!
Jangan lepaskan peluang mengunjungi gerai KN ye.. Datang beramai-ramai dan temui novelis kesayangan anda! ♥

*Rujuk di sini untuk mengikuti jadual penulis yang akan berada di gerai KN ye.. ♥

RUANG LEGAR:
L022, L023, L024, L025

BILIK MAWAR:
M34, M35, M44, M45





PETA GERAI KN DI PBAKL 2013



TIDAK LAMA LAGI akan berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur!
Jangan lepaskan peluang mengunjungi gerai KN ye.. Ada diskaun hebat! Ada free gift! ♥ juga yang teristimewa temui novelis kesayangan anda! ♥

TEMUI KAMI DI SINI!

RUANG LEGAR:
L022, L023, L024, L025

BILIK MAWAR:
M34, M35, M44, M45





Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi!!!


Assalamualaikum!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi!!! 

Jangan lepaskan peluang mengunjungi gerai KN ye.. Datang beramai-ramai dan temui novelis kesayangan anda! ♥






NOVEL TERBAHARU KN TERBITAN MEI 2013


BERITA BAIK buat semua pelangggan KN yang disayangi.. 
KN telah mula membuka tempahan untuk novel terbitan MEI 2013 pada 12 APRIL 2013 (JUMAAT)!

GADIS EDISI TERHAD - RIN AHMAD
31 MEI GERHANA MENTARI CINTA - NASS ALINA NOAH
STATUS HATI : DIA MILIKKU - AYUMI SYAFIQAH

Buat pengetahuan semua, untuk terbitan Mei 2013, tiada tandatangan untuk pelanggan yang membuat tempahan awl. Ini kerana semua novel ini adalah keluaran khas PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR. ♥

Buat order anda di www.kakinovel.com!


GADIS EDISI TERHAD -RIN AHMAD
SEMENANJUNG:- RM26.00 AHLI KN: RM22.00
SABAH/SARAWAK :- RM29.00 AHLI KN: RM25.00

Sinopsis:-
Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.

Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?

Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.

Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.

Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.

“I love you Fishy.”
“I love you too Cheesy.”


31 MEI GERHANA MENTARI CINTA - NASS ALINA NOAH
SEMENANJUNG:- RM28.00 AHLI KN: RM24.00
SABAH/SARAWAK :- RM31.00 AHLI KN: RM27.00

Sinopsis:-
Puteri, namanya melambangkan seorang wanita yang hidupnya dilimpahi kemewahan dan kebahagiaan. Tetapi, tidak. Pelbagai dugaan mendatang membuatkan dirinya hampir-hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan.

Puteri yang menjadi ayam tambatan keluarganya untuk keluar dari kepompong kemiskinan telah hilang arah setelah kekasihnya yang berjanji akan melamarnya tidak kunjung tiba. Hilang lesap begitu sahaja. Dia dibuang keluarga dan tidak dapat meneruskan pengajiannya.

Namun, hidupnya mula disinari cahaya bahagia apabila ditawarkan menjadi pengasuh kepada anak-anak Hakimi. Sementelah, anak-anak Hakimi amat menyayanginya dan menerimanya sebagai mama mereka.

Tanpa diduga, Puteri dan Hakimi saling jatuh cinta di antara satu sama lain. Hakimi melamarnya, membuatkan Puteri semakin bahagia.

Namun, hidup Puteri sekali lagi diduga. Hakimi tidak menyentuhnya dan diam membisu setiap kali Puteri ingin berbincang perihal rumah tangga mereka. Puteri benar-benar keliru. Kekeliruan dan kehampaan ini telah merubah sikap Puteri. Hatinya telah dilukai buat kali kedua oleh kaum Adam. Dia menjadi seorang yang pendendam.

Rupa-rupanya Hakimi mempunyai agenda tersendiri mendirikan rumah tangga dengan Puteri. Malah, ada rahsia besar yang tersembunyi di rumah Hakimi.

Apakah rahsia besar itu? Puteri pula... apa kaitannya dengan agenda Hakimi dan rahsia besar yang tersembunyi itu?

“Malam pertama kita telah berakhir... dan itu telah mengakhiri semuanya.”


STATUS HATI : DIA MILIKKU - AYUMI SYAFIQAH
SEMENANJUNG:- RM21.00 AHLI KN: RM17.00
SABAH/SARAWAK :- RM24.00 AHLI KN: RM20.00

Sinopsis:-
Illsya Kirana, gadis cantik berkerjaya yang punya ramai peminat. Namun, masih tiada walau seorang lelaki pun yang mampu menawan sekeping hati miliknya. Bagi Kirana, selagi seorang lelaki yang kacak, kaya, berkerjaya, berpelajaran tinggi, romantik dan setia tidak muncul di depan mata, selagi itulah dia tidak akan berkahwin. Sikapnya yang pemilih itu nyata amat merisaukan emaknya, Kamariah.

Bagi Kamariah, usia dua puluh enam tahun telah melayakkan seorang gadis untuk mendirikan rumah tangga. Lantas atas persetujuan Kirana, dia bertindak mencarikan jodoh untuk anak gadisnya itu. Dengan bantuan adik perempuan Kirana, Kamariah menemui rakan lamanya, Dahlia di Facebook. Kebetulan ketika itu, Dahlia juga sedang mencari jodoh untuk anak lelakinya.

Saat bertentang mata dengan Edryzal, Kirana sedar ada satu perasaan halus menyentuh hatinya. Tetapi sayang, lelaki itu langsung tidak menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan dengannya. Sikap dingin lelaki itu seakan-akan melumpuhkan impian perkahwinan indah Kirana.

Kirana terkejut apabila Edryzal setuju untuk menyuntingnya sebagai isteri. Tetapi dia tahu, lelaki itu menerimanya atas dasar permintaan orang tua mereka. Puas berbolak-balik dengan hati sendiri, Kirana akhirnya menerima tetapi dengan syarat, pertunangan mereka haruslah diikat untuk tempoh setahun. Dia tidak mahu lelaki itu menikahinya tanpa rasa cinta dan semata-mata kerana orang tua mereka.

Berjayakah Kirana menjadikan impiannya satu realiti? Mampukah dia membuat lelaki itu jatuh cinta padanya sebelum tarikh pernikahan mereka tiba? Dan, bisakah dia menerima seandainya dia tahu ada nama gadis lain yang sudah terukir indah di hati Edryzal?

“Mungkin dia dingin, mungkin dia kaku, mungkin juga dia kayu... tetapi apabila status hati hanya tertulis namanya, maka hanya dia milikku dan hanya aku yang berhak atas cintanya.”







Thursday, March 14, 2013

NOVEL TERBAHARU KN TERBITAN APRIL 2013



Bismillahirrahmanirahim..

BERITA BAIK buat semua pelangggan KN yang disayangi..
KN akan mula membuka tempahan untuk novel terbitan APRIL 2013 pada 15 MAC 2013 (JUMAAT)!

GILER KAU? - DYADILA
CHEESE - CIK QWERTY
PELANGI CINTA BUAT SUAMI - ACIK LANA

Buat pengetahuan semua, untuk terbitan April 2013, tiada tandatangan untuk pelanggan yang membuat tempahan awl. Ini kerana semua novel ini adalah keluaran khas PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR. Kesemua novelis KN bulan April akan berada di sana. ♥

Buat order anda di www.kakinovel.com!



GILER KAU? - DYADILA

No. ISBN:- 978-967-0448-25-1
Jumlah muka surat:- 1,176
Harga Runcit:- S/M: RM38, S/S: RM41
Harga Ahli:- S/M: RM34, S/S: RM37

Sinopsis:-
Kehidupan sebagai anak yatim piatu menuntut Intan Azura Abdullah Lee belajar mempertahankan diri dari ancaman orang lain. Dalam sikap yang selalu berhati-hati, dia selalu cuai. Mujur ada Maya Kirana teman merangkap sahabat yang tak punya pertalian darah tapi hubungan mereka lebih daripada adik-beradik.

Intan selalu menghabiskan masanya di Yayasan Kasih, tempat dia dibesarkan. Di situ juga dia mendapat keluarga yang besar dengan kasih dan cinta penghuni yayasan kasih.

Pertemuan dalam adegan tak sengaja dengan Syed Shahrul Iskandar mencetuskan terlalu banyak accident dalam hidupnya. Setiap kali jumpa, setiap kali itu juga mereka akan bergaduh. Macam anjing dengan kucing. Nak dijadikan cerita, mamat bengis@Poyo tu adalah jirannya. Semakin sengitlah perang di antara mereka berdua.

Kemunculan Lokman Hakeem membuatkan Intan rasa dia disayangi. Bertambah bahagia bila lelaki itu menghulurkan kata cinta sehingga membawa kepada perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Di saat ingin melakar bahagia, Lokman Hakeem menghilangkan diri di hari pernikahan mereka. Pengantin lelaki bertukar tempat. Syed Shahrul Iskandar sanggup menjadi suaminya dan berjanji melindunginya.

Dalam ikatan suami isteri yang didasari atas rasa tanggungjawab membuatkan Intan dan Shah berdepan dengan dugaan dan kisah lucu dalam rumah tangga mereka. Namun, kebahagiaan yang baru berputik terganggu
dengan kemunculan semula Lokman Hakeem yang menagih cinta Intan dan Zaireen Amalina yang sememangnya
menggilai Shahrul sejak dulu.

Pergolakan yang akan membongkar satu rahsia. Rahsia antara Shahrul dan Intan. Apa akhirnya hubungan
Shahrul dan Intan? Semuanya terjawab dalam Giler Kau?

“Menjadi cinta PERTAMA kepadamu adalah suatu yang HEBAT, tetapi menjadi cinta yang TERAKHIR adalah jauh lebih SEMPURNA”


CHEESE - CIK QWERTY

No. ISBN:- 978-967-0448-23-7
Jumlah muka surat:- 472
Harga Runcit:- S/M: RM19, S/S: RM22
Harga Ahli:- S/M: RM15, S/S: RM18

Sinopsis:-

Dia, Nia Saffiya. Anak kepada Encik Amar dan Puan Nor merangkap adik kepada Nash, sang penyakat dalam keluarga. Dia perempuan biasa. Tak ayu sangat dan tidaklah terlalu selamba. Asal dia selesa, okey saja.

Tapi satu yang orang kata tentang dia, dia kurang berperasaan. Suka tapi macam tak teruja. Marah tapi macam okey. Pada dia itu bukan masalah. Tapi pada orang lain, itu memang masalah!

Dia, Adi Ashq. Anak kepada Encik Izham dan Puan Lia merangkap adik manja kepada Aina Dayana, sang penyeri dalam keluarga. Dia lelaki tak berapa nak biasa. Dia kuat membebel macam mak cik-mak cik. Dan agak manja.

Tentang perasaan, dia agak mengada-ada. Nak orang luahkan, baru dia sengih tunjuk gigi tak sudah. Maka, bila mana si dia dan dia bersatu, orang sekeliling pening dan naik risau! Yang perempuan kononnya kuat macam batu dan yang lelaki kononnya normal tapi manja mengada-ada. Bila seorang jatuh cinta dan dengan mudah melafazkan cinta, yang lagi seorang memendam rasa dan buat tak tahu. Siapa tak geram?

“I love you.”

“Hurm.”

“Hurm aje?!”

Ini cerita bukan sekadar cerita tetang dia yang begini dan dia yang begitu. Ini cerita tentang kasih sayang antara dia dan dia serta mereka dan keluarga juga kawankawan sekepala!

“Ingat siapa?”

“Makwe lama. Cemburu tak?”

“Buat apa nak cemburu? Kita dah dapat awak pun.”


PELANGI CINTA BUAT SUAMI - ACIK LANA

No. ISBN:- 978-967-0448-26-8
Jumlah muka surat:- 840
Harga Runcit:- S/M: RM30, S/S: RM33
Harga Ahli:- S/M: RM26, S/S: RM29

Sinopsis:-
Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak.

Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina. Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya.

Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”







Thursday, February 28, 2013

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA





Assalamualaikum!

Buat semua mahasiswa juga mahasiswi yang mempunyai BAUCER BUKU 1 MALAYSIA, anda boleh membeli novel-novel KN dengan menggunakan baucer tersebut.. 

ikuti langkah dan syarat yang telah ditetapkan di bawah.. ♥

SYARAT-SYARAT PEMBELIAN:

1) Baucer mestilah ada nama serta cop 
2) Tiada baki berupa wang akan diberi jika pembelian tidak mencukupi nilai baucer
3) Jika pembelian lebih dari nilai baucer, anda perlu menambah wang dan pastikan anda sertakan sekali bukti bayaran semasa pos baucer kepada kami.

LANGKAH PEMBELIAN MENGGUNAKAN BAUCER:

1) Buat order seperti biasa di www.kakinovel.com
2) Pos kepada kami baucer tersebut mengikut jumlah pembelian
3) Sertakan butiran diri anda
4) Sertakan juga bukti bayaran jika pembelian melebihi nilai baucer
5) Kami mengambil masa seminggu waktu bekerja untuk novel sampai ke tangan anda jika kesemua butiran dan maklumat pembayaran tepat.

*kami tidak akan bertanggungjawab atas risiko kehilangan baucer semasa proses pengeposan.. 


harap maklum! JOM langgan novel KN sekarang!!!






ORDER NOVEL KN DI FB


BERITA BAIK BUAT SEMUA PELANGGAN KN YANG DISAYANGI!

BERMULA 15 FEB 2013, KN telah mula membuka tempahan di FACEBOOK.. yeay!

Ikuti syarat pembelian di bawah ini ya.. 

1) Tempahan di facebook HANYA dilakukan di fanpage rasmi KN (http://www.facebook.com/pages/Kakinovel/243064478506) JANGAN LETAK ORDER ANDA DI WALL, SILA BUAT ORDER DI MESEJ ye.. 

2) Sila pastikan anda betul-betul tahu tajuk novel dan nama penulis yang ingin anda miliki samada anda boleh rujuk di website atau di facebook kami bagi mengelakkan kekeliruan dan kesilapan.

3) Buat order anda dengan memberikan butiran seperti:
i. Nama penuh
ii. Alamat penghantaran
iii. No telefon
iv. Tajuk novel, nama penulis, kuantiti dan harga
v. Bukti bayaran (resit bayaran/penyata bank)

4) Sila buat bayaran anda di salah satu akaun Kaki Novel di bawah:
i. Ambank - 081 202 1000 773 (Kaki Novel Enterprise)
ii. Maybank - 5648 1000 6173 (Kaki Novel Enterprise)

5) Jika anda ahli, pembayaran adalah mengikut harga ahli. Jika anda belum ahli, buat bayaran untuk harga runcit ya. KOS PENGHANTARAN POS LAJU ADALAH PERCUMA. Jadi anda perlu bayar untuk harga novel sahaja.

6) Kami mengambil masa seminggu waktu bekerja untuk novel sampai ke tangan anda selepas kami menerima bukti bayaran tempahan anda.

7) Kami akan menghantar SMS beserta no tracking pada hari kami pos novel anda.

8) Sebarang kemusykilan dan keraguan, boleh terus berhubung dengan kami di semua rangkaian FB KN.







Wednesday, February 13, 2013

NOVEL TERBAHARU KN BULAN MAC 2013


BERITA BAIK BUAT SEMUA!

KN TELAH membuka order novel terbitan MAC 2013 HARI INI, RABU (13/02/2013)

JANGAN MERAJUK SAYANG - LYNN ALLYNA
SEGALANYA MUNGKIN - NIEYA JALIES

Untuk 300 pelanggan terawal yang membuat tempahan, anda layak menerima novel eksklusif ditandatangani penulis! Setiap order perlulah lengkap dengan bukti pembayaran sekali ya.

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI UNTUK MENJADI ANTARA PELANGGAN YANG TERAWAL MEMILIKI NOVEL KN TERBITAN MAC!

sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com untuk membuat order sekarang.. ♥


JANGAN MERAJUK SAYANG - LYNN ALLYNA
No. ISBN:- 978-967-0448-21-3
Jumlah muka surat:- 592
Harga Runcit:- S/M: RM21, S/S: RM24
Harga Ahli:- S/M: RM17, S/S: RM20

Sinopsis:-
Siti Fatimah Adrianna. Namanya cantik. Orangnya
pun cantik tapi satu saja yang tak cantik. Panas baran. Kuat
merajuk pun ya juga. Sebab itu dia susah nak dapat jodoh.
Ada saja yang tak kena di matanya. Ramai yang mencuba
nasib. Semuanya ditolak mentah-mentah.

Ryzal Syahmi, si pencinta sejati. Hatinya pernah
kecewa. Disebabkan egonya, dia memerangkap Siti Fatimah
Adrianna menyebabkan wanita itu terpaksa bersetuju untuk
menjadi isterinya. Siti Fatimah tak mudah mengalah. Dia
akan buat Ryzal Syahmi menyesal dengan keputusannya.

Singa betina jumpa harimau jantan. Elok sangatlah.
Huru-hara rumah tangga mereka. Tapi demi menjaga hati
keluarga, mereka terpaksa bertahan. Ryzal sering buat Siti
Fatimah merajuk dan menangis. Tapi kemudian, dia sendiri
yang akan pujuk.

Membina rumah tangga tanpa rasa cinta bukan
semudah yang disangka. Hati Siti Fatimah pantas dicuri oleh
Khairul Anwar. Buat pertama kalinya, seorang lelaki berjaya
meleburkan hati batunya. Siti Fatimah terleka dengan cinta
pertamanya dan dalam masa yang sama, Ryzal sudah
merasakan ada cinta di hatinya buat Siti Fatimah.

Adakah Ryzal Syahmi berjaya mempertahankan
gelarannya sebagai suami Siti Fatimah Adrianna ataupun
wanita itu tetap memilih Khairul Anwar yang semakin dekat
di hatinya?

“Jangan pernah cuba untuk lepaskan... kerana aku
juga akan mengikat hatimu sekuatnya.”


SEGALANYA MUNGKIN - NIEYA JALIES
No. ISBN:- 978-967-0448-22-0
Jumlah muka surat:- 856
Harga Runcit:- S/M: RM28, S/S: RM31
Harga Ahli:- S/M: RM24, S/S: RM27

Sinopsis:-
Kerana kasihkan ayahnya, Mia sanggup mengorbankan perasaannya sendiri kerana ayahnya seorang yang telah membesarkannya. Bermula saat itu ‘pengembaraan’ Nur Mia dipenuhi liku-liku yang berduri.

Muaz Hasbi yang disangka dapat menumpang kasih, nyata tidak sudi menerima kehadirannya. Segala tohmahan dan cacian diterima dengan hati yang lara sehingga menjadikan dia seorang wanita yang cekal hati.

Apabila dua hati sudah mula bersatu, Nur Mia dihidangkan pula dengan babak kecurangan suaminya. Dengan langkah penuh kecewa, Nur Mia nekad meninggalkan suaminya.

Muaz Hasbi sedar yang dia amat memerlukan Nur Mia. Egonya dibuang jauh, pujuk rayu mulai mewarnai kehidupan dua insan ini.

Bahtera bahagia yang baru dilayari kembali dilanda angin kencang dengan hadirnya insan yang tidak pernah diharapkan lagi. Nur Mia semakin lena dengan janji-janji seorang ‘ibu fantasi’. Warith Fahmi pula semakin rancak membuai jiwa dengan angan-angan kosong rekaannya semata-mata.

Muaz Hasbi nekad mempertahankan rumah tangganya. Dia yakin masih ada sinar bahagia untuk rumah tangganya. Nur Mia juga mempunyai jiwa yang sama. Sejauh mana usaha Muaz Hasbi? Sedalam mana harapan Nur Mia?

“Kerana rindu itu aku setia... kerana kasih ini aku di sini... kerana sayang itu aku terluka... kerana cinta ini aku terus menanti.”








Thursday, January 31, 2013

Jadual penulis KN di PB1M



JOM BERAMAH MESRA BERSAMA SRIKANDI KAKI NOVEL KESAYANGAN ANDA!


TARIKH: 30 Januari 2013 - 3 Febuari 2013
MASA: 10.00 Pagi - 9.00 Malam
TEMPAT: DEWAN TUN RAZAK HALL 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
NO GERAI KN: A52, A53, A54, A55, A66, A67, A68, A69

Jangan lepaskan peluang keemasan ini ya.. Ramai-ramai mengunjungi gerai KN! Jumpa di sana! ♥
*Anda boleh juga menggunakan baucer 1 malaysia di gerai KN.. ♥








Layout gerai KN di PB1M



JOM meriahkan gerai KN di PESTA BUKU 1 MALAYSIA 2013!!!

Cari kami di sini!!!
NO GERAI: A52, A53, A54, A55, A66, A67, A68 dan A69



Thursday, January 17, 2013

Pesta Buku 1 Malaysia



PESTA BUKU 1 MALAYSIA bakal menemui anda!!!



TARIKH: 30 Januari 2013 - 3 Febuari 2013
MASA: 10.00 Pagi - 9.00 Malam
TEMPAT: DEWAN TUN RAZAK HALL 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
NO GERAI KN: A52, A53, A54, A55, A66, A67, A68, A69

Jangan lepaskan peluang keemasan ini ya.. Ramai-ramai mengunjungi gerai KN! Jumpa di sana! ♥
*Anda boleh juga menggunakan baucer 1 malaysia di gerai KN.. ♥





NOVEL TERBAHARU KN BULAN FEBRUARI 2013!



BERITA BAIK BUAT SEMUA!
KN telah membuka order novel terbitan FEBRUARI 2013 pada JUMAAT (11/01/2013)

BUKAN BISIKAN - SHARINA ELISA
KHILAF SEMALAM - FARRAH HANNAN
KASIHKU YANG SATU - SYANIA SHAA

Untuk 300 pelanggan terawal yang membuat tempahan, anda layak menerima novel eksklusif ditandatangani penulis! Setiap order perlulah lengkap dengan bukti pembayaran sekali ya.

JOM ORDER SEKARANG!!! www.kakinovel.com




BUKAN BISIKAN - SHARINA ELISA
No. ISBN:- 978-967-5067-73-0
Jumlah muka surat:- 376
Harga Runcit:- S/M: RM18, S/S: RM21
Harga Ahli:- S/M: RM14, S/S: RM17

Sinopsis:-

Wujudkah cinta itu sebenarnya? Atau cinta itu hanyalah fantasi dan imaginasi semata? Cinta buat dirinya merana tapi benarkah cinta itu hanya dusta? Benarkah cinta itu landasan bahagia andainya selimut cinta yang mengulit lena menjadi kelam bila diri dinodai kejam? Cinta dan sayang bertukar dendam? Kerana tiada lagi aset berharga, dirinya dipakai buang!

Mia Adyla terpenjara dalam ikatan sebuah perkahwinan yang bertunjangkan amarah mula lemas dan hampir kalah.

“Lantak kaulah! Aku tak nak peduli pasal kau lagi. Kau nak mampus ke nak hidup ke, tu kau punya pasal! Biar padan muka kau! Orang macam kau ni tak layak langsung untuk dijadikan isteri! Tapi ada satu pekerjaan untuk orang macam kau, p.e.l.a.c.u.r . Kau tahu, kan taraf kau sama?”

Dengan keberanian bersisa, dia tekad mahu melepaskan diri daripada kekejaman suami yang tidak tahu mengkaji situasi. Biarpun suami sendiri membenci, tingkah normalnya menyingkap tirai hati Aiman Haikal tanpa disedari.

Nekadnya Mia Adyla membawa diri ke luar negara dengan perut berisi nyawa manusia. Di sana, keselamatan dan kebajikannya dijaga oleh insan bernama Ikram Hafiz, seorang doktor yang dalam diam menaruh hati dengannya. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Setelah lima tahun berada di Australia, dia bersama anak kembarnya kembali ke Malaysia untuk memulakan kehidupan baharu. Aiman Haikal dan Ikram Hakimi bertemu secara tidak sengaja di pejabat Mia Adyla sekali gus memulakan titik perkenalan antara mereka. Persaingan secara sihat membawa kedua-dua jejaka itu kepada istilah persahabatan sebenar tanpa memungkiri janji mereka.

“Bagaimana mungkin kita memiliki perempuan yang sama?” – Aiman Haikal.

“Best man wins.” – Ikram Hafiz.

“Maksud kau?” – Aiman Haikal.

“Yelah, kau suka dia. Aku suka dia. Kau beri aku peluang. Aku bagi kau peluang. Kau berjaya dapatkan hati dia, dia milik kau. Aku berjaya, aku miliki dia.” – Ikram Hafiz.

Masih wujudkah istilah cinta sebenarnya? Atau cinta itu hanyalah suatu bisikan?

“Bisikan cintamu menggetar nadiku, lalu kutitipkan kata cinta buatmu.”


KHILAF SEMALAM - FARRAH HANNA
No. ISBN:- 978-967-5067-99-0
Jumlah muka surat:- 616
Harga Runcit:- S/M: RM21, S/S: RM24
Harga Ahli:- S/M: RM17, S/S: RM20

Sinopsis:-

Demi menjaga maruah kedua-dua buah keluarga mereka disatukan dengan ikatan pernikahan. Mereka percaya itu bukan khilaf mereka tetapi sesuatu telah menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini, cuma mereka sendiri tidak pasti kenapa dan bagaimana ianya berlaku.

Liyana Balqis menjadi pesalah dan rela dihukum walaupun terpaksa. Hasbul Warits, sejak menjadi pesalah secara tidak sengaja dia terikat dengan Liyana Balqis dan berkongsi ibu dan ayah dengan gadis ini. Kehadiran sepasang kembar, Irfan dan Aulia menceriakan hidupnya. Liyana Balqis menjadi ibu muda yang terpaksa bersusah payah menjaga anak-anaknya sementara sang suami sibuk dengan pengajiannya. Mujurlah dengan bantuan ibu mertuanya, dia berjaya menjaga kedua-duanya.

Sehinggalah suatu masa, dia juga terpaksa berjauhan dengan anak-anaknya demi cita-cita yang belum terlaksana. Dia juga mahu menjadi insan yang berjaya, walaupun berat hati meninggalkan si kecil dia tetap melangkah pergi.

Kemunculan Liyana Balqis sebagai salah seorang pelajar baru di tempat yang sama memberi ruang kepada dia dan suaminya bersatu kembali. Tidak perlu menunggu masa yang lama untuk bertemu. Ketika hari pendaftaran, Ziky yang merupakan sahabat Hasbul Warits sedang terpukau dengan gadis yang menyapa mereka. Diperkenalkan sebagai anak kepada guru sekolah Hasbul Warits, Liyana Balqis selesa begitu. Tidak seorang pun tahu apakah hubungan mereka berdua. Rahsia dijaga dengan rapi tanpa seorang pun menyedarinya, waima insan paling rapat dengan mereka sekalipun. Ziky juga selesa dengan pengakuan itu. Peluangnya cerah.

Selepas Salwa menyepi muncul pula pesaing baru, Ruby teman sekampus mereka menambahkan derita. Sejak hari pertama bertemu mata dengan gadis dari keluarga berada itu, Liyana Balqis tidak pernah senang dengannya.

Apakah yang menghidupkan api cemburunya? Mungkin keakraban Ruby dengan Hasbul Warits yang menjadikan dia seorang yang cemburu.

Walaupun dia tidak pernah mengaku gadis itu kekasihnya, tetapi kebanyakan masa dia habiskan bersama Ruby. Pada dia, Liyana Balqis mungkin tak tahu tetapi dia silap. Rupa-rupanya si isteri terlebih dahulu dapat menghidu perbuatan itu. Diam tak bermakna dia langsung tidak mengambil tahu aktiviti lelaki itu di belakangnya. Hasbul Warits tahu itu khilafnya, dia cuba untuk memenangi semula hati Liyana Balqis. Bagaimana?

Kecewa dengan apa yang sedang berlaku, Liyana Balqis menjadi keras hati namun hati perempuan seperti kerak nasi. Sekeras-keras kerak nasi, apabila dituangkan air lembut jua akhirnya. Demi anak-anak yang memerlukannya, dia perlu melakukan sesuatu. Berdegil tidak mendatangkan kebaikan langsung kepada dia dan anak-anak yang semakin membesar.

“Peluang tak diberi tapi dicari. Andai sangkar emas ini bukan lagi untukku, lepaskan aku. Aku ingin terbang. Aku ingin bebas.”


KASIHKU YANG SATU - SYANIA SHAA
No. ISBN:- 978-967-5067-75-4
Jumlah muka surat:- 1,128
Harga Runcit:- S/M: RM37, S/S: RM40
Harga Ahli:- S/M: RM33, S/S: RM36

Sinopsis:-

Perkahwinan yang diatur oleh pihak keluarga amat menyeksakan. Daniel Harith terpaksa kerana harta danDannia pula terpaksa kerana budi pada keluarga. Berat matamemandang, berat lagi bahu memikul. Namun, di sebalik perkahwinan yang disangka bahagia sebenarnya membawa duka kepada Dannia. Semua itu hanya dipendamkeseorangan. Semakin hari perangai Harith semakin melampau. Kerana satu kejadian yang melukakan hati, Dannia tega membawa diri membiarkan Harith terkapaikapai sendirian. Ketiadaan Dannia membuatkan dirinya digamit rindu yang mencengkam hati lelakinya.

Setelah bertahun Dannia kembali, dirinya ditemukan kembali dengan lelaki yang pernah menggores luka di hatinya. Sedaya upaya Dannia melarikan diri semakin dekat lelaki itu menghampiri. Sejauh mana pun dia melarikan diri namun ikatan antara mereka tersimpul mati. Setelah beberapa lama mencuba, gadis mana tidak cair dengan ayat-ayat manis, begitu juga dengan Dannia. Dirinya akur turut sama mencintai suaminya. Hubungan mereka kembali rapat.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hubungan mereka kembali bergolak angkara orang ketiga yang begitu mendendami Dannia sejak dahulu.

Sekali lagi Dannia membawa diri kerana kecewa dengan perkahwinan kedua Daniel Harith. Kehamilannya dirahsiakan daripada suami, Harith pula tercari cari si isteri kerana ia hanyalah salah faham dan perangkap semata-mata.

Setelah hampir dua tahun menghilang Dannia pulang ke pangkuan keluarga dengan anak kecil. Daniel Harith yang berjaya menjejaki Dannia cuba mengadakan sebuah pertemuan dengan wanita kesayangannya. Berjayakah

Harith bertemu Dannia apabila orang ketiga mengadakan pelbagai fitnah demi menghalang mereka berdua bersatu kembali? Kuatkah Harith dan Dannia melawan dugaan yang kian mencabar mereka? Tabahkah Dannia mengharunginya?

“Sekali aku melafazkan cinta, selama itulah hatiku milikmu kerana kaulah Kasihku Yang Satu.”