Tuesday, December 11, 2012

Novel terbaharu Januari 2013



AKAN DATANG..

NOVEL PEMBUKA TIRAI 2013!!! (^__________^)

Tempahan telah dibuka pada ISNIN bersamaan 10 Disember 2012. 300 pelanggan terawal akan mendapat tandatangan eksklusif dari penulis. Setiap order perlulah lengkap dengan bukti pembayaran sekali ya.

JOM ORDER SEKARANG!!!






LELAKI VERSI DIA – AIREEN ARYANA
No. ISBN:- 978-967-5067-55-6
Jumlah muka surat:- 432
SEMENANJUNG: RM 19.00 AHLI KN: RM 15.00
SABAH/SARAWAK: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00

“Dia yang kusut, dia serabut, dia yang membuat hatiku terpaut....”

Sinopsis:-

Lelaki itu hilang ingatan semasa berada di luar negara dan menjadi anak muda yang liar.

Sebagai seorang ibu, Zita terpaksa menipu Wan Aakif dengan menyatakan bahawa anaknya itu telah pun bertunang untuk membawa Wan Aakif pulang ke tanah air.

“I dengar kita dah bertunang dekat enam tahun. For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin.”

“What?! Are you kidding?”

Penolakan demi penolakan daripada Arwin Raisha sedangkan Wan Aakif benar-benar jatuh cinta membuat Wan Aakif nekad untuk kembali mengingati kisah silamnya. Adakah kisah silam itu mampu menyatukan mereka? Dan adakah Arwin Raisha masih tegar untuk tidak mempeduli Wan Aakif sedangkan dari dulu hati wanitanya sering menyeru nama lelaki itu? Lelaki versi dia, membuat Arwin Raisha pening kepala.

“Wan, kalau awak nak saya anggap awak sebagai tunang saya, awak nak saya jatuh cinta pada awak, awak janji. Lepas awak dapat balik ingatan awak, awak janji tak tinggalkan saya. 
Boleh tak?” ~ Arwin Raisha.


CINTA ITU MILIKKU – DAYANA DARWISY
No. ISBN:- 978-967-5067-53-2
Jumlah muka surat:- 688
SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00

“Pesona cintamu merantai jiwaku. Lingkari hidupku dengan kasih sayangmu.”

Sinopsis:-

Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga tanpa pengetahuan Athirah dan Mikhail. Sebagai anak yang mengenang jasa orang tua, Athirah menerima pernikahan itu dengan reda tetapi tidak bagi Mikhail. Perempuan yang telah sah menjadi isterinya itu hanya beban buat dirinya. 

Athirah memendam rasa sebaik sahaja menyandang gelaran isteri. Maruahnya bagai dipijak-pijak apabila sang suami berlalu begitu sahaja selepas upacara akad nikah. Walau apa pun perbuatan Mikhail terhadap dirinya, Athirah tetap sedar akan kedudukannya sebagai seorang isteri. Maruahnya sebagai isteri tetap dijaga dengan rapi.

Tanpa diduga mereka telah dipertemukan...Malangnya Athirah tidak kenal siapa Mikhail bagi dirinya dan begitulah juga dengan Mikhail. Pertemuan demi pertemuan yang berlaku sepanjang minggu orientasi hanya melahirkan bibit-bibit pertengkaran dan bermasam muka. Pantang bertemu mata, ada sahaja yang tidak kena antara mereka. Athirah benci dengan sikap Mikhail yang suka membuli manakala Mikhail geram dengan sikap Athirah yang sering tidak mendengar kata.

Rahsia siapa Mikhail bagi diri Athirah terbongkar tanpa disengajakan. Setelah tahu Mikhail itu adalah suaminya, Athirah melancarkan beberapa strategi untuk menambat hati suaminya. Apabila kasih sayang dan cinta Mikhail ternyata miliknya, cinta mereka diuji dan diuji
hingga Athirah rasakan hidup bersama Mikhail sudah tidak ada ertinya lagi. Lalu dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi.


ANDAINYA BUKAN UNTUKKU – SYA RYANNA
No. ISBN:- 978-967-5067-41-9
Jumlah muka surat:- 640
SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00

“Aku reda, andainya dia lebih sayangkan kau daripada aku sekarang ni. Aku reda… andainya dia bukan lagi untuk aku.”


Sinopsis:-

Dania diperangkap oleh rakannya sendiri yang menyebabkan dia dan peguam muda yang mengendalikan urusan harta keluarganya, Faeiz dinikahkan. Demi menutup malu, Tahir (abang Dania) memutuskan untuk mengusir Dania keluar dari rumahnya. Maka, hiduplah Dania dan Faeiz dengan cara masing-masing.

Faeiz kemudiannya berkeputusan untuk menghantar Dania tinggal bersama Ilyana, kekasihnya tanpa ketahuan Ilyana yang Dania itu adalah isteri Fariez. Rahsia tersebut terbongkar apabila Dania mengundur diri dan terus menghilangkan diri tanpa khabar berita. Niatnya hanya untuk memberi laluan kepada Ilyana yang dirasakan lebih layak untuk membina mahligai bahagia bersama Faeiz. Namun, Faeiz tidak pernah bahagia meskipun perkahwinannya dengan Ilyana terbina memang atas kehendaknya dan bersama wanita pilihannya. Fariez rasa amat bersalah kepada Dania. Sementelah dia tidak berjaya mencari Dania untuk membetulkan semula keadaan mereka.

Bertahun kemudian, Dania dan Faeiz bertemu semula. Pada waktu itu, Firdauz dan Qaseh Rania sudah pun wujud dalam hidup Dania.




Tuesday, December 4, 2012

Carta Paling Laris - November 2012



Carta Paling Laris - November 2012 ~ 
(26 November 2012 - 02 Disember 2012)


Paling Laris - FIKSYEN

2. KALAU MEMANG HARUS BEGITU - Acik Lana
3. HELLO, MR. PERFECT - Waniey Zakaria,
4. SHA & SHAH - Sha Ibrahim
19. COKE AND SUNDAE II - Ilya Abdullah


Tahniah buat novelis2 KN dan warga kerja KN ♥ DAN terima kasih yang tak terhingga buat semua pembaca novel KN  :)






Tuesday, November 27, 2012

PESTA BUKU MQA 2012!





MENARIK DI SINI!!!

BUAT SEMUA PEMBACA KN DI SELANGOR...

JOM, BERAMAI-RAMAI KITA KE PESTA BUKU MQA 2012!
ANJURAN PUSAT SUMBER AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

TARIKH: 30 NOVEMBER 2012

MASA: 9.00 PAGI - 5.00 PETANG

TEMPAT: DEWAN UTAMA MQA, Tingkat 12A,
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
Menara PKNS-PJ, 

No. 17, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan~
**Jangan Lupa Datang ye!.. 

DISKAUN RM4.00!!!
















Sesi Autograf dan beramah mesra bersama novelis KN




BUAT PEMBACA-PEMBACA KN DI SELANGOR...

Jom, beramah-mesra bersama novel bestseller KN, Waniey Zakaria (HELLO, MR. PERFECT!) pada 8 DISEMBER 2012 (Sabtu) nanti (^________^)

Tempat: POPULAR@AEON, Bukit Raja
Masa: 5.15 ptg - 6.00 ptg




BERITA BAIK BUAT PEMBACA KN DI NEGERI SEMBILAN!!
Jom, beramah-mesra bersama novelis bestseller KN:

Acik Lana
Sha Ibrahim
Tulip Ungu dan
Waniey Zakaria

Tarikh: 1 Disember 2012 (Sabtu)
Masa: 2.00 ptg - 3.00 ptg
tempat: Concourse Area, Terminal One Shopping Plaza, Negeri Sembilan.




BERITA BAIK BUAT PEMBACA KN DI PERAK!!

Jom, beramah-mesra bersama novelis KN:

Nozi Danisya - Akulah Cinderella, Kerana Sebuah Janji
April Snow - Nasi Lemak Buah Bidara

Tarikh: 1 Disember 2012 (Sabtu)
Masa: 12.00 tgh - 2.00 ptg
Tempat: MPH Bookstore Kinta City, Ipoh, Perak.








Promosi hebat!!!



PROMOSI HEBAT LAGIII, 
PROMOSI TERAKHIR UNTUK TAHUN 2012!!! 




hanya yang terbaik kami berikan untuk anda.. ♥♥♥

Nikmati potongan diskaun sehingga 50% untuk 5 buah novel KN terpilih!!!



Ayuh, sahabat KN yang masih belum mendapatkan kelima-lima novel ini untuk djadikan koleksi anda, inilah masanya!!!

CARA TEMPAHAN:

1) Buat order anda di www.kakinovel.com

2) Buat bayaran mengikut harga promosi.

3) Tunjukkan bukti bayaran kepada kami.

*BUAT TEMPAHAN ANDA MENGIKUT TARIKH YANG TERTERA DI POSTER YA.. ♥

siapa cepat dia dapat!!! Dahlah ada diskaun, pos laju FREE pulak tu!

Memang Jimat dan berbaloi-baloi!!!


















Monday, November 19, 2012

novel KN bulan DISEMBER



Berita baik buat anda... ♥♥♥ PENUTUP TIRAI 2012!


Tempahan untuk novel KN bulan DISEMBER ('GURAUAN BERKASIH' - Eliza AB, 'UNTUK SEMUA DOSAKU' – Rin Ahmad dan 'KONTRAK JANJI SETIA ANTARA KITA' - Aii Fariza) kini telah dibuka!

300 Pelanggan terawal akan mendapa
t tandatangan eksklusif dari novelis. Pastikan order yang dibuat lengkap dengan bukti pembayaran, baharu anda tersenarai dalam 300 pelanggan terawal.

Ketiga-tiga novelis akan hadir ke pejabat KN pada 1 Disember 2012 (Sabtu) untuk sesi tandatangan bagi 300 pelanggan terawal KN.

Novel akan dibuat pengeposan pada 3 Disember 2012 (Isnin). Kami dahului dengan 300 pelanggan terawal.

Layari www.kakinovel.com untuk melanggan bersama KN.




GURAUAN BERKASIH – ELIZA AB
No. ISBN:- 978-967-5067-00-6
Jumlah muka surat:- 984
SEMENANJUNG: RM 35.00 AHLI KN: RM 31.00
SABAH/SARAWAK: RM 38.00 AHLI KN: RM 34.00

Sinopsis:-

Hidup Nur Liyana Safiyah menjadi kucar-kacir dengan kehadiran Amirul Arif Iskandar. Ditambah pula dengan hasrat dan niat Tan Sri Khalil yang ingin bermenantukan dirinya. Pelbagai cara dan taktik dirancang oleh Nur Liyana Safiyah untuk menggagalkan rancangan Tan Sri Khalil sehingga sanggup mengupah seseorang untuk berlakon di hadapan Tan Sri Khalil.

“Awak dah berjaya, Liyana. Awak dah berjaya buat saya tergoda dengan awak. Awak dah berjaya buat saya jatuh cinta dengan awak. Awak dah berjaya buat saya menelan kesemua kata-kata yang pernah saya hamburkan pada awak dulu. Awak dah berjaya memalukan saya. Dan, awak dah berjaya buat saya angaukan awak.” – Amirul Arif Iskandar.

Drama demi drama yang dilakonkan oleh Nur Liyana Safiyah akhirnya menjerat dirinya sendiri. Dia dibenci oleh Dato’ Zulkifli dan didendami oleh Nur Laila Safiyah. Dia dibuang keluarga malah diharamkan menjejakkan kaki ke rumah. Nur Liyana Safiyah akur akan nasib yang menimpa dirinya.

Demi sebuah kebenaran, Nur Liyana Safiyah bertekad untuk mencari asal usul dirinya. Mencari punca dan sebab kenapa dirinya dibenci oleh Dato’ Zulkifli. Mencari sebab kenapa Nur Laila Safiyah mendendaminya.

“Siapa kata Lia tu anak saya? Dia anak awak dan bukan anak saya.” - Dato’ Zulkifli Zainuddin. Adakah Nur Liyana Safiyah dapat mengetahui siapa dirinya yang sebenar? Adakah Dato’ Zulkifli akan menerimanya sebagai anak dalam erti kata yang sebenar?

Dapatkah Amirul Arif Iskandar menyembuhkan luka di hati Nur Liyana Safiyah? Mungkinkah Harris Hakimi bakal menjadi pesaing Amirul Arif Iskandar? Siapa pula Ashraf Daniel dalam kehidupan Nur Liyana Safiyah?


UNTUK SEMUA DOSAKU – RIN AHMAD
No. ISBN:- 978-967-5067-32-7
JUMLAH MUKA SURAT:- 632
SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: 21.00

Sinopsis:-

Kisah cinta antara Nur Lisa dan Syed Azri berputik di bumi Jerman. Nur Lisa gadis pintar yang hidupnya riang
bertemu dengan Syed Azri kerana rancangan nakal si adik. Sharifah Azrina yang disangkanya teman sebilik sebenarnya ialah jejaka kacak bernama Syed Azri.

“Tak menyesal ya. Tak nak tarik balik kata-kata awak tadi?”

“I do the talking a lot. Which one you meant dear roommate?” Nur Lisa tergelak. Sengallah Azri ni. Pebende
merepek entah.

“I’ll be the one. Betcha.”

Nur Lisa tergelak besar. Orang buat lawak dia buat serius la pula. Ego seorang lelaki. Tak boleh tersentuh. Nur
Lisa ambil mudah. Tak menyangka jalan-jalan di hadapan yang akan bermula bersama Syed Azri. Permulaan yang tiada penghujungnya.

“Walk the talk Syed Azri.”

Sikap selamba Nur Lisa akhirnya memikat Syed Azri yang egonya sentiasa dijulang ke langit. Di saat cinta
berkembang mekar, cahaya hidayah menerjah ke ruang hati Nur Lisa. Kisah lampau, kisah zaman peralihan. Betul orang cakap, nak buat baik, beribu halangan sudah menanti di hadapan kita. Cinta yang menggunung dan kasih sayang yang melimpah-ruah terhadap Syed Azri terpaksa dikorbankan demi cinta barunya kepada Yang Esa.

“Lisa.” Syed Azri cuba memeluk Nur Lisa. Mahu menenteramkan Nur Lisa. Dia kalah melihat titisan air mata
di pipi Nur Lisa.

“No.” Nur Lisa menolak tubuh Syed Azri dengan kasar.

“Boleh tak jangan keras sangat? We’ve been together for years and we’ve done lots more than this.

Please....”

“Tolong hormat saya. Perlu ke saya merayu agar awak menghormati saya or should I say even if we’ve been
together thousands years, the fact is you are not my husband. Awak tak halal untuk saya. Dan saya pejam mata
untuk kisah silam kita.”

“Lisa!”

“I better get going before things become worse.”

“It’s worse already and I hate when you pretending to be good when I know who you are inside out.”

“Then hate me.” Bergegar dada Nur Lisa mendengar perkataan ‘pretending’.

Mereka berpisah di bumi Jerman namun jodoh mengejar Nur Lisa dan dia terpaksa akur bahawa jodoh
dambaan lelaki yang boleh dijadikan peneman jalan ke jannah hanya tinggal mimpi. Pertemuan semula dengan Syed Azri di Malaysia menjadi titik ketenangan Nur Lisa dirembat dan kehidupan penuh berliku di samping orang yang pernah menolak jalan yang dipilihnya. Melayani kerenah Syed Azri yang akhirnya bergelar suami atas paksaan keluarga tak semudah ABC apabila jalan hidup yang dipilih berbeza. Apabila tiba saat diri mahu berubah, orang yang paling dekat tidak memberi sokongan malah memandang sepi. Keluarga yang memandang hina dek masa lampau yang terbongkar dan suami yang masih meragui dirinya yang kini berubah.

“You know what naughty Dutches always said for their wives? There are only three ways to please their men. First please them on bed. Second, make them sandwiches and third don’t talk so much. Now do number three and get
yourself ready.” - Syed Azri.

Syed Azri bukanlah lelaki kasanova dan dalam hatinya hanya terpahat nama Nur Lisa. Hanya keegoan membuat dia tegar melepaskan Nur Lisa dulu dan di saat Nur Lisa kembali dalam hidupnya, siapa sebenarnya yang didambakan dalam hidupnya kini? Nur Lisa kekasih hati merangkap roommate di studio kecil di Jerman dulu atau Nur Lisa si isteri yang kini sudah jauh berbeza?

Setiap permulaan pasti berhalangan. Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur
Lisa?

Nur Lisa binti Tajudin : ~ Cinta yang berputik dalam kancah dosa. Adakah akan terpalit selamanya? Syed Azri bin Syed Gilani : ~ Cinta yang tak perlu berubah. Adakah akan kekal selamanya?


KONTRAK JANJI SETIA ANTARA KITA – AII FARIZA
NO. ISBN: 978-967-5067-12-9
JUMLAH MUKA SURAT:- 784
SEMENANJUNG: RM27.00 AHLI KN: RM 23.00
SABAH/SARAWAK: RM30.00 AHLI KN: RM 26.00

Sinopsis:-

“Kinah mintak maaf, abang. Kinah tak tahu apa yang abang suka makan,” ucap Sakinah. Jelingan tajam berserta ketapan sepasang bibir nipis itu menunjukkan suaminya sedang menahan marah. Sakinah tunduk. Air liur dikerongkong ditelan pahit. Perasaan gerun dan takut itu hadir semula.

“Kau apa pun tak tahu. Yang kau tahu minta maaf dua puluh empat jam,” kasar Rafiq berbahasa. Akhbar yang baru dibacanya dilipat kasar lalu dicampak ke lantai. Sakinah tergamam. Surat khabar itu jatuh tepat ke kakinya. Tengkingan suaminya bergema lagi hari ini. Sakinah sebak.

“Ma... maafkan... Kinah.” Tersekat-sekat butir bicara Sakinah. Begitulah dia setiap kali berhadapan dengan Rafiq. Tergagap-gagap seperti pesalah walaupun kadangkala kesalahan itu bukan dating daripada pihaknya. Namun, terpaksa juga dia yang tunduk memohon maaf.

“Entah apalah yang umi aku berkenan sangat pada kau? Semuanya serba tak kena. Bertambah menyusahkan aku adalah!” Rafiq menempelak. Dijeling pada Sakinah yang berdiri di sisinya. Gadis itu masih diam terpaku seperti harihari sebelumnya.

“Orang kampung memang macam nikan? Suka berpaut pada orang kaya untuk hidup senang. Pantang nampak yang berduit lekas sangat pasang jerat. Entah ubat guna-guna apalah yang umi terkena sampai paksa aku kahwin dengan kau?” Sengaja Rafiq menambah kata. Kata-kata yang hanya akan menyakiti hati Sakinah.

Mereka terjebak bersama. Amar Rafiq dan Sakinah terperangkap dalam ikatan perkahwinan demi memenuhi kepentingan masing-masing. Kalau bukan kerana Shafiq, mustahil bagi Rafiq menerima wanita dalam hidupnya kembali. Kepedihan semalam banyak mengajarnya agar lebih berwaspada. Kecurangan si bekas isteri telah merubah Rafiq menjadi seorang yang cengil dan bengis pada wanita yang menjadi isterinya. Demi menjaga kepentingannya dan Shafiq, Rafiq akhirnya mewujudkan sebuah kontrak bagi mengikat.

‘kaki’ Sakinah.

“Ambil ni.”

“Apa ni? ”

“Baca dan kemudian kau perlu tandatangan surat perjanjian itu.”

“Surat perjanjian? Tapi untuk apa?”

“Untuk jaminan masa depan. Bacalah tapi kalau kau tak nak baca pun tak apa. Aku cuma perlukan tandatangan kau.”

Sampai satu ketika tanpa dia menduga, akhirnya kesabaran sang isteri mula menipis yang membuatkan Rafiq tercengang.

“Selama ini, Kinah telan semua kata-kata abang biarpun hati Kinah pedih mendengar setiap maki hamun abang. Kinah cuba memahami situasi abang yang masih dibelenggu dengan kecurangan Suraya.

“Tapi pernah ke abang cuba memahami hati dan perasaan Kinah? Tak pernah, kan? Yang abang tahu, hanyalah melemparkan kata-kata amarah dan tak puas hati abang. Pada abang semua perempuan sama seperti Suraya termasuklah Kinah.

“Selama enam bulan perkahwinan kita, pernah tak Kinah curangi abang? Pernah tak Kinah ambil kesempatan? Kinah sedar Kinah cuma anak kampung yang hidup menumpang. Kinah tak ubah seperti pengasuh Shafiq dan orang gaji dalam rumah ni. Dan Kinah tahu dalam hati abang sekali pun tak pernah sudi menerima Kinah sebagai isteri. Mungkin itulah perkara yang selayaknya berlaku dalam hidup Kinah.”

Saat bunga-bunga cinta mewangi, Rafiq diuji lagi. Kepercayaan yang dibina mulai goyah. Kehadiran Zulfi Hakimi dan Tengku Rizal memburu curiga Rafiq. Sakinah terhimpit. Bersalahkah dia? Atau prasangka seorang suami yang menjadikan kebahagiaan mereka sukar untuk digapai?

Bagaimana pula dengan Maria yang memendam rasa cinta terhadap sang suami? Dan mampukah Sakinah bertahan apabila Suraya kembali menagih cinta Rafiqnya?








Tuesday, October 30, 2012

Jom! Beli Novel dan Menang!


Jom! Beli Novel dan Menang!
MENANG HADIAH GEMPAK!

Beli buku RM50 dan ke atas di cawangan MPH terpilih.

Peraduan terbuka dari :
1 November 2012 - 31 Disember 201


SENARAI CAWANGAN MPH TERPILIH:

1) Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju
2) Bakti Siti Asmah, TTDI
3) Jusco Maluri, Cheras
4) Midvalley Megamall, Bangsar
5) Publika, Jalan Dutamas
6) Jusco Bukit Raja, Klang
7) Giant Stadium, Shah Alam
8) One Utama, Damansara
9) Shah Alam City Center
10) Subang Parade
11) The Curve, Damansara
12) Setia City Mall, Setia Alam
13) Alamanda, Putrajaya
14) Jusco Kinta City, Ipoh
15) Mydin Ayer Keroh,Melaka
16) Taman Universiti,Johor
17) Johor Bahru City Square
18) Spring Mall, Kuching




JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI YA!!! 
JOM SERBU KEDAI BUKU MPH DAN DAPATKAN NOVEL KN SEKARANG!!!







Monday, October 29, 2012

PROMOSI HEBAT!!!





PROMOSI HEBAT KINI SEDANG BERLANGSUNG!!!!

hanya yang terbaik kami berikan untuk anda.. ♥♥♥

Nikmati potongan diskaun sehingga 50% untuk 5 buah novel KN terpilih!!!

HANYA RM10.00 setiap novel untuk Semenanjung dan TAMBAH RM3 untuk Sabah & Sarawak.


Ayuh, sahabat KN yang masih belum mendapatkan kelima-lima novel ini untuk djadikan koleksi anda, inilah masanya!!!

CARA TEMPAHAN:

1) Buat order anda di www.kakinovel.com

2) Buat bayaran mengikut harga promosi.

3) Tunjukkan bukti bayaran kepada kami.

*BUAT TEMPAHAN ANDA MENGIKUT TARIKH YANG TERTERA SI POSTER YA.. ♥

siapa cepat dia dapat!!! Dahlah ada diskaun, pos laju FREE pulak tu!

Memang Jimat dan berbaloi-baloi!!!







PERADUAN FUYOOO.. BEST GILER!





KINI, PERADUAN FUYOOO.. BEST GILER! menemui anda..!!! Jangan lepaskan peluang keemasan ini ya.. Hadiah menarik menanti anda!!! 

TELAH RAMAI yang mengambil bahagian dalam peraduan ini.. anda bila lagi?

Pastikan anda fahami terma & syarat di bawah.. ♥♥♥

TERMA & SYARAT:

i. Semua peserta yang ingin menyertai peraduan ini mestilah membuat satu album gambar khas untuk koleksi novel KN di akaun FB anda.

ii. Buat album yang bertajuk ‘I ♥ KAKINOVEL’

iii. Ulasan album tersebut: Saya suka baca novel KN kerana……. (tidak lebih dari 50 patah perkataan)

iv. Album gambar tersebut mestilah mempunyai novel-novel KN yang boleh dimuat turun daripada website kami beserta sinopsis. (Cara persembahkan gambar-gambar novel dan keterangan gambar novel juga boleh ikut kreativiti anda)

v. Novel yang perlu anda muatnaik adalah dalam lingkungan 20 buah hingga ke 50 buah novel KN.

vi. Pastikan anda telah membaca kesemua novel yang telah dimuatnaik.

vii. Jangka masa peraduan adalah bermula 15 Oktober 2012 sehingga 16 November 2012.

viii. Promosikan seberapa banyak novel KN kepada rakan-rakan anda dengan cara anda tersendiri. Sebagai contoh: anda tandakan gambar novel KN kepada rakan anda.

ix. Berikan link album tersebut kepada pihak kami melalui mesej di salah satu rangkaian facebook KN (penerbitan Kaki Novel, Penerbitan KN Dua atau Kelab KN)

x. Pemilihan pemenang akan dinilai melalui :

1. BILANGAN NOVEL KN yang anda muat naik dalam album yang telah dicipta,
2. JUMLAH RAKAN yang anda tandakan pada setiap novel,
3. RESPONS pada setiap gambar novel oleh rakan-rakan anda sama ada komen atau like,
4. Kreativiti COGAN KATA di ulasan album.

xi. Hanya 10 pemenang sahaja yang layak diumumkan sebagai pemenang. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.


















Tuesday, October 16, 2012

novel KN bulan NOVEMBER 2012


Tempahan untuk novel bulan NOVEMBER KN ('SHA & SHAH' - Sha Ibrahim, 'NASI LEMAK BUAH BIDARA' – April Snow dan 'HANGATNYA CINTA' - A'je Fazlina) kini telah dibuka! 

300 Pelanggan terawal akan mendapat tandatangan eksklusif dari novelis. Sekali lagi diingatkan, order yang lengkap beserta bukti pembayaran, baru dikira sebagai 300 pelanggan terawal yang layak menerima tandatangan penulis. 

Ketiga-tiga novelis akan hadir ke pejabat KN pada 3 November 2012 (Sabtu) untuk sesi tandatangan bagi 300 pelanggan terawal KN.

Novel akan dibuat pengeposan pada 5 November 2012 (Isnin) mengikut turutan order. Kami dahului dengan 300 pelanggan terawal.

Layari www.kakinovel.com untuk melanggan bersama KN.







SHA &SHAH - Sha Ibrahim,
Jumlah M/S: 776
No. ISBN:- 978-967-0448-15-2
SEMENANJUNG: RM 26.00 AHLI KN: RM 22.00
SABAH/SARAWAK: RM 29.00 AHLI KN: RM 25.00

Sinopsis:-

Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…



NASI LEMAK BUAH BIDARA - April Snow,
Jumlah M/S: 672
NO. ISBN:- 978-967-0448-14-5
SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00

Sinopsis:-

Pahitnya perjalanan hidup Siti bermula sedari umurnya masih hijau lagi. Sejak kecil dia dipinggirkan, tidak punya teman… apatah lagi ahli keluarga. Nenek angkat yang dipanggil wan pula telah pergi menghadap Ilahi sebelum sempat membongkar identiti sebenar ibu dan bapanya. Hanya pesanan wan agar Siti bertanyakan hal tersebut kepada Datin Junainah mampu meleraikan persoalan yang bersarang di benaknya.

Namun, tidak semudah itu Siti mendapat jawapannya. Dia dijadikan hamba abdi di rumah Datin Junainah. Benci benar Datin Junainah kepadanya. Kata-kata cacian, herdikan, penghinaan, maki hamun adalah santapan telinganya sehari-hari. Ditambah pula dengan pembulian demi pembulian yang dilakukan oleh Zurene (anak Datin Junainah) terhadap dirinya. Sabarnya Siti menahan segala penyeksaan tersebut bertunjangkan akidahnya kepada Yang Maha Esa. Siti percaya, dengan kesabaran yang berpanjangan, insya-Allah doanya akan termakbul. Dia akan tahu juga siapa ibu dan bapanya.

Akibat tindakan Siti yang keluar dari biliknya semata-mata mahu melihat pernikahan Zurene, Datin Junainah bertindak mengasarinya sekali gus menghalaunya keluar dari banglo mewah yang memayungi hidupnya selama lebih enam bulan di situ. Mujurlah ada insan-insan yang berhati mulia, menerima kehadirannya yang tidak diketahui asal usulnya itu.

Di rumah baru, Siti dijadikan pengasuh kepada Ben, anak tunggal Akhmal. Budi pekertinya telah mencuri hati Ben dan neneknya, Puan Aishah. Puan Aishah pantas sahaja jatuh sayang kepada Siti. Dia ingin sekali bermenantukan Siti setelah Akhmal lama menduda akibat kematian isterinya. Mujur sahaja Akhmal dan Siti saling jatuh cinta. Mudah kerja Puan Aishah.

Akhmal : “Saya mungkin tak pandai nak susun katakata atau merangkai ayat-ayat berbunga. Jauh sekali nak menyulam bahasa berjiwa-jiwa tapi saya nak Siti tahu… saya sukakan Siti sejak pertama kali melihat Siti. Saya... sayangkan Siti. Dan... sehingga kini sayang itu makin utuh di hati saya. Saya... harap Siti faham maksud saya.”

Siti: “Saya tak tahu nak cakap apa Encik Akhmal, cuma... saya rasa sangat gembira hari ini. Gembira sekali. Terima kasih kerana sudi terima saya yang entah dari mana asal usulnya ini. Terima kasih kerana sudi menerima saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih kerana sudi membuatkan saya rasa sangat bahagia hari ini. Terima kasih!”

Dua jiwa saling mengerti bahasa hati masing-masing. Janji diikat. Catatan jodoh yang terpahat di lohmahfuz termeterai penuh adat dan hukum di kanvas hidup keduaduanya namun… bahagia itu bukan mudah digenggam. Dugaan hidup itu lumrah.

Kisah silam yang masih samar terus mengejar. Siapa sebenar dirinya ini? Siti pasrah. Akhmal tahu cinta itu tidak mudah. Onaknya sukar diramal. Siti tidak akan sesekali dipersia. Janji kepada-Nya tidak akan sesekali dipermain. Jawapan pasti ditemui. Dia pasti. Sangat pasti!


HANGATNYA CINTA - A'je Fazlina
Jumlah M/S: 480
NO. ISBN:- 978-967-0448-16-9
SEMENANJUNG: RM 19.00 AHLI KN: RM 15.00
SABAH/SARAWAK: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00

Sinopsis:-

Hangatnya Cinta mengisahkan tentang Nur Nilam Qaseh yang mengalami masalah kesempitan wang untuk mengubati penyakit buah pinggang yang dihidapi oleh ibunya. Kemudian Iskandar Dzulkarnain hadir menghulurkan bantuan kepadanya. Ketika itu Mohd Iskandar juga sedang terdesak untuk mencari calon isteri. Manusia sanggup lakukan apa sahaja jika sudah terdesak.

Nur Nilam tiada pilihan selain menerima Iskandar di dalam hidupnya. Tapi, cinta itu buta. Pesona Nur Nilam mengheret Iskandar ke lembah cinta buat kali kedua selepas jiwanya mati dek kecurangan kekasih hati. Cinta itu hadir dalam sekelip mata biarpun dia tidak pernah menginginkannya. Antara Nur Nilam Qaseh dan Iskandar, kedua-duanya dengan rela hati menerima antara satu sama lain. Saling memberi peluang untuk mengukir cinta yang bahagia.

Saat bahagia mula tercipta, kematian ibunya semakin membuatkan hidup Nur Nilam menderita. Tapi, Iskandar berusaha untuk membahagiakan Nur Nilam sehingga wanita itu kembali pulih. Dalam masa yang sama, kehadiran semula Kamalia bekas kekasih Iskandar membuatkan hatinya patah seribu. Apatah lagi bila mama Iskandar begitu menyukai wanita itu. Di pejabat pula Iskandar sering diburu oleh Julieana yang juga begitu mencintainya. Sampaikan Julieana sanggup merancang untuk menjatuhkan Iskandar. Tapi, dengan kecekapan Nur Nilam semuanya dapat diselamatkan.

Dugaan datang lagi apabila Iskandar yang bersikap cemburu telah salah faham di atas kemesraan yang ditunjukkan oleh Syahrizal kepada Nur Nilam. Bagi Nur Nilam, Syahrizal hanya teman biasa. Namun, berbeza pula dengan pandangan Iskandar. Dia menganggap isterinya telah berlaku curang. Ternyata terlalu banyak kesakitan yang perlu dihadapinya. Sikap Iskandar kadangkala sukar diduga. Hari ini dia bilang cinta. Esok pula cintanya hilang entah ke mana. Hingga satu ketika hati yang terluka pergi jauh menanggung sengsara. Pergi meninggalkan suami yang ego dan kejam. Kejam dalam memaknakan cinta yang sebenar-benarnya.